Friday 27 January 2012

kerana cinta itu hak Allah

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim......

mahukan yang hebat..mahukan yang sempurna hingga lupa untuk meminta pada yang berhak..
terlupa untuk merintih pada Maha Kuasa, pemilik cinta teragung..
sampai bila nak hanyut dengan angan-angan.?
sampai bila nak terleka dengan haparan palsu semata-mata.?
sampai bila semua ni akan berterusan.?

Ya Allah....
cinta manusia..cinta itu indah ke.? cinta itu cantik ke.?
ya betul..cinta memang indah..cinta memang cantik..tapi sejauh mana cinta itu membentuk diri kita.?
kata orang jatuh cinta itu seronok..kata orang cinta itu bahagia..
tapi apa kata kita.? tolonglah jangan melihat pada bahagianya luaran..
sejauh mana bahagianya dalaman.? tenangkah rohaniah.? tenangkah hati.?

jatuh cinta memang mengasyikkan..
saling berjanji untuk menunggu..saling mengikat hati, melakar harapan mencipta impian..
tapi, kita dah lupa untuk meminta cinta itu pada Allah kan.?
kerana terlampau hanyut dengan angan-angan, dirasakan cinta yang dibina saban hari akan terus mekar..
mekarkah cinta itu andai Allah tak izinkan ianya untuk berlaku.?
berkembangkah kasih itu andai cinta Allah kita lupakan.?

sahabat.....
jangan diluah cinta pada yang masih belum berhak..
jangan dilakar impian andai cinta masih belum halal..
jangan diucap sayang pada yang belum pasti..
luahkan pada Allah..
mintalah padaNya..kerana Dialah yang memegang hati kita, memegang hati pasangan kita..

Allah itu Maha Mendengar..
Dia tak akan pernah jemu melihat pada kita..
tak akan pernah jemu mendengar luahan..
tak akan pernah jemu mendengar rintihan cinta hambaNya..
sejauh mana usaha kita meminta, andai si dia yang terbaik, si dia PASTI akan menjadi milik kita..
tapi andai si dia bukan jodoh kita, ingatlah, Allah menyimpan seorang yang JAUH LEBIH BAIK =)
kerana tak ada apa yang dapat menghalang apa yang Dia tetapkan untuk berlaku..

simpanlah cinta untuk yang halal..
simpanlah kasih untuk yang berhak..
simpanlah sayang untuk yang terbaik..
tapi, ingatlah.....cinta Allah tetap yang utama..dan cinta Rasulullah itu yang seterusnya..jangan lupa cinta kepada ibu bapa, kemudian muslim..
jangan lupa untuk mencintai diri sendiri  =)


kerana sesungguhnya cinta itu hak Allah dan hanya dia yang tahu apa yang terbaik =)


bingkisan hati : cukup cintai dalam diam..bukan bererti membenci kehadirannya..tapi menjaga kesuciannya..bukan bermakna menghindari dunia..tapi kerana ingin meraih syurga-Nya..bukan kerana lemah menghadapinya..tapi menguatkan jiwa dari terus terleka..........



Friday 20 January 2012

heartless

andai mampu memutar masa..
andai mampu memadam kecewa..
andai mampu mengubat luka..
mungkin hari ini tidaklah hiba..

menyesal tiada guna..
menangis tiada makna..
kerana hari ini telah tiba..
menjadikan semalam kenangan air mata..

manusia itu tak pernah sempurna..
begitu juga aku terutamanya..
banyak kelemahan berbanding mereka..
yang mungkin membuatkan dirimu menjadi kecewa..

janganlah terima aku kerana diriku hari ini..
tapi cintailah diriku kerana diriku pada esok hari..
supaya aku sentiasa memperbaiki diri..
untuk menjadi srikandi sejati..

moga kasih yang ada tak pernah mati..
moga sayang yang ada kerana Ilahi..
moga semuanya akan sentiasa mekar di hati..
moga segalanya membawa ke syurga nanti..

jika diriku bukanlah orangnya..
moga dirimu bahagia bersama si dia..
biarkan aku melihat dari sisi mata..
berdoa semoga dirimu bahagia..

takkan aku ungkapkan sebarang kata..
kerana ku tahu ianya tiada makna..
tapi izinkan aku untuk menjadi sang setia..
yang menanti walau tak tahu ke mana arahnya..

sampai di sini coretan rasa..
membawa sejuta makna di jiwa..
biarkan tangisan menjadi peneman duka..
kerana ia mengajarku erti secebis bahagia...




bingkisan hati : hargailah apa yang ada..kerana kita tak akan pernah tahu apa yang kita miliki sampai suatu ketika kita kehilangannya...............


Thursday 5 January 2012

when it comes to twenty ^^v

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

dah lama rasanya tak update blog ni..tapi 2 minggu ni sangat sibuk dengan tugasan-tugasan assignment yang tarikh submit adalah dekat-dekat..sangat menduga kesabaran dan cara mengurus masa..sampaikan terlupa terus akan kehadiran blog ni =.='..tapi saya tak boleh jadikan sibuk sebagai alasan kan..sebab tu tunjukkan yang saya tak pandai urus masa..orang lain mampu je..kenapa saya tak mampu kan T.T

dalam kesibukan bergelar seorang mahasiswi, tanpa sedar hari ni dah masuk 5 Januari..dan bila bangun untuk solat subuh, terfikir yang "eh..aku dah masuk 20 tahun la.."..when it comes to twenty, i have to realise that i am not a small one anymore..and i will miss being nineteen T.T

Tapi syukur Alhamdulillah Ya Allah kerana masih memberi kesempatan kapada hamba-Mu yang hina ini untuk melihat keindahan, keagungan serta kehebatan ciptaan-ciptaan-Mu..moga umur yang baru ni membawa perubahan terbaik untuk diri ni..menjadi seorang muslimah, srikandi sejati yang terus berjuang di jalan-Mu Ya Allah..tanamlah kekuatan ke dalam jiwaku untuk terus menerus berjuang berada di dalam keadaan dunia yang semakin teruk sekarang..kuatkanlah imanku Ya Allah..amin



by the way, di kesempatan ni nak ucapkan puluhan, ratusan, ribuan, jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang gigih buat kejutan semalam..walau tak kenny rogers, walau tak secret recipe =p.. tapi saya dapat tutti fruity..dah lama teringin nak makan =D..but seriously all of you make me felt like i wanna to cried T.T..dan tak sangka kak izzah dan kak hani pun ada jugak..thank guys..Alhamdulillah saya dikurniakan Allah sahabat-sahabat yang terbaik..love you fillah =)
(cc : syira, fiezah, miera ghani, farhana, rafidah, ummi, yana, mira asri, zahhar nisa')

kepada sahabat-sahabat, adik-adik junior yang wish, thank sangat-sangat..saya hargai ingatan semua..TERUTAMA kepada the earliest wisher, SYAZWANI~!!!!!!! =D..tapi dia wish awal setengah jam =.='..haha..dan terima kasih juga kepada seorang sahabat baik saya yang wish tepat jam 12 tengah malam..moga ikuhwah kita kekal hingga ke syurga =)..terharu campur rasa nak menangis pun ada as saya tak sangka still ada yang ingat..dan sahabat semua memang ingat =)

by the way, being twenty make me feel happy and older =.='..as now, i am the only twentiest LADIES among my friends..and for this time being, i am KAK LONG..so, adik-adikku sekalian, ikut cakap kak long..jangan bantah =D..but, being twenty also is not easy too..when i grows up, tanggungjawab semakin berat..nak kena cari ilmu lebih sebab umur pun dah lebih..tak nak ilmu sama je macam umur lepas T.T..nak kena tingkatkan lagi segala usaha ke arah kebaikan..make today better than yesterday =)

rasanya sampai sini je untuk kali ni..tak nak berleter panjang sangat sebab takut nanti jadi terlampau panjang..hehe..thanks again kepada semua sahabat yang menigingati hari ini..love you all fillah =)




bingkisan hati : new year, new day, new age..moga Allah permudahkan perjalananku di jalan-Nya..amin..insyaAllah