Friday 12 August 2011

S(M)K Agama vs S(M)K Biasa

tugas sahabat menegur kesilapan..
terimalah tegurannya tanpa terbeban..
jadikan nasihatnya sebagai hiasan..
sebagai sebuah hamparan kehidupan..





manusia....sangat mudah sombong dan bongkak..bongkak dengan ilmu sendiri..sombong dengan pengetahuan dalam diri..kerana itulah manusia itu sangat mudah menghina insan lain..menghina orang lain kerana beranggapan bahawa tiada orang yang lebih tinggi ilmu darinya..bila kesombongan menjadi raja, maka jauhlah rasa syukur dalam dirinya..jauhlah Allah dari dirinya..merasakan bahawa dialah paling berkuasa..

siapa kata sekolah agama lebih tinggi ilmunya.? siapa kata sekolah biasa kurang ilmunya.? tinggi ilmu, tinggikah darjatnya.? rendah ilmu, rendahkah darjatnya.? apa guna ilmu melangit tapi tiada nilai dalam dirinya...apa guna ilmu menggunung jika diri sendiri tak mengamalkannya..janganlah hanya disebabkan dirimu berilmu di dada, engkau memandang remeh ilmu orang biasa..kerana hanya Allah yang tahu nilai seseorang di sisi-Nya..


ilmu itu cahaya hidup..kelam dan kurangnya ilmu, malaplah hidup..


janganlah hanya kerana dirimu sekolah beragama, engkau sesuka hati mengubah hukum agama..Allah dah tetapkan halal haram hukumNya..jangan mengubahnya secara suka hati sahaja..sekolah agama tak bermakna cakapmu betul belaka..fikir dahulu sebelum berbicara..ku bimbang kelak dirimu yang menanggung dosa, neraka..



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيدًا  يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa menta'ati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar” [QS. Al-Ahzab(33) : 70-71]



bukan niat menghina sekolah agama..bukan juga niat menaikkan sekolah biasa..cuma ingin menyedarkan mereka yang terlupa..bahawa nama sekolah tidaklah membawa apa-apa makna..kerana nilai sebenar terletak pada harga sekeping jiwa..mahalkah haraganya, terletak pada mengabadikan ilmu dalam dada..dan mempraktikkannya di luar sana..


"wahai anakku, ilmu yang tidak disertakan dengan amal itu adalah perbuatan yang gila, dan amal yg tidak disertakan dengan ilmu adalah sia sia.Ketahuilah ilmu tanpa disertai amal itu tidak akan dapat membantu menjauhkan dirimu dari maksiat dan tidak akan dapat memelihara dirimu dari api neraka" - Imam Al-Ghazali


aku hanya seorang pelajar sekolah biasa..yang sangat mengagumi sahabat dari sekolah agama..tapi sayang semuanya indah khabar dari rupa..mereka itulah yang memburukkan segalanya..couple sebelum kahwin haram hukumnya..tapi engkau yang tahulah yang melakukannya..hanya kerana ilmumu tinggi dalam dada, engkau menghalalkan perbuatan sesuka hati sahaja..

ku akui sekolah biasa juga ada terlibat dalam perlakuan yang tidak mulia..tapi ingatlah sahabat, masyarakat memandangmu kerana pelajaranmu yang beragama..engkau berasal dari sekolah mulia..engkau pendukung maruah agama..dibahumu itu tergalas tugas pejuang agama..yang menentukan hala tuju Islam yang mulia..kerana masyarakat tak menyalahkan manusia, tapi menunding jari pada agama..

sampai di sini sahaja coretan kata..mohon maaf andai terkasar bahasa..sekolah agama, sekolah biasa tiada bezanya..kerana yang paling penting, nilai sekeping jiwa..jiwa yang memegang kepada Islam yang mulia..mulia Islam dari sudut sebenar-benarnya..jagalah maruahmu wahai pejuang semua..sesungguhnya nama Islam tergalas di bahu kita..sedikit silap dari diri ini, pincanglah Islam di mata dunia..kelak membawa buruknya Islam di mata semua..ayuhlah kita semua muhasabah jiwa..moga Islam sebenar kekal hingga ke akhirnya............................................




bingkisan hati : saya hanyalah bekas pelajar SMK Manir dan SM Teknik Terengganu serta SMK Lembah Bidong SAHAJA..tapi, saya bangga dengan sekolah ini..kerana mereka banyak mengajar saya erti kehidupan sebenar =)