Sunday 20 April 2014

the delayed wishes

Asalamaualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..

today i made a post on FB wall.. then one of my juniors asked me "bila nak update blog lagi?? hehhehe.."..i did update my blog post these past few days. but maybe the post was a little bit different and not many people like to read it :p..so kantoi la that junior of mine don't read my blog often :p

so, here is my new story~ :)

_________________________________________________________________

meneliti jadual subjek akan datang..hanya tinggal 3 semester lagi..insyaAllah dah tak lama..tak sabar kenangan lama terbias..banyak memori indah yang akan ditinggalkan..banyak impian belakang yang tak sempat dicapai..tak sempat..tapi banyak juga yang terjadi tanpa diduga..itulah kehidupan..banyak kejutan dari Dia :)


'"mungkin perlu mengecilkan skop impian supaya hati tak banyak terluka.." terluka la sebab impian tak tercapai..sape la tak sedih kan..haha..haish

mungkin kecewa..mungkin gembira..mungkin..so, strategi seterusnya.??!!! kecilkan skop impian, dan capai satu persatu.!! oh..moga dipermudahkan jalan oleh Dia ;)

things happen for reasons..I plan, you plan, but Allah is the best planner..
live must go on :D

20/4/2014
13.49pm
___________________________________________________________________________


akan ada cuma setahun sahaja masa pengajian saya di Melaka. memang akan banyak meniggalkan kenangan manis dan pahit..tapi tak lupa, di Melaka juga saya berjumpa dengan sahabat terbaik iaitu Cik Tarbiyah :D..tapi saya masih perlu belajar dan terus belajar..sebab proses pembelajaran takkan pernah habis..ilmu kehidupan terlampau banyak untuk diterokai..mungkin hingga ke akhir hayat kita ianya takkan pernah habis :)


tahun-tahun sebelum ini, saya ada terlampau banyak impian..saya tak mahu namakannya angan-angan..sebab impian itu sesuatu yang saya MESTI capai.!! sedangkan angan-angan itu cuma sekadar kemahuan tanpa usaha dan menjadikannya tak berguna..

namun, satu persatu impian saya tak mampu dicapai..kecundang di tengah jalan..mungkin kerana faktor masa atau kemampuan..bila terlampau banyak impian hinggakan tak mampu untuk dilaksanakan dalam masa terdekat, ditambah pula dengan faktor kemampuan..atau mungkin kerana ianya masih bukan pada masa yang sesuai..I plan, you plan, but Allah is the best planner..so, saya namakan mereka "the delayed wishes~"

so saya akan ada masa setahun lagi untuk capai impian yang berbaki..mungkin betul saya perlu kecilkan skop impian saya..nanti takut jadi bak kata pepatah "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.." hm...eh..tapi mungkin juga saya perlu tambahkan keyakinan pada Dia, dan terus berusaha..kan.??


so, jom jadi seperti Sultan Muhammad al-Fateh.!! jika usaha awal kita tak berhasil, so ubah STRATEGI dan teruskan berusaha.!!!! :D

gembira atau sedih.? :)


bingkisan hati : orang mungkin gelakkan kita dengan impian atau harapan yang kita ada..masa itu, ingat dan yakinlah "Allah beri rasa itu dan Dia sentiasa ada.."



Tuesday 15 April 2014

si kecilku

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim...


Anak-anak merupakan satu anugerah paling berharga daripada Allah untuk sepasang insan bernama ibu dan bapa. Orang lama selalu mengatakan bahawa “anak itu rezeki”. Tahu kenapa? Ini kerana setiap insan yang dilahirkan ke muka bumi ini, masing-masing telah ditetapkan 4 perkara iaitu ; ajalnya, jodohnya, celaka atau bahagianya, dan rezekinya. Makanya, setiap bayi itu telah ditetapkan rezekinya, dan sepatutnya ibu bapa tidak wajar mengeluh dan mengatakan beban apabila lahirnya anak baru dalam keluarga. Kelahiran setiap insan ke dalam dunia ini membawa ceria senyumannya yang tersendiri. Makanya, telah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membantu melakar kanvas kehidupan anak tersebut dengan lebih indah.

Dewasa kini, dapat kita lihat bermacam masalah sosial yang kian menular dalam kalangan masyarakat. Saban hari, graf kecerunan masalah sosial kian meruncing naik bersama hari. Kes pembuangan bayi terutamanya makin bercambah seakan cendawan tumbuh selepas hujan. Dalam setahun, akan ada 3 fasa perlambakan pembuangan bayi iaitu sekitar bulan 5, bulan 9, dan bulan 10. Cuba perhatikan pola tersebut jika ditolak 9 bulan normal masa mengandung bagi seorang wanita. Maka, ia akan menunjukkan bulan di mana adanya sambutan tahun baru, sambutan hari Valentine, dan sambutan hari merdeka Malaysia. Tarikh di mana anak-anak muda yang masih belum berkahwin kononnya mahu membuktikan cinta kepada pasangan masing-masing melalui aktiviti seks tidak sihat seperti itu. Dengan ini, akan 'membantu' melambaklah kelahiran anak luar nikah saban tahun. Ini baru sahaja saya bercakap mengenai masalah pembuangan bayi, belum lagi menyentuh perihal masalah sosial lain seperti penagihan dadah, penukaran jantina, homoseksual, seks bebas, arak, judi, dan bermacam lagi.

Bak kata sahabat dekat Rasulullah SAW ; Saidina Ali pernah berkata ;

“Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini.”

Oleh itu dalam situasi sekarang, pihak manakah yang harus dipersalahkan.? Ramai di antara kita yang hanya tahu lepas tangan dengan hanya menyalahkan sepenuhnya individu remaja itu sendiri. Kononya mereka tidak tahu untuk mebezakan baik buruk satu perkara. Namun, ada juga segelintir yang berterusan menyalahkan ibu bapa kerana gagal mendidik anak sendiri ; beranak sahaja tahu, tetapi mendidik tidak tahu. Selain itu, ada juga yang secara membuta tuli membabitkan kerajaan kerana gagal menyediakan sistem pembelajaran sekolah yang terbaik. Melihat kepada keadaan tersebut, amat tidak adil jika kita hanya tahu menunding jari sebegitu tanpa cuba memahami faktor-faktor kepada natijah tersebut. Sebagaimana kita tahu, manusia itu dibentuk dan diacu dalam tempoh yang lama. Saban detik, mereka dibentuk secara terus oleh sekeliling.


Setiap anak yang lahir itu boleh diibaratkan seperti sehelai kain putih bersih yang langsung tiada cacat celanya. Begitu juga hatinya yang bersih daripada sebarang noda dosa. Makanya, segala yang dia dengar, lihat, dan perhati itulah yang mencorakkan dirinya. Bak kata pepatah “bagaiman acuan, begitulah kuihnya”. Sama juga dalam situasi pendidikan anak-anak. Acuan terbaik harus diberi demi mendapatkan hasil yang cantik dan terbaik. Sabda Rasulullah SAW :

Setiap anak-anak adalah umpama kain putih (fitrah). Ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkannya samada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Saat anak itu lahir, insan pertama yang bertanggungjawab mendidiknya adalah ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa merupakan guru pertama kerana peratus besar masa anak-anak menghabiskan masanya sewaktu kecil adalah ketika di rumah. Sewaktu kecil, otak anak adalah seperti span lembut yang mempunyai kuasa serapan yang sangat tinggi. Saat itu, segala yang dia dengar dan lihat adalah benar belaka dan dengan mudah akan diserap ke dalam sistem otaknya. Dengan itu, segala perilakunya adalah dipengaruhi elemen serapan tersebut. Oleh itu, antara faktor utama berlakunya masalah sosial dalam kalangan masyarakat adalah apabila situasi di rumah yang kurang sihat. Mungkin ibu bapanya yang sendiri yang bergaul bebas sehingga tahap berparti di rumah. Mungkin juga ibu bapa yang sentiasa menuturkan perkataan yang tidak elok didengari. Mungkin juga ibu bapa selalu menonton cerita lucah di hadapan anak-anak. Banyak kemungkinannya yang boleh mempengaruhi perlakuan dan pemikiran anak-anak.
           
Rentetan daripada kesan pemikiran buruk yang dibawa dari rumah, ini sekaligus memberi kesan kepada pemilihan rakan-rakan di sekolah. Seperti yang kita perhatikan, anak-anak akan mula memasuki alam persekolahan seawal usianya 7 tahun. Malah ada yang sudah mula bersekolah seawal usianya 5 tahun. Kemudian, pemikiran serta perwatakan dan akhlaknya terus dibentuk sehingga ke tahun-tahun seterusnya. Memasuki alam persekolahan, kebanyakan masanya akan banyak dihabiskan dengan rakan-rakan pula. Dek kerana gaya hidup ‘open minded’ di rumah, makanya dia terdorong untuk memilih kumpulan rakan yang turut sama memiliki gaya hidup seperti berikut. Menghabiskan sebahagian besar masanya bersama rakan-rakan sebegini, mendorongnya berakhlak seperti mereka. Saat ini, mana mungkin mudah baginya menerima nasihat baik kerana telah lama terdedah dengan gaya hidup sosial yang dirasakannya betul sejak daripada kecil lagi. Benarlah peribahasa Melayu ada mengatakan “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Hal ini kerana apabila rebung sudah menjadi buluh, bukan sahaja sukar untuk dilentur bahkan juga sukar untuk dibentuk.

Sabda Rasulullah SAW :

"Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."
(Riwayat al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari)


Dalam melahirkan masyarakat sihat yang dapat menjadi pemimpin negara sekaligus mengurangkan masalah sosial, makanya generasi kecil mestilah dididik dengan cara yang betul. Oleh itu dalam apa-apa keadaan, kembalilah pada asas itu sendiri. Di mana kita datang, di situlah kita kembali. Jika dilihat pada asas kita, Islam sendiri telah mengajar bagaimana cara untuk mendidik anak-anak. Islam itu adalah agama yang syumul. Setiap genap ceruk kehidupan telah diajar cara-cara tertentu dalam mengekalkan kedamaian kerana Islam itu sendiri maksudnya adalah sejahtera. Kita jangan pernah malu untuk terus belajar menjadi lebih baik. Ini kerana Allah itu adalah Maha Pengampun menerima taubat hambaNya.

Dalam sesuatu perkara, langkah pertama adalah tapak untuk langkah-langkah seterusnya. Dalam melahirkan anak-anak yang baik, pemilihan pasangan itu sendiri adalah paling penting. “carilah ibu kepada anak-anakmu, BUKANNYA isteri untuk dirimu”. Dalam ayat tersebut, samalah juga keadaannya dengan pemilihan calon suami. Pilihlah dia yang mampi mengemudi keluarga ke syurga. Rasulullah SAW prnnah bersabda :

"Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".
(Riwayat Bukhari & Muslim)


Dalam hadis tersebut, sama keadaannya dalam pemilihan bakal suami. Benarlah sabda baginda. Pilihlah yang beragama, maka selamatlah kita. Memilih pasangan yang beragama, segala tuntutan Islam akan dipenuhi. Maka, kehidupan akan sejahtera di dalam landasa-Nya. Yang beragama itulah penyejuk di kala kabut. Yang beragama itulah tongkat di saat jatuh. Yang beragama itulah deria dikala derita. kerana hanya yang berjaya memimpin dirinya dapat memimpin orang lain.


Utamanya, kita mulakan dulu dengan akhlak individu itu sendiri. Ibu bapa mestilah mempamerkan contoh yang baik kepada anak-anak walau di mana sahaja berada. Sewaktu kecil, ibu bapa adalah ‘role model’ kepada anak-anak. Segala akhlak, tingkah laku, itulah yang akan mencerminkan akhlak akan datang untuk anak-anak. Bagi mereka, ibu bapa adalah sempurna dan guru terbaik. Oleh itu, ibu bapa mestilah memiliki akhlak terbaik dan terpuji. Dalam meminta bantuan daripada anak-anak, ibu bapa haruslah menggunakan gaya bahasa percakapan yang lemah lembut dalam mendidik anak-anak berjiwa lembut juga, sekaligus mendorong mereka untuk melakukan perkara yang sama kepada orang lain. Dalam menyuruh dan mengajar mereka berakhlak mulia, ibu bapa mestilah turut sama melaksanaknnya. Jangan pula menjadi “seperti ketam mengajr anak berjalan lurus”.

Di samping ibu bapa menunjukkan akhlak mulia, ibu bapa juga perlu memantau jenis rakan-rakan yang berada disamping anak-anaknya. Namun secara asasnya jika akhlak anak sudah terbentuk cantik di rumah, maka dia akan memilih rakan yang berakhlak baik juga. Hal ini kerana sudah menjadi fitrah semulajadi manusia mahukan teman yang sekepala dengannya agar dia selesa bergaul. Cuma, ibu bapa harus rajin berkongsi cerita dan bertanya berkenaan rakan-rakan tersebut agar anaknya itu tidak tersilap memilih dan tergelincir dalam landasan berkawan. Hal ini kerana pada era moden sekarang, akhlak baik tersebut mudah tergelincir apabila mudah terdedah dengan laman sosial di luar seperti panggung wayang, pergaulan antara lelai perempuan, atau pemerhatian sekeliling daripada masyarakat luar sendiri. Oleh itu, ibu bapa perlu membantu anak-anak dalam memilih rakan yang terbaik, sekaligus menapis anasir-anasir jahat daripada membarahi jiwa anak-anak. Namun hanya kerana ibu bapa sudah mengenali rakan-rakan anaknya, ibu bapa harus sentiasa perlu memantau pergerakan anak-anak kerana bimbang mereka tersilap langkah.
  
Oleh itu, ternyata pentingnya pendidikan awal di rumah. Rumah merupakan tempat di mana segala perkara asas dipelajari dan difahami. Apabila berada diluar, saat itulah anak-anak akan memproses segala asas tersebut dan membezakan baik buruk sesuatu perkara ketika berada di luar. Dalam menghadapi masalah sosial sekarang, ibu bapa memainkan peranan terpenting samada membantu anak-anak menjadi baik atau sebaiknya. Pencorakan jiwa anak-anak bermulanya di rumah, dan berkembang di luar. Oleh itu, pastikan asasnya kuat kukuh sebelum membina tingkat kehidupan seterusnya. Hari-hari seterusnya untuk merekaq adalah sebuah kanvas kehidupan. Bantulah anak-anak dalam melakari perjalanan tersebut supaya dia dapat hasilkan satu kehidupan yang terindah serta berwarna-warni.


lakaran sebuah kehidupan


hasil nukilan :

Shahida Omar
16:01
140414


bingkisan hati : Setiap anak punya peluang sama rata untuk menjadi terbaik. Jangan ranpas kebahagiaannya dengan sikap sambil lewa kita