Friday 26 June 2015

lakaran hidup

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim....

Aku suka menulis, sebagaimana aku suka bercakap. hahatapi sejak dua menjak ni, aku dapati susah untuk aku cari idea untuk menulis. hmmmm.

masa mula-mula aku menulis, hampir setiap hari aku punya idea untuk berkongsi dengan penulisan. sehinggakan kadang-kadang aku "hold"  sebab takut terlampau banyak yang aku kongs, hinggakan ada yang rasa meluat. =.='

betul la. manusia itu jenis susah bersyukur. bila dah hilang, baru la tercari-cari. ilham itu hak Allah. segala perkara yang kita sangka kita punya, sebenarnya hak Allah. bersyukurlah sementara Dia masih sudi meminjamkan kepada kita. saat ia hilang, maka redhalah. dan ingtatkan sekali lagi pada diri sendiri :

"pemilik dah ambil semula hak Dia. kenapa aku nak marah atau bersedih??"

tapi redha bukan bermakna berputus asa.
maka bersyukurlah sementara masih ada.
dan bersykurlah ataa apa yang kita akan ada.




bingkisan hati : kerana hidup ini adalah lakaran sebuah lakaran. otak dan tangan kadang-kadang tidak sehaluan.



Monday 1 June 2015

budak sekarang dah lain oi

Assaalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim....

hari ini aku jumpa adik kawan aku. baru darjah 4. tapi dah ada pakwe. siapa tak terkejut =.='.. aku dulu, masa darjah 4 sibuk fikir nak main game apa petang tu. sibuk fikir nak tiru kerja sekolah siapa. sibuk fikir nak beli cekedis apa. tapi lain budak sekarang. darjah 4 dah pandai bercinta oi. terkedu aku tak terkata. takkan nak berceramah kat adik orang. hahaha..last-last, aku pesan suruh belajar rajin-rajin je..

takut melihat keadaan anak-anak sekarang..
budak-budak dah hilang dunia kanak-kanak mereka..
seakan mahu cepat membesar menjadi dewasa..
benarlah..

"kanak-kanak itu ibarat kain putih..apa yang dicorakkan, itulah yang tercorak.."

mata dan telinga..
2 deria terbesar yang menjadi "guru" terdekat saban hari..
apa yang dilihat, itulah yang diikuti..
apa yang didengar, itulah yang diteladani..

jangan terkejut andai mereka pandai berkata kasar..
jangan terkejut andai mereka pandai bercinta meliar..
jangan terkejut andai mereka buat perkara calar ..
kerana kitalah yang mengajar..

salahkan kita yang dewasa..
salahkan kita yang mengajar mereka sebegitu rupa..
salahkan kita yang menjadi guru sepenuh masa mereka..
salahkan kita..

tolong la jaga percakapan perlakuan kita depan budak-budak..biar la jadi hipokrit kejap depan mereka..asalkan mereka tak ikut perangai kita yang tak senonoh tu T.T.. jangan nak bercinta depan mereka..nanti mereka pun sibuk nak bercinta..percaya la cakap beta ini


hancur hati tak habis lagi


bingkisan hati : dulu masa sekolah rendah, aku hanya tahu nak main. tapi lain dengan kanak-kanal sekarang..bercinta pun mereka pakar..salah aku ke? sungguh aku sedih T.T