Wednesday 4 March 2015

kemalangan satu ujian untuk siapa?

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim...

pagi tadi kereta dilanggar daripada belakang..
ini semua gara-gara adik tu tak nampak kereta mak aku yang nak membelok ke kanan..
berdasarkan pemerhatian aku, remuk tu tak terlalu teruk..
tapi berdasarkan pemerhatian mak, remuk tu agak teruk..

kasihan adik tu..
kalau ikutkan peraturan jalan, yang langgar belakang akan sah salah..
ok itu tak menjadi masalah utama..sebab boleh claim insuran..
masalah sekarang, adik tu ada masalah kalau mak claim insuran :

-dia tak ada lesen motor
-motor dia tak ada roadtax
-motor dia tak ada insuran

kalau mak claim insuran, teruk juga adik tu kena..mahu la RM1000 keatas atas kesemua kesalahan tersebut, bergantung pada rayuan mahkamah adik tu..

makanya mak aku tak sampai hati nak claim insuran..tapi, mak aku minta jasa baik ibu dia untuk ganti kerosakan..timbang kira, kerosakan around rm 700-800 la juga sebab lowered bumper tembus lubang (kena tukar terus) and bonet kemek (kena ketuk).

tapi bila dengar cerita adik and mak dia tu, sumpah aku and mak tak sampai hati nak minta ganti..mereka memang orang susah..aku masih ingat kata-kata adik tu :

"kalau saya ada duit akak, saya memang akan buat lesen motor.."

dan mak dia cakap :

"cik tolong la jangan report polis. saya janji akan ganti..tapi cik tak boleh la expect saya boleh bayar sekaligus..sebab saya memang tengah sesak sekarang.."

banyak juga yang keluarga itu kena tanggung..motor adik tu bawak, handle memang tercabut..kerosakan mungkin around 300 juga la..
_______________________________________________________________

rezeki tu Allah punya..mungkin dengan "menghalalkan" apa yang berlaku, ada rezeki lain yang Dia akan bagi..
rezeki tu Allah punya..mungkin dengan "menghalalkan" apa yang jadi, dapat meringankan beban keluarga itu..

orang mungkin akan cakap "ini adalah ujian untuk keluarga itu.."

tapi bagi aku, "ini juga adalah ujian untuk kami.."

sejauh mana kami yakin dan percaya akan rezeki Allah

laut mungkin nampak tenang..tapi hanya Allah tahu geloranya

_______________________________________________________________

bersyukurlah atas apa yang kita ada..bersyukurlah dengan apa yang kita tiada..kerana rezeki manusia itu berbeza..


bingkisan hati : aku pun ada masalah yang sama 2 tahun lepas..kena tahan JPJ atas 3 kesalahan yang sama..dan aku tahu masalah adik tu besar dan MAHAL..sebab tu aku faham