Sunday 22 December 2013

tak kaya.? tak cantik.?

Assalamualikum..
Bismillahirrahmanirrahim..

jumaat malam sabtu baru ni (20 Disember 2013), MMU ada buat talk berkenaan cinta..ya, CINTA..tajuk : "Dari Kerana Mata.."..kita biasa dengar orang tua-tua cakap ; dari mata turun ke hati..betul ke.? macam cinta pandang pertama gitu.? haha..entah la dik non..tak tahu =.='..bila cakap soal cinta je semua orang suka..mereka cakap cinta tu indah..betul ke.? entah jugak =.='..

tadi ada la berbual ngan seorang teman a.k.a sahabat tersayang :p..then keluar la status ni :



sebelum ni tak hensem, tak cantik..
tapi bila dah jadi glamour, tetiba orang nampak dia hensem, lawa..
pastu tergedik-gedik nak kawan ngan dia

nampak sangat kita ni nilai orang berdasarkan glamour -.-'

bak kata dia : "kalau cantik je mesti jadi artis..kalau jadi artis je mesti cantik.."



saya pun rasa perkara yang sama..sebelum ni dia tak hensem pun..means tak ada la sampai hensem/lawa tahap kita jatuh cinta..tapi bila jadi artis, mak aihhhhh..semua orang cakap dia hensem/cantik..sampaikan ada yang tahap histeria bila dapat salam dengan dia..yang paling tak boleh diterima akal, sampaikan tahap ada yang nak kahwin dnegan artis tu...!!! tak faham dengan semua ni..padahal sebelum ni tak ada sorang pun yang sudi nak pandang dia..ni la, cinta dunia..kita pilih kawan sebab dia glamour je..ye la, siapa la tak bangga ada kawan retissss..kan.? zzzz..menyampah =.='

makanya, Allah berikan saya ilham untuk menulis sesuatu :)


rupa tak ada makna kalau hati tak tahu kemana..
rupa tak ada harga kalau perangai tak seberapa..
rupa tak ada apa-apa kalau akhlak tiada..

tak kaya tak apa..
tak cantik tak apa..
tak hensem tak apa..
asalkan agama itu utama..

kalau dia pilih kamu kerana rupa, maka bimbanglah..
kerana kita semua insyaAllah akan tua..
saat kamu dah berkedut berjuta,
dia masih ada pilihan lain di luar sana..

kalau dia pilih kamu kerana harta, maka bimbanglah..
kerana harta tak boleh bawa ke syurga..
andai dirimu jatuh miskin,
dia cari yang lain..


so, rasanya dah la tu puja artis sampai tahap malukan diri sendiri..menjerit sebab histeria nampak artis..tak salah kita nak admire dia..cumanya, berpada-pada la ye..dan kepada mereka yang sanggup jatuhkan maruah nak bersalam dengan artis berlainan jantina, dah la tu buat perangai macam tu..buruk beno..dia pun manusia biasa juga..ok.?

dan kepada mereka (perempuan) yang suka sangat post gambar sendiri kat laman sosial, please stop all those things..kami faham, memang fitrah perempuan nak nampak cantik, DAN dipuji cantik..cumanya, ingatlah..perempuan ni fitnah dunia..gambar kita tu boleh buat lelaki bergegar hati dan jantung..kesian mereka..kesian juga kat kita sebab tak pasal tambah dosa..kita semua memang seadanya cantik indah jelita walau tiada yang puji..sebab ciptaan Allah SEMUANYA indah belaka :)..kalau nak post jugak, TAK ADA MASALAH..boleh.!!! tapi sila remove SEMUA kawan lelaki anda..then, post la bebanyak sesuka hati anda :D..

dan kepada semua lelaki, aurat korang cuma setakat pusat ke lutut SAHAJA..apa susahnya nak jaga.????!! jangan sampai ada perempuan tampar lelaki pula..kami susah payah jaga aurat supaya korang tak dapat dosa tengok kami..tapi korang suka hati je nak tambah dosa sendiri DAN dosa kami sebab tengok lutut korang..bukannya cantik sangat pun..zzzzzzzz


ok..setakat ini sahaja daripada saya..maaf andai terkasar dan TERemo..haha..sekian..assalamualaikum :D


do spread this :)

bingkisan hati : tak kaya tak apa..tak hensem/cantik tak apa..sebab agama itu ada :3


No comments:

Post a Comment