Tuesday 31 December 2013

Sayonara

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim....

hari ini insyaAllah akan ada sesi berusrah bersama bidadari kecil dunia :)

nampak sahaja kecil di mata
penyeri pengindah alam semesta
membawa Islam mekar di mata
itulah dia bidadari kecil dunia



sedang mencari tajuk yang sesuai..saya pun mulalah menggodek Youtube..kemudian terjumpa satu video.......SAYONARA________....

hidup ni aneh kan..macam kawan saya cakap la..(credit to : Zahhar Nisa' binti Azman) :p
"hati ingin melakukan..tapi ada batas perlu dijaga.." chewahhh..haha =.='

ya...hidup ni aneh..
penuh dengan kekecewaan..
penuh dengan kemahuan yang banyak..
betul la..manusia ni tamak..makin banyak kita dapat, makin tak cukup suatu perkara tu..

maka, inilah video yang saya jumpa itu....(maaf..tak reti nak masukkan dalam blog..=.=')
http://www.youtube.com/watch?v=s3H7CMN26Ic

apa yang kalian perasan dalam video tu.??? jom sama2 senaraikan..
-hati Sarah : mulanya putih melepak..lama2 makin gelap dan gelap..
-pergi usrah dapat putihkan hati.?? hmmm...
-...dan lain2 lagi....

tiba2 saya terfikir...
tengok movie boleh gelapkan hati.?? gulp..
dengar music boleh hitamkan hati.??? oh noooo.!!
main facebook boleh hitamkan hati jugak.?? glup glup glup *pengsan

betul ke semua tu.? kalau semua benda tak boleh buat, kejamnya Islam T.T..terfikir kejap...

apa hukum sebenar kita berhibur.? HARUS..kan.? :D
tapi, perkara yang harus tu, kalau dilakukan salah cara, maka boleh jatuh haram tau..contohnya macam kita berhibur sampai tak solat..berhibur terlebih hingga buang masa..ye la, sampai berjam lamanya tengok movie..haihhhhhhh..atau, berhibur terlebih sampai tahap keluar dengan lain jantina tengok wayang..hm...

jom revise satu ayat Al-Quran :)


al-an'am ayat 162


haaa...nampak tak tu.?? hidup kita ni adalah untuk beribadah kepada Allah..
so, kena duduk dalam masjid je la 24jam.??? T.T
takkkkk *geleng kepala...haha
siapa cakap beribadah tu kerja duduk dalam masjid je.? siapa cakap beibadah tu mesti baca Al-Quran je.? siapa cakap.???!!! =.='

semuanya bermula dengan niat..kalau kita buat perkara tu kerana Allah, maka ianya adalah ibadat..contohnya macam pergi kelas kan..kita niat la "Ya Allah..aku nak pergi kelas ni..nak tuntut ilmu Engkau..supaya aku dapat jadi pandai, dapat naikkan Islam..kan bangga kalau orang Islam pandai..mudahkanlah aku ya Allah.." *semangat :D
so, sama la macam perkara2 lain..bila nak makan, "Allah..aku nak makan, sebab aku nak jaga tubuh aku yang Engkau bagi ni..so, aku bertenanga nak berdakwah..aku bertenaga nak solat.."..so, senang kan.?? :')

tapi.!!!!! kalau niat betul tapi cara salah, tak ada guna jugak..contoh : niat nak berdakwah kat kawan berlainan jantina..tapi keluar berduaan je...atau niat nak berdakwah ngan dia yang tak pakai tudung, dan kita pun buang tudung sebab nak dekat dengan dia..erk =.='..so, fikirlah :)

ok..so, itu sahaja ya..kepada bidadari kecil dunia yang akan berusrah petang ini, anda bernasib baik kalau baca post ini..at least ada point bila ditanya :p

sehingga berjumpa lagi.!!! :D

oh...sebelum tu..ni khas untuk saya yang menaip : T.T

As-Saff : ayat 2 dan 3



bingkisan hati : mereka itu bidadari kecil dunia :)



Sunday 22 December 2013

tak kaya.? tak cantik.?

Assalamualikum..
Bismillahirrahmanirrahim..

jumaat malam sabtu baru ni (20 Disember 2013), MMU ada buat talk berkenaan cinta..ya, CINTA..tajuk : "Dari Kerana Mata.."..kita biasa dengar orang tua-tua cakap ; dari mata turun ke hati..betul ke.? macam cinta pandang pertama gitu.? haha..entah la dik non..tak tahu =.='..bila cakap soal cinta je semua orang suka..mereka cakap cinta tu indah..betul ke.? entah jugak =.='..

tadi ada la berbual ngan seorang teman a.k.a sahabat tersayang :p..then keluar la status ni :



sebelum ni tak hensem, tak cantik..
tapi bila dah jadi glamour, tetiba orang nampak dia hensem, lawa..
pastu tergedik-gedik nak kawan ngan dia

nampak sangat kita ni nilai orang berdasarkan glamour -.-'

bak kata dia : "kalau cantik je mesti jadi artis..kalau jadi artis je mesti cantik.."



saya pun rasa perkara yang sama..sebelum ni dia tak hensem pun..means tak ada la sampai hensem/lawa tahap kita jatuh cinta..tapi bila jadi artis, mak aihhhhh..semua orang cakap dia hensem/cantik..sampaikan ada yang tahap histeria bila dapat salam dengan dia..yang paling tak boleh diterima akal, sampaikan tahap ada yang nak kahwin dnegan artis tu...!!! tak faham dengan semua ni..padahal sebelum ni tak ada sorang pun yang sudi nak pandang dia..ni la, cinta dunia..kita pilih kawan sebab dia glamour je..ye la, siapa la tak bangga ada kawan retissss..kan.? zzzz..menyampah =.='

makanya, Allah berikan saya ilham untuk menulis sesuatu :)


rupa tak ada makna kalau hati tak tahu kemana..
rupa tak ada harga kalau perangai tak seberapa..
rupa tak ada apa-apa kalau akhlak tiada..

tak kaya tak apa..
tak cantik tak apa..
tak hensem tak apa..
asalkan agama itu utama..

kalau dia pilih kamu kerana rupa, maka bimbanglah..
kerana kita semua insyaAllah akan tua..
saat kamu dah berkedut berjuta,
dia masih ada pilihan lain di luar sana..

kalau dia pilih kamu kerana harta, maka bimbanglah..
kerana harta tak boleh bawa ke syurga..
andai dirimu jatuh miskin,
dia cari yang lain..


so, rasanya dah la tu puja artis sampai tahap malukan diri sendiri..menjerit sebab histeria nampak artis..tak salah kita nak admire dia..cumanya, berpada-pada la ye..dan kepada mereka yang sanggup jatuhkan maruah nak bersalam dengan artis berlainan jantina, dah la tu buat perangai macam tu..buruk beno..dia pun manusia biasa juga..ok.?

dan kepada mereka (perempuan) yang suka sangat post gambar sendiri kat laman sosial, please stop all those things..kami faham, memang fitrah perempuan nak nampak cantik, DAN dipuji cantik..cumanya, ingatlah..perempuan ni fitnah dunia..gambar kita tu boleh buat lelaki bergegar hati dan jantung..kesian mereka..kesian juga kat kita sebab tak pasal tambah dosa..kita semua memang seadanya cantik indah jelita walau tiada yang puji..sebab ciptaan Allah SEMUANYA indah belaka :)..kalau nak post jugak, TAK ADA MASALAH..boleh.!!! tapi sila remove SEMUA kawan lelaki anda..then, post la bebanyak sesuka hati anda :D..

dan kepada semua lelaki, aurat korang cuma setakat pusat ke lutut SAHAJA..apa susahnya nak jaga.????!! jangan sampai ada perempuan tampar lelaki pula..kami susah payah jaga aurat supaya korang tak dapat dosa tengok kami..tapi korang suka hati je nak tambah dosa sendiri DAN dosa kami sebab tengok lutut korang..bukannya cantik sangat pun..zzzzzzzz


ok..setakat ini sahaja daripada saya..maaf andai terkasar dan TERemo..haha..sekian..assalamualaikum :D


do spread this :)

bingkisan hati : tak kaya tak apa..tak hensem/cantik tak apa..sebab agama itu ada :3


Tuesday 3 December 2013

kecewanya..

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim...

suatu petang yang indah, angin sepoi-sepoi bahasa..
Maryam keluarkan Samsung Note 3 dia dan mula menaip beberapa baris ayat..

"Assalam..hai adik2..apa khabar.? sihat.? :)..so, akak nak ingatkan adik2 pasal usrah kita selasa ni..macam biasa la, jam 5.15pm kat masjid..ok.?? jumpa di sana.!!!! ;).."

so dengan hati berbunga riang, Maryam mula merangka segala perkara yang dia fikir akan memeriahkan usrahnya pada esok hari..dia nak pastikan segalanya menggembirakan adik2..wah..seronok.!!!!

keesokannya..
jam menunjukkan 5.30pm..5.45pm..
tiada seorang pun yang datang..arghhh..kecewa..T.T


****************************************************************************

situasi itu biasa bagi mereka yang terlibat dengan usrah..ya...kecewa tu perkara biasa bila adik2 tak nak datang usrah..kecewa, sedih, sakit dada, semua ada..sampaikan tahap nak menangis pun ada..rasa cam berguling kat tengah jalan tu jugak..kan.?

tapi satu perkara kita mungkin lupa..dalam mengejar dakwah, kita lupa setiap dari mereka itu punya satu benda yang sama..ya..mereka semua punya hati..dan hati mereka Allah yang pegang..Allah yang membolak balikkan hati mereka..hati kita juga...

kita biasa buat banyak persiapan untuk make sure semuanya seronok dan menggembirakan adik2 usrah..tapi, kadang2 kita terlupa nak minta hati mereka dengan Allah..kita terlupa nak minta izin Dia untuk sentuh hati adik2..Allahu..pelupanya kita T.T

jom mulakan hari dengan suatu yang baru..kita minta dengan Dia..dan kalau dikatakan adik2 tetap taknak datang juga, ayuh doakan moga Allah ada simpankan suatu yang lebih baik untuk mereka..mungkin mereka akan jumpa usrah yang lebih baik..kan.? :)..dan....Allah menilai pada usaha kita..BUKAN pada hasil ;)

so, berhenti untuk kecewa..terusan tersenyum dan melangkah menjadi seorang da'ie yang cekal..!!!! :D





bingkisan hati : jangan saling bergaduh untuk cari seramainya ahli usrah untuk jemaah masing2..ayuh ramaikan muslim itu sendiri..jangan sampai jadi mereka yang kurang pandai untuk saling bergaduh kerana berebut adik2..kita kan profesional :)