Friday 15 March 2013

hiking.!!! let's enjoy :D

Assalamualaikum....
Bismillahirrahmanirrahim....

Setelah sekian lama berkepuk, mencelup-celup isi blog ni, memerah masa yang tak tahu ke mana perginya, Alhamdulillah akhirnya diberi peluang oleh Allah untuk meneruskan perkongsian..kali ni nak cerita apa ya.?? 0.o..ha.!!! di saat orang lain sibuk menelaah pelajaran untuk menghadapi minggu final exam, saya sempat la mencuri masa untuk hiking di Gunung Ledang..walaupun paper final agak padat, tapi digagahkan juga sebab susah nak dapat peluang hiking gunung T_T..so, berbekalkan secoet (secebis) semangat, kami melaksanakan cadangan untuk mendaki Gunung Ledang, yang tingginya dari aras laut 1276 meter :)


so, inilah wajah2 bersemangat yang nak menawan puncak Gunung Ledang :D


semua sangat bersemangat nak memulakan langkah :)..Alhamdulillah..banyak pengajaran yang dapat saya/kami kutip secebis demi secebis sepanjang pendakian..nak tahu apa yang kami dapat.?? jom explore :D


check point 1, namanya bukit semput~!! yeay \(^.^)/

CP1 ; bukit semput..memang sangat sesuai dengan namanya..sampai kat situ, kesemputan dah mula terasa..nampak sangat saya dah lama tak exercise..stamina dah ke laut =.='..tapi ni baru je permulaan..nampak tak muka2 yang keriangan tu.?? tak lama tu..hahaahaha..

dan seterusnya, kami meneruskan lagi perjalanan merentasi rintangan (chewaaahh..nada =.=')..sepanjang perjalanan, banyak yang difikirkan...dan saat tu, tiba-tiba hati jadi sayu..saat tu jugak la rasa nak menangis..saat tu jugak la rasa bersemangat..saat tu jugak macam2 rasa..kenapa ya.? T_T

...........manusia kadang2 terlampau manja..terlalu cepat mahukan kesenangan, terlalu cepat mahukan hajat hati dikabulkan Allah..tapi diri sendiri malas berusaha, malas berdoa..nak laksanakan suruhan Dia pun payah..tiba-tiba sayu teringatkan nasib sendiri..sentiasa mengeluh tentang keputusan exam yang teruk..tapi, tak pernah nak berusaha..nak tawan puncak kecemerlangan, tapi tak mahu mendaki untuk lebih tinggi..kalaupun mahu, saya hanya mengharapkan pendakian yang lancar dan mudah..saya sombong kan.?? sombong berusaha, sombong bersusah payah untuk keinginan sendiri..dan saya mengharapkan Allah bagi apa yang saya mahukan..teruk betul saya T_T

Allah itu Maha Adil..siapa yg berusaha, dialah yang dapat..

Allah tu sweet..Dia tahu setiap penat lelah hamba-Nya berusaha..dalam pendakian, tak semua perjalanan adalah sukar dan memenatkan..ada kalanya di berikan jalan yang landai dan senang untuk melangkah..ada saatnya sangat mencabar fizikal..sayangnya Dia kat kita..kerana perjalanan landai memberikan rehat sebentar :)..dalam penat lelah berusaha mencapai apa yg diinginkan diri, Allah sempat memujuk hati, menyalurkan semangat tambahan..Dia nak kita tahu, Dia sentiasa ada bersama kita..dan kita takkan pernah seorang :D


di Taman Bonsai..pada ketinggian 1000m++..di kiri kanan ada 2 batang pokok seakan pokok bonsai besar..pemandangan Subhanallah sangat cantik..hilang penat lelah melihat keindahan ciptaan-Nya :)


kadang2 bila dah terlampau selesa dengan perjalanan landai, hati memberontak untuk berhenti apabila terpaksa berhadapan dengan bahagian yang mencabar lagi..tapi dengan bekalan semangat daripada rakan2, semangat dikumpulkan untuk terus melangkah :)..dan otak terus ligat berfikir.. "sampai bila aku nak perjalanan selesa je..kalau nak perjalanan landai, sampai bila2 pun aku hanya kat level sama je.."..hati terus tersentak..apa salahnya bersusah 'sedikit'..apa salahnya kan.?? sampai bila nak berada kat tahap yang sama, sedangkan orang lain sudah jauh mendaki ke atas, bukannya menapak ke depan secara landai..nak ada kat level sama atau lebih atas.??? *headshot T_T

dah banyak yang saya celotehkan..tapi, ada satu perkara yang sangat saya nak kongsikan..boleh kan.?? ;)..hm..kita manusia yang mudah lupa..sebab itulah nama kita adalah insan..kerana insan itu bermaksud pelupa..kita insan yang mudah sombong, lupa kepada Dia bila diri ni hebat sikit..rasa bongkak sebab rasa semua kejayaan adalah kerana diri sendiri *.*..ingatlah.!! semua tu takkan berlaku tanpa izin Allah..

sahabat.......jangan sombong dengan Allah..baru je berhadapan dengan salah satu ciptaan (Gunung Ledang) Allah, kami dah semput termengah-mengah..itu baru je secebis daripada kekuatan Allah..so, cuba bayangkan betapa hebatnya Dia, betapa kuatnya kuasa Dia..saya yakin, kita takkan pernah mampu membayangkan kehebatan Dia kerana akal kita takkan termampu..kerana Dia terlampau hebat..Subhanallah :)

sampai di sini sahaja..moga ketemu lagi di alam cyber ;)


bingkisan hati : mata hati TAK AKAN pernah menipu :)