Thursday 21 February 2013

kahwin.?? we'll see

Assalamualaikum....
Bismillahirrahmanirrahim.....

perempuan....sangat complicated..sedangkan lelaki itu sangat simple..
isteri..terlebih complicated..sedangkan suami terlebih simple *.*

kehidupan sebagai suami isteri tak semudah yang kita fikirkann..bak kata mak.."masa bercinta ni, bau kentut pun kata wangi.." =.='..mak ohh mak..tak pernah cuba faham apa yang anak2 nak..tapi, tak pernah pulak anak2 faham apa yang mak ayah nak T_T..

pusing kiri, pusing kanan..
semuanya indah yang kita nampak..tapi bila kawin/nikah, segala belang mula keluar..itulah kenyataan sebuah perkahwinan..ingatlah, tak ada manusia yang sempurna..sebab itulah perkahwinan itu adalah ikatan saling melengkapi..kerana setiap daripada kita punya kelebihan kekurangan masing2 :)

ibu bapa melihat perkahwinan sebagai satu tanggungjawab..tapi anak2 sekarang melihat perkahwinan sebagai satu permainan cinta..lihatlah macamana 2 golongan ini melihat erti sebuah perkahwinan..sebab tu la perkahwinan zaman dulu2 lebih bertahan lama berbanding sekarang..kan.? 0.o

tapi......
tak semua perkahwinan itu buruk..ikatan sebuah perkahwinan ada indahnya..tak perlu saya terangkan apa itu bahagia ikatan suci ini..kerana kita masing2 ada cara tersendiri untuk mendefinisikan keindahan itu..
banyak cara untuk mengukir kebahagiaan dalam sebuah rumah tangga..tapi, hanya kita sendiri yang punya cara itu..kerana setiap orang ada cara masing2 :)

cuma ingatlah.!
kebahagiaan sebenar itu terletaknya pada hati..biar tak banyak harta, biar tak banyak permata..asalkan hati kita ada, bahagia itu selamanya :)..macamana nak tahu bahagia itu ada.? lihat pada hati..pemegang hati setiap insan adalah Allah Maha Esa..nak minta hati bahagia.? mintalah pada dia ;)

last but not least,
tanyalah pada hati..apa matlamat sebenar perkahwinan kita.?? hanya kita sendiri punya jawapan tu ^_^


sesungguhnya perkahwinan itu indah..maka senyumlah :)


bingkisan hati : wahai isteri, wahai suami..berbahagialah dengan satu sama lain..kerana kehidupan rumah tangga itu perlu saling memahami dan saling mengalah..jangan lupa hormat menghormati..apa yang penting, saling jujur dan mempercayai ;)


3 comments:

  1. good entry.. lepas ni saya kena fikir masak2 la nak kahwin ke tak..hehe

    ReplyDelete
  2. kahwin bkn sng..tapi kahwin bkn jgk ssh..be prepared..sbb alam bujang dan kahwin itu berbeza..tanggungjawab ;)

    ReplyDelete
  3. INSYA ALLAH kahwin akan menjadi perkara yg paling indah di dalam kehidupan ini jika kita hnya bergantung kpd ALLAH dan senantiasa berusaha untuk melakukan sesuatu :)

    ReplyDelete