Saturday 14 April 2012

kalau dah cinta, semua jadi tak apa =.='

Assalamualaikum....
Bismillahirrahmanirrahim.....

bercakap soal cinta, memang ramai yang tertarik dengan perkataan ni kan.? terutamanya remaja dan mereka yang sedang hangat bercinta..dengar je perkataan tu, semua perkara jadi indah..sebab ramai yang fikir cinta tu indah..sampaikan dengan perkataan tu sahaja dah boleh buat kita tersenyum seharian..betul tak.? =)



bila jatuh cinta, semua jadi bahagia belaka..bak kata pepatah, makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah..semua yang dilihat pada pasangan tu cantik-cantik semuanya..si dialah yang terbaik, si dialah yang paling sempurna, si dia itu, si dia ini..senang kata, semua si dialah..betapa jatuh cinta ni boleh buat semua perkara jadi indah je..bayangkanlah macam mana dengan jatuh cinta makan pun jadi tak kenyang..tak tercapai dek akal bagaimana boleh makan, tapi tak kenyang..tapi itulah realiti..jatuh cinta memang indah..

selalu dengar orang cakap, cinta sejati ni susah nak cari..dengan cinta sejati, semua mimpi boleh jadi realiti..dengan cinta sejati, duit tak ada pun tak apa..dengan cinta sejati, redah lautan api pun sanggup..asalkan si dia ada di sisi, semua perkara ok je..ASALKAN si dia ada, semua dijamin settle..betul ke sampai jadi macam tu sekali.? dengar macam tak logik dek akal kan.? nak redah lautan api.? gila ke =.='..tapi hanya mereka yang dilamun cinta sahaja tahu sejauh mana kebenaran semua perkara tak logik tu =D

betul ke bila dah cinta, duit tak ada pun tak apa.? awal-awal bercinta atau kahwin boleh la kan..tapi sanggup ke tak cukup makan pakai sampai bila-bila.??? cakap senang wahai saudara saudari..sebab awak tak nampak lagi masa depan macam mana..masa tengah bahagia, memang semua ok je..tapi sampai bila awak tu nak duduk dalam keadaan tak selesa sebab pasangan awak tu tak ada duit.? orang lain ade kereta, ada rumah..awak ada apa.? ada cinta je ke.? dengan cinta tu awak boleh kenyang ke.?? dengan cinta tu awak boleh tidur dengan selesa ke.?? so, dengan cinta macam tu awak boleh bahagia ke.????

betul la orang cakap 'cinta tu buta'..sebab apa.? sebab masa tengah bercinta tu, semua cakap orang awak tak nak dengar..cakap mak ayah awak sendiri pun awak tolak..mak cakap suruh cari pasangan yang ada kerja dulu sebab senang bila dah ada duit, awak tak nak..ni la akibatnya bila buta sangat dengan cinta..nanti bila dah kahwin, sibuk mintak duit dengan mak sebab suami awak tu tak ada duit..haaaa...masa tu baru la menyesal..dulu tak nak dengar cakap mak ayah..sekarang, hidup la awak dengan CINTA awak tu..'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak ada guna'....

yaaa...saya tahu kalau ada duit, tak ada cinta pun tak guna kan..saya bukan nak ajar saudara saudari berfikir materialistik atau pentingkan harta je..tapi sekurangnya paling kurang pun, awak dapat hidup selesa selepas kahwin..fikirlah bagaiman anak-anak awak tu nak hidup nanti..takkan awak tak kesian langsung tengok anak awak duduk dalam keadaan serba kekurangan..kepada awak, tolonglah fikir guna akal dan iman..bukan guna nafsu =.='

kesimpulannya kat sini, jika benarlah si dia mencintai awak sepenuh hati, si dia TAK AKAN pernah biarkan awak hidup dalam keadaan serba kekurangan..si dia akan berusaha semampu boleh untuk bagi walau sedikit kesempurnaan untuk kehidupan awak..sekurangnya, awak cukup makan dan pakai walau tak hidup mewah macam orang lain..dan awak pun kenalah give and take dalam hubungan..jangan harapkan dia je untuk usaha cari duit..awak pun kenalah bantu dia ok =)

ooohhh sebelum terlupa..kepada pasangan yang sedang hangat bercinta tu, kalau si dia tu cakap nak kerja untuk sara awak, jangan terus percaya ok..sebab cakap je tak guna kalau tak buat..lidah kan lebih lembut dari gigi..semua orang boleh cakap..tapi nak buat boleh ke.??? so, make sure dia buat dan awak nampak usaha dia tu..dan sebelum kahwin tu, pastikan si dia ada pendapatan tetap dan sekurangnya ada sebiji rumah dan sebiji kereta..tak besar tak apa, asalkan selesa ^^v



bingkisan hati : jatuh cinta memang indah..tapi pastikan cinta itu kerana Allah..plihlah yang bercinta kerana Allah..sebab orang yang bercinta kerana Allah akan tahu tanggungjawabnya terhadap pasangan..kerana Dia takut akan Allah..apa yang penting, segalanya bermula dan berakhir kerana Allah..bertemu dan berpisahlah kerana Allah =)




Saturday 7 April 2012

sebuah hamparan kehidupan

Assalamualaikum....
Bismillahirrahmanirrahim.......

hidup ni penuh dengan misteri kan..kita tahu apa yang berlaku semalam dan sebelumnya kerana kita nampak perkara tu berlaku..kita tahu sebab kita juga alami perkara itu..tapi, tak siapa yang tahu apa yang akan berlaku esok atau selepas ini..kita hanya mampu mengagak dan merancang sahaja..tapi, yang menentukan hanyalah Allah sahaja.......

hari ni bahagia, ceria je..tiba-tiba selepas tu kita menangis..pernah ke kita terfikir akan menangis.? waktu kita sedang bergembira tu, ada terdetik yang kita akan menangis selepas itu.? tak ada kan....sebab tu la waktu kita sedang seronok ketawa tu, jangan terlampau gembira kerana bimbang esok kita akan menangis..waktu kita sedang bergembira, ingatlah pada mereka yang langsung tak mampu walau untuk tersenyum..betapa beruntungnya kita kerana masih boleh ketawa..

hari ni, dan semalam, banyak perkara yang kita alami..dan semestinya semua itu disimpan kemas menjadi lembaran kenangan serta memori kehidupan..ada duka ada gembira..itulah namanya kehidupan kan.? dan selepas itu, esok dan hari seterusnya akan tetap menjadi misteri..misteri yang tiada siapa pun ketahui kecuali Dia sahaja..dan kita, semestinya akan terus mengharapkan semoga seterusnya itu adalah kebaikan dan kebaikan sahaja..

"semalam itu kenangan..hari ini ialah kenyataan..esok adalah harapan"


sesungguhnya masa depan itu milik Allah..apa pun yang berlaku, teruskan langkah dengan penuh yakin..kerana Allah sentiasa ada bersama hamba-Nya yang yakin dengan-Nya =)


bingkisan hati : saya selalu berpegang bahawa janganlah minta berlakunya perkara gembira..tapi mintalah semoga segala yang datang itu membawa kebaikan kepada kita..sedih atau gembira perkara itu, mohonlah untuk kebaikan dunia dan akhirat..bukan setakat dunia sahaja..dan kebaikan itu semestinya untuk semua umat Islam juga ye ^^v