Sunday 30 October 2011

andai ini yang perlu aku tempuhi

masa terus berlari..berlari pantas meninggalkan kenangan lama jauh ke belakang hari demi hari..dan tanpa sedar, diri ini sedang berada dalam dimensi saat ini..dimensi yang aku sendiri tak tahu apa yang sedang dirasai.................



maafkan aku andai engkau disakiti..kerana hati ini bukan hak milik hakiki..hati ini sesungguhnya dikawal penuh oleh Ilahi..andai jodoh sampai di sini, aku redha, berusaha tak mahu menangisi..kerana aku yakin segalanya ada hikmah tersendiri..aku mohon engkau juga mengerti..sesungguhnya tak mudah untuk membuat keputusan sendiri..sudah ditimbang baik buruk suatu hari nanti..moga dirimu mengerti akan rasa di hati ini..rasa yang mungkin sudah malap dimamah hari..atau ia adalah rasa yang hanya tinggal saki-baki daki..

andai esok aku masih mampu mengukir senyuman seindah mentari, doakanlah semoga ianya terukir ikhlas dari hati..aku akui, tak mudah membaca hati sendiri..kerana aku tidaklah sehebat seorang srikandi..srikandi yang begitu hebat dalam segala hal serba-serbi..srikandi yang menjadikan kelemahan sebagai penguat dalaman diri..aku akui, aku punya terlalu banyak kelemahan yang susah difahami..yang mungkin masih ada yang mahu hargai..atau mungkinkah langsung tiada yang menyedari..



sukar untuk aku luahkan rasa sebenar di hati..mungkinkah ianya sayang, rindu, cinta, atau benci.? segalanya bagaikan duri yang mencucuk sanubari..perit, pedih yang sememangnya tak mampu untuk dikongsi..biarlah aku sendiri yang menanggung sakit ini..hanya kerana mahu melihat engkau terus tersenyum berseri..kuharap agar senyuman itu akan terus terpateri..walau aku yang terpaksa menangis di dalam hati..

kuserahkan segalanya pada Ilahi..kerana hanya Dia yang tahu segala rahsia di hati ini..mungkin rahsia yang aku sendiri tak sedar ianya hadir bertubi-tubi..atau apa-apa sahaja yang aku fikir ianya perlu dilupai..Ya Allah, bantulah aku meneruskan hari..bimbinglah langkahku andai ini yang perlu aku tempuhi..............


bingkisan hati : please be the one that you should be..not more than that if i am really no one


Friday 21 October 2011

jodoh (part III)

soal hati dan perasaan adalah sangat rumit..kerana soal ini sendiri tak dapat dirungkaikan dengan kata-kata..ianya seakan lukisan abstrak yang terlampau keliru untuk dinyatakan bentuknya..hm..tahu apa beza di antara minat, suka, sayang, cinta, atau kasih.? jika ditanya pada diri ini, ianya memang sukar untuk dijelaskan..ada siapa-siapa yang mahu berkongsi pendapat di sini.? =)



bercakap lagi mengenai jodoh, teringat satu perbualan dengan seorang sahabat X sewaktu cuti baru-baru ini..inilah di antara percakapannya yang sangat menyentak naluriku sendiri  Y.Y :


X : aku jadi terfikir..yang datang meluahkan isi hati kepada aku adalah mereka yang biasa-biasa sahaja agamanya..adakah taraf jodoh aku hanya setakat itu sahaja.?


MasyaAllah..aku tak pernah terfikir sebegitu..kemudian aku muhasabah diriku sendiri..mungkinkah jodohku juga setaraf itu.? maknanya agamaku sendiri hanya setakat itu ke.? sedih memikirkannya..kerana sebagai seorang perempuan yang mempunyai fitrah inginkan hampir kesempurnaan dalam diri pasangannya, aku sememangnya mahukan jodoh yang tinggi ilmu agama di dadanya..dan semestinya seorang yang boleh mebimbing aku dan keluarga kelak..sama-sama berjalan di atas jalan dakwah-Nya..kemudian, aku terus diam memikirkan bagaimana agaknya jodohku nanti..beberapa detik selepas itu, sahabatku itu menyambung lagi luahannya....


X : tapi, tak baik fikir macam tu kan..memang la Allah dah janjikan jodoh yang baik untuk orang yang baik dan sebaliknya..tapi kita tak tahu masa depan..mungkin si dia tu akan berubah menjadi baik selepas nikah kan..


aku jadi tersenyum mendengarkan ayatnya..terima kasih Ya Allah kerana mengilhamkan kata-kata itu keluar dari mulut sahabatku itu..kini tenang sedikit hatiku..hm..benar wahai sahabatku..kita tak akan pernah tahu apa yang Allah simpan untuk kita di masa hadapan..mungkin si dia itulah yang akan menjadi lebih baik dari dirimu..si dia yang akan mengimamkan setiap solatmu, si dia yang akan menjadi pendampingmu, dan si dia yang akan membawamu lebih dekat dengan cinta Ilahi..InsyaAllah =)




pasangan yang terbaik untuk orang lain, tak semestinya terbaik untuk kita juga.. teringat kata-kata seorang lagi sahabat Z.. "Budak usrah tak semestinya calon suami terbaik.. tapi jangan salah faham, bila aku kata macam tu, bukan aku maksudkan diorang langsung tak baik. Cuma tak mustahil kan, ada bukan budak usrah yang LEBIH baik.. Tapi, satu bonus lah bila budak usrah ni sanggup meluangkan masa yang ada untuk gerak kerja Islam dalam kampus.. tapi apa-pun kena ingat lah, kita merancang, Allah pun merancang, tapi perancangan Allah lah yang terbaik".. jangan pernah pertikaikan samada si dia itu budak usrah atau tidak..jadilah hamba yang BERSYUKUR~ ^^,


selesai sesi 'motivasi' pada malam itu, masing-masing masuk untuk tidur..meninggalkan malam dengan hati yang penuh dengan rasa yang tak terucap..selamat malam cinta =)

mungkinkah si dia bakal jodohku itu pernah melihat bintang yang sama dengan bintang yang aku lihat.? just wonder sometimes =)


p/s : dialog yang ditaip bukanlah dialog yang setepatnya seperti yang diucapkan sahabatku..ayat telah pun  diubah untuk mudah difahami =)



bingkisan hati : mengimpikan seorang yang dapat membawa aku di jalan Allah dan bersama-sama berdakwah untuk Islam kerana-Nya..may that one fine day be here soon =)



Friday 14 October 2011

bila berukhwah kerana-Nya =)

sahabat adalah dalam suka dan duka..
tak pernah mengeluh bila ada bersama..
tak pernah mengutuk walau banyak buruknya..
menererima kelemahan dengan hati terbuka..
sentiasa menyebut kebaikan sahabatnya..
sahabat sejati sahabat yang berjaya..
berjaya dengan menyentuh jiwa sahabatnya..
membawa sahabat itu mendekati Maha Esa..
tidak pernah kenal erti putus asa..




terasa diri ini cukup bertuah kerana dikelilingi sahabat-sahabat yang sangat baik..membantu saat diri ni lemah, menyokong saat diri ini memerlukan..always be there when i need someone to talk to..i may not be a good friend to you..but, you are really a very good friend to me..

sahabatku,
terima kasih kerana sering membantu..setakat ini aku masih lagi kuat untuk menerima segalanya..terima kasih kerana menyokong aku..tak mampu aku nak membalasnya..mujahadah perlu kuat kan.? =)

kadang-kadang terasa sedikit letih dengan semua benda..terasa seperti mahukan sedikit rehat..pernah terfikir untuk terus berhenti dari segalanya..tapi apabila melihat dirimu yang terus berjuang di jalan-Nya, aku mendapat kekuatan itu kembali..tugas sahabat adalah membawa sahabatnya dekat dengan Allah kan.? you did a good work beb..congrats =)

sahabatku,
terlalu banyak untuk aku katakan..terlampau banyak untuk aku ceritakan kebaikanmu..hinggakan aku tak tahu bagaimana mahu menyusun segala bicara..by the way, thanks for being such a wonderful friend..sorry for not being a good friend Y.Y

tak banyak yang aku boleh buat..hope post ni ok walaupun tak mahal ^^v


thanks for being such great friends ~
- Amirah binti Asri
- Zahhar Nisa' binti Azman



bingkisan hati : carilah walau 1 sahabat..kerana 1 sahabat jauh lebih berharga dari 1000 kawan =)


Monday 10 October 2011

kita hanya mampu membuat andaian

"ada seorang perempuan..umurnya 15 tahun..bawa anaknya yang berumur 1 tahun jalan-jalan di pasaraya.."
-orang kata dia tu perempuan hina..tak suci..tapi tak ada orang tahu dia dirogol masa umur dia 13 tahun..


"ada seorang lelaki tua..matanya buta..telinganya tak ada.."
-orang kata dia tu hodoh..sangat hodoh..tapi tak ada yang tahu..dia kehilangan mata dan telinganya waktu mempertahankan negara.."


"ada seorang perempuan..menangis terduduk di bahu jalan dengan pakaian koyak rabak.."
-orang cakap dia gila, tak tahu jaga maruah diri..tapi tak siapa tahu anaknya baru sahaja mati ditikan sejam yang lepas..dan dia sendiri dirogol..


banyak benda dalam dunia ni yang kita nampak..kita hanya mampu membuat andaian..andaian yang kita tak tahu betul atau tidak..andaian yang semata-mata hanyalah andaian sahaja..tapi, tak siapa tahu keadaan sebenar..hanya Allah dan si dia sahaja yang tahu hal sebenar..


'jangan pernah disangka air yang tenang tiada buaya'..tiada siapa yang pernah meyelami atau faham keadaan mereka..kerana sifat manusia itu sombong belaka..sentiasa merasakan dirinya yang terbaik di antara semua..manusia susah untuk menerima keburukan orang lain..sentiasa mahukan dirinyalah yang paling bagus..


setenang air itulah yang mampu berkocak

'ketawa tak bermakna gembira..menangis tak beerti berduka'..mungkin yang sedang ketawa hanya mahu menyembunyikan kepahitan di jiwa..kerana andai diluahkan, tak semua akan mengerti seksanya..dan mungkin juga yang sedang menangis itu paling banyak gembiranya..kerana yang mengalir itu adalah air mata suka..dan mengingatkan dia betapa berharganya waktu bahagia..


belajarlah fahami jiwa mereka yang kecewa..kerana dirimu tak akan faham seksanya andai tidak pernah mahu fahami deritanya..jauhkan sifat buruk sangkamu terhadapnya kerana itu hanyalah dugamu sahaja..yang paling penting, bersyukurlah kerana dirimu masih lagi bahagia..tapi jangan pernah terleka dengan gembira, kerana ianya hanya ujian Allah semata-mata..Dia hanya mahu menguji sejauh mana tahap syukurmu pada-Nya..





sedarlah wahai semua..kita semua tak sempurna..jangan hanya tahu mencari kesalahan orang sahaja..keran kita juga sama sepertinya..penuh dengan noda di jiwa..sematkan di hati, bahawa ciptaan Allah itu indah belaka..dan segala yang berlaku ada hikmahnya.....


bingkisan hati : bila ceria dianggap gembira, derita di jiwa tak siapa fahaminya..



Saturday 8 October 2011

break for a short time

assalamualaikum all readers..

sorry..it really takes me time to update the blog..
need a little bit more time to recover all problems..
please pray for me..
will be back when all been settled down..
sorry again..

wassalam~

bingkisan hati : let the time cures all pains