Wednesday 19 November 2014

aku punya sejuta cerita :)

Assalamaualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim....

"aku menyesal buat hati tu.."
"kalau la aku tak buat, tentu tak jadi macam ni.."
"kalau aku dengar nasihat kau, tentu aku dapat.."
_________________________________________________

Andai dapat aku ulang masa..
akan ku buang segala derita..
supaya hidup aku penuh ceria,,
tiada titik kenangan duka..

Andai aku mampu mengundur masa..
inginku ubah segala yang ada..
kerana sesal itu kukuh di dada..
dan ia menyeksakan rasa..

jika aku punya kuasa..
ingin aku baiki kesilapan yang lama..
ingin aku coretkan kisah bahagia..
untuk kenangan hari tua..

jika diberi pilihan mengubah dunia..
ingin ku ubah segala cerita..
memberi sejarah nafas tiada lara..
cerita di sebalik cerita yang ada..
______________________________________________________

aku punya impian..
ingin mengubah cerita lama..
menjadikan ceria sebagai kenangan..
sebagai pengubat duka di jiwa..

aku punya angan-angan..
melakar mimpi di langit berbintang..
mencoret damai seindah taman impian..
menyebar bahagia terang benderang...


aku punya cita-cita..
membawa segenap penuh warna..
supaya semua mampu tersenyum ceria..
menebar senyuman di mata dunia..

aku punya sejuta cerita..
ada bahagia dan juga luka..
itulah yang mencorakkan aku hari ini..
terus belajar melakar mimpi..
terus berusaha menyentuh sang hati..
yang rindukan belaian kasih Ilahi
________________________________________________________

aku punya sejuta cerita..
ku tahu engkau juga sama..
teruskan menapak walau payah..
Dia tetap ada dalam setiap langkah..

aku punya sejuta cerita..
ku tahu engkau juga sama..
ayuh mengejar redha dari-Nya..
menjadi mukmin yang lebih berjiwa hamba..
________________________________________________________

bingkisan hati : segala perkara yang berlaku, itulah yang terbaik dalam mencorakkan kita pada hari ini..dan kadang-kadang Allah turunkan hujan untuk hadiahkan kita pelangi :)


Tuesday 11 November 2014

memahami vs difahami

Assalamualaikum....
Bismillahirrahmanirrahim....

Today was a very long day..
I did watch a few scenes that bring me to this post..
Alhamdulillah I did learn 3 things from them :)

1) kalau rasa penat teramat penat, TOLONG duduk diam-diam dalam gua
2) kalau rasa down stress teramat sangat, TOLONG duduk diam-diam dalam gua
3) kalau rasa tak ada mood nak bercakap, TOLONG duduk diam-diam dalam gua

Basically, kesemua 3 perkara yang saya belajar itu membawa kepada 1 kesimpulan ;

kalau tahu diri tu tak boleh nak bercakap baik dengan orang sebab kita stress, tak ada mood, atau seangkatan dengannya, maka SILALAH duduk jauh-jauh daripada orang lain..silalah duduk di celah dahan kayu supaya orang tak nampak

manusia..
ada banyak emosi..kadang-kadang kita cuma nak orang faham kita..

"aku stress..so kau boleh tolong diam tak??!!!"

tapi dalam masa yang sama, kawan yang dia marah tu juga sedang stress fikirkan masalah sendiri..tapi dia memilih untuk teruskan tersenyum dan tersenyum..kerana sekurangnya dia tidak membawa orang lain tenggelam dalam masalah dia..biar dia bawa masalah dia sendirian..

sesetengah manusia lebih rela marahkan orang lain apabila dia stress, berharap agar satu dunia tahu dia sedih, stress, down, penat..tapi adakah yang dimarahnya itu hidupnya sentiasa gembira tiada masalah??? selami jiwa orang lain sepertimana kita mahu diselami..

so bagi siapa yang tahu dia sedang dalam situasi begini, maka berdiamlah..
dan bagi siapa yang tak mampu berkata yang baik, maka berdiamlah..
kerana berdiam itu jauh lebih baik.


jangan kerana lidah, kita kehilangan seorang yang bergelar sahabat..
-quoted-


"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya." 
- Sahih Bukhari

"sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka ia benar-benar menasihatimu. sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, ia sebenarnya sedang menghina kamu."
Imam asy-Syafi'i


bingkisan hati : betul kata mak..lebih baik sakit mata daripada sakit hati..


Wednesday 5 November 2014

Tenanglah wahai hati (versi cerpen)



Hembusan berat dilepaskan. Beratnya dada.
Memandang ke luar tingkap. Angin lembut menampar pipi mulus.

“Mengalirlah wahai tangisan. Hamburkan segala duka. Kemudian bangkitlah wahai diri untuk menjadi lebih kuat. Kerana aku seorang Da’ie. Kerana aku seorang mujahidah.”

__________________________________________________________________

Sedih bila kita sedar kita ni banyak kekurangan. Sedih bila kita tengok orang lain banyak kelebihan. Sedih bila rasa diri ini tak setanding orang lain. Sedih kan?
Kita cakap kita percaya pada Allah. Tapi, kesedihan itu sendiri dah cukup membuktikan yang kepercayaan kita terhadap Dia masih belum cukup.
_________________________________________________________________

24 October 2014 ;

Setiap orang ada baik buruk masing-masing. Allah dah tetapkan setiap orang punyai kelebihan tersendiri. Setiap pandangan manusia itu berlainan. Mungkin ada yang melihat kelemahanmu sebagai satu kelebihan. Bersyukurlah dan tetaplah bersyukur. Hidup ini terlampau pendek untuk diisi dengan kesedihan. Muslimah itu kuat. Muslimah itu menerangi alam dengan ilmunya, dengan senyumnya. Oleh itu jangan menjadi sebaliknya. Ingatlah bahawa Allah itu seperti sangkaan hamba-Nya. Maka bersangka baiklah dengan Dia dan hidup kita akan sentiasa bahagia. InsyaAllah.

_________________________________________________________________


Analoginya, tiga orang pandang keluar tingkap yang sama... 
Namun setiap dari mereka melihat perkara berlainan :
Seorang melihat tanah.. 
Seorang melihat pokok.. 
Seorang melihat awan.. 


Ini kerana setiap manusia mempunyai pandangan arah yang berbeza. Jadi, jangan pernah kecewa andai apa yang orang nampak tak sama dengan apa yang kita nampak. Kerana setiap satunya ada keistimewaan tersendiri.


“Allah itu sentiasa ada di mana-mana. Dia takkan pernah tinggalkan kita. Allah sweet kan.?? Manis gula-gula..”
–someone-

_________________________________________________________________


Terima kasih atas tarbiyah-Mu ya Allah. Kerana diri ini tahu bahawa Engkau sentiasa ada dan takkan pernah tinggalkan aku keseorangan. Senyum J



bingkisan hati : Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan..Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, rasa bahagia dengan ujian walaupun perit..



p/s : hasil tulisan ini telah dihantar ke satu pertandingan penulisan bertemakan "manisnya tarbiyah"..berdasarkan penulisan asalnya iaitu "Tenanglah wahai hati", penulis telah mengolah kembali hasil penulisannya untuk diselarikan dengan tema pertandingan..moga bermanfaat..insyaAllah -penulis-