Wednesday 18 September 2013

kita cuma terlupa

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim....

semalam (17 Sept 2013), para pelajar MMU dah mula dengan paper pertama..masing2 dah start sibuk dengan final exam..tiba2 teringat satu kisah ;


"....I thought i gain good mark in law midterm..but when it is over 100, it seems not good at all..
I thought my mark for math is worse..but for law is much more worse ; eventhough i can answer law much better than math =.=
I thought mine is the worst..but when i scroll for everyone, theirs are just like mine..only certain got high, which are very high..

So, how we gonna get good grade in this subject?? 
Dear law lecturer, please dont treat us as a law student..because we are an ENGINEERING student..please sir...."


semester ni kami pelajar Engineering kena ambil subjek Law for Engineers..so, agak kejutan budaya jugak la sebab kami dah biasa dengan segala bagai formula, teori, tapi tiba2 luar alam ada subjek law pulak..=.='

dan....... markah midterm exam tak sebaik yang disangkakan..kalau diri sendiri sorang je markah camtu, ok la jugak..at least boleh salahkan diri sendiri sebab malas belajar..tapi yang mengejutkan adalah ramai jugak result tak ok *.*..firstly mesti la kecewa plus terkilan..siapa la tak terkilan bila dapat markah tak seperti yang kita expect kan..then..............


".....sometimes we forget something..we have to ask from the owner of knowledge which is Allah..Allah owns each of the knowledge..so, ask from Allah for the knowledge..and never forget that Allah holds every heart, even the heart for law lecturer...."


lepas dah mengeluh berguni-guni, amik kau ayat tu..kan nak menangis rasanya sebab terleka T.T..

kadang-kadang kita terlupa..
hati manusia, Allah yang punya..
Dialah yang berkuasa membolak balik hati kita..
kerana Dia adalah pencipta..

ya..kita cuma terlupa..
dalam terleka belajar sini sana..
lupa mohon izin nak takluk sedikit dari ilmu Dia..
mungkin kita lupa Dia pemilik segalanya..

dan kita masih terlupa..
dalam tuntut ilmu Dia, kita banyak kita buat dosa..
berterusan lakukan dosa hingga terleka..

dosa tu hitam, ilmu tu cahaya..
ilmu takkan boleh masuk kalau hati penuh noda..

masihkah kita akan terlupa?
ayuh bersihkan diri bersihkan jiwa..
minta izin untuk belajar ilmu Dia jangan dilupa..
Quran, solat juga jangan diambil lewa..



kita kerap terlupa


nasihat terakhir, TOLONGLAH jaga 5 solat fardu kita (JANGAN AMBIL LEWA)..masa musim exam, rajin kita study..lepas solat mesti doa untuk dapat result cemerlang atau mohon dipermudah jawab exam kan.?? tapi cuba tengok jam..kita solat fardhu tu pukul berapa.?? solat lewat tak.?? masa doa, boleh pulak minta banyak-banyak..tapi solat pun lambat..tak malu ke dengan Allah.?? bila fikir semula, macamana Allah nak bagi kalau Allah suruh kita solat awal waktu pun kita malas..tu tak masuk tertinggal solat subuh sebab stay up malam sebelumnya..macamana berkat Allah nak ada kalau solat pun tunggang langgang..haihhh..dan...jangan lupa baca Al-Quran BERSAMA tafsirnya..sebab antara 10 perkara sia2 dilakukan adalah baca Quran tapi tak baca tafsir..

akhir kata, all the best untuk semua pelajar MMU..salam imtihan..masih belum terlambat untuk berubah..masa itu ada hingga saat kita serahkan paper exam..ok.?? dan ingat.!!! hati semua orang Allah yang pegang..termasuk hati-hati lecturer yang bagi markah untuk paper final exam kita..yakin dengan Dia, dan JANGAN putus asa berusaha..moga Allah berkati segala usaha kita untuk dunia dan akhirat..insyaAllah ;)..

tips terakhir : untuk lecture/tutorial class, jangan lupa minta izin dan mohon dengan Dia, moga dipemudah kita belajar hari tu :)



bingkisan hati : kepada semua, study2 jugak ye...stay up, jangan sampai lewat sangat..sebab nanti bimbang terlepas Subuh..ingat..kalau stay up sampai 3,4 pagi tp subuh tak bangun, mana nak dtg berkat ilmu kita belajar..
kita nak ilmu, bersama dengan redha Allah..ok.?? sekian

p/s : untuk gamers, main game tu lebih penting dari solat subuh ke.? dah berapa kali terlepas subuh sebab main game.?? berbaloi ke.? fikir2 lah