Wednesday 22 June 2011

wahai sahabatku...

sudah lama rasanya tak update blog ni..kepada para pembaca, ampun dan maaf dipinta andai kalian semua menunggu post yang tak terpost ^^,
hari ni, Allah mengilhamkan sebuah tajuk yang rasanya sesuai dengan fenomena para remaja zaman sekarang..ada salah silap atau terkasar bahasa, harap diampunkan..kerana saya tak sempurna  =)..ok..harap kita dapat ambil manfaat dan pengajaran daripada apa yang akan dibaca..enjoy ya  =)


DI MANAKAH TAHAP MARUAH WANITA ZAMAN SEKARANG.??

kaum hawa adalah kaum yang telah ditinggikan darjatnya oleh Allah SWT..kita dijaga olehNya..kerana itulah kita diwajibkan menjaga maruah kita..dan salah satu maruah berharga yang wajib dijaga adalah aurat..aurat bagi kaum hawa adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tangan..oleh itu wahai sahabat-sahabatku yang dirahmati Allah, janganlah engkau meletakkan maruahmu serendah-rendah tempat dengan tidak menutup aurat dengan sempurna..kerana itulah maruah kita..maruah yang wajib kita jaga..mahkota yang paling berharga..dengan maruah, kita mulia..


وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka   dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanyaDan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… 
(al-Nuur : 31)

Allah Ta’ala juga menyebut di dalam al-Quran :

وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ وَأَنْ يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَهُنَّ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya : Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tidak ingin kahwin (lagi), tiadalah dosa atas mereka menanggalkan pakaian (pakaian luar yang kalau dibuka tidak menampakkan aurat) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
 (al-Nuur : 60)

 يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Maksudnya : Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 
(al-Ahzab : 59)


lihatlah sahabatku..betapa pentingnya penjagaan aurat itu..dan janganlah engkau memangdangnya remeh..maka engkau akan tahu akibatnya kelak..pada masa itu, janganlah engkau menangis, merintih apabila dirimu dijadikan mangsa gangguan seksual..kerana Allah menjadikan sesuatu hukum itu ada kebaikannya wahai sahabatku..Dia Maha Mengetahui...





sedih dan sayu sekali apabila melihat keadaan sekeliling..betapa sahabat-sahabat yang lain leka dengan kehidupan dunia..terlalu leka dan lalai hingga lupa akan segalanya..kerana terlalu menginginkan kebebasan dan keduniaan, engkau lupa akan Islam..pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan menjadi perkara biasa..hubungan haram tanpa batasan..kasihan sekali aku melihat golongan..tapi, mungkin engkau tidak tahu..atau mungkinkah engkau kurang ilmu..bukanlah aku mahu berlagak baik..tapi, inilah tugasku..kerana aku adalah khalifah Allah..aku tak mahu melihat sahabat-sahabatku menangis, merintih di akhirat kelak..kerana saat itu, tiada siapa lagi yang dapat menolong engkau wahai sahabat..

sahabatku,
Allah telah meninggikan darjat kita sebagai kaum hawa..
janganlah engkau merendahkan darjatmu setelah ditinggikan..
janganlah engkau menghinakan dirimu setelah dimuliakan
janganlah engkau mengotorkan pandangan dunia setelah dirimu dijadikan seindah-indah perhiasan..

kerana...
wanita adalah perhiasan dunia..
dan seindah perhiasan adalah wanita solehah....




pada zaman jahiliyyah dahulu,
wanita dianggap hina..wanita dianggap pembawa malang..tahukah sahabat sekalian bahawa setiap bayi perempuan yang baru dilahirkan akan ditanam hidup-hidup kerana takut mereka akan membawa malang kelak..bagi wanita dewasa, mereka dijadikan bahan pelepas nafsu bagi kaum lelaki..mereka dipaksa menjadi pelacur wahai sahabatku..dan mereka dilayan seteruk-teruk layanan..bagaikan hamba abdi yang tiada perasaan..bahkan lebih teruk daripada itu..sangat seksa waktu itu wahai sahabatku...dan kemudian Islam datang menganggkat darjat kita..darjat kaum hawa ditinggikan..kita diwajibkan menutup aurat sesempurnanya untuk menjaga diri kita seloknya..indahnya Islam menjaga kaum wanita wahai sahabatku..itulah yang menunjukkan betapa pentingnya pemakaian kita..

tapi kini,
segalanya berbalik seperti dahulu..bagaimana kaum hawa sekarang leibih teruk dari dahulu..kalau dulu, mungkin bayi perempuan sahaja yang dibunuh..tapi sekarang, lihatlah..fenomena pembuangan bayi bagaikan menjadi perkaran biasa..wanita kembali menjadi alat sebagai pelepas nafsu bagi lelaki..dan ini adalah di atas kerelaanmu sendiri.!!! segalanya sangat menjijikkan wahai sahabatku..ini semua berlaku kerana kita sendiri.!! kerana kita sendirilah yang merendahkan maruah kita..kerana kita sendirirlah yang meletakkan maruah itu di hujung kaki..kerana kita jugalah kaum wanita kembali dihina sekarang..sedarkah engkau wahai sahabatku.???!!!! keadaan kita sekarang sudah semakin parah..bagaikan barah yang mungkin sukar untuk diubati lagi.....kerana keadaan sekarang lebih teruk dari zaman jahiliyyah dulu.....





isu 'couple' sudah menjadi kebiasaan remaja zaman sekarang...KOLOT..itulah perkataan yang sangat ditakuti remaja-remaja apabila mereka tidak mempunyai pasangan..hairan kan.? sudah jelas mengatakan bahawa 'COUPLE SEBELUM KAHWIN ADALAH HARAM'..kerana ianya adalah zina..zina hati, zina mata, zina telinga..janganlah nak membenarkan pelakuanmu itu dengan mengatakan bahawa adanya istilah COUPLE ISLAMIK..bohonglah andai dikatakan engkau terhindar dari zina hati..INGATLAH sahabat.!!!! rindu itu sangat berbisa..kerana rindu, kita binasa..kerana rindu, kita ternoda..







so....sahabatku sekalian....=)


dan............ =)





sahabatku yang dikasihi.......
SEDIH..itulah perkataan yang wajar diungkapkan tatkala aku melihat bagaimana hancurnya kaumku sendiri dimamah kelekaan dunia..kaum hawa yang Allah telah tinggikan darjatnya, engkau hinakan dirimu dengan merendahkan martabatmu..apakah yang dicarimu wahai sahabat.???! auratmu adalah mahkotamu..peribadimu adalah maruahmu..kenapa engkau sanggup menghinakan martabatmu menyembah kaki dunia.? apakah yang dicarimu wahai sahabat.? sudah lupakah engkau pada janjimu dahulu pada Allah untuk menajdi hambaNya yang taat.? sudah lupakah tugasmu sebagai hambaNya.? sudah lupakah kamu pada maruah kedua ibu bapamu.? engkau adalah pendukung maruah mereka..sedarlah sahabat.!!!!! dunia ini hanya penuh dengan kepura-puraan sahaja...dan lihatlah betapa ramai yang sedang tertipu dengan dunia ini..

ingatlah wahai sahabatku..
dengan melakukan segala yang Allah larang, mungkin engkau berasa seronok sekarang..seronok di dunia sahaja sahabatku..dan engkau akan menangis di akhirat kelak..sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari merubat......syurga atau neraka.?? segalanya di tangan engkau sahabatku..





aku dah tak mampu untuk mencoret panjang lebar lagi..kerana aku dah tak berdaya untuk menyakitkan hati sendiri dengan mengingatkan perlakuanmu..cuma satu yang aku mahu ingatkan..SEDARLAH SAHABATKU.!!! sesungguhnya engkau masih di dalam kasih sayang Allah..kerana itulah engkau telah dipilih untuk membaca coretanku ini..tapi, andai engkau masih di takuk lama lagi, jangan salahkanku kerana tugasku unutk menyedarkanmu telah terlepas bebannya..berubahlah sahabatku..hanya ini yang mampu aku ucapkan..semoga engkau sedar..

dan pesanan terakhirku..jagalah hatimu untuk yang berhak..kerana perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..dan perempaun yang jahat untuk lelaki yang jahat.......sabarlah dengan syaitan  terkutuk dan syaitan dunia yang mengajakmu melakukan kemungkaran..peliharalah dirimu sebaiknya..kerana Allah itu Maha Adil..Dia akan membalas kesabaranmu dengan sewajarnya..



"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik….." 
surah an-nur ayat 26







p/s :  SAYANGI DIRIMU, SAYANGI AURATMU, SAYANGI MARUAHMU =)

Tuesday 14 June 2011

Untukmu Wahai Sahabat

carilah walau seorang sahabat..kerana 1 orang sahabat itu jauh lebih benilai dari 10000 orang rakan/kawan..........





sahabat...
terima kasih untuk teguran itu..aku sangat hargai akan nasihat itu..kerana aku ini manusia biasa..ada banyak kelemahan yang perlu aku ubah..engkau menyedarkan hakikat kehidupanku wahai sahabat..bahawa aku ini seorang muslimah..aku membawa nama Islam..semua orang memandangku dan menilai Islam melalui perlakuanku..aku tak mahu masyarakat memandang Islam buruk kerana buruknya aku..aku ingin menjadi pejuang Islam yang sejati..

terima kasih sahabat...
walau dihimpun segala harta di dunia ini, tidak mungkin cukup untuk membalas jasamu kerana menyedarkan aku..bahawa aku ini pendukung nama Islam..pendukung maruah Islam..sesungguhnya akulah pejuang Islam..dan salah satu perjuanganku adalah melalui perlakuanku sendiri..mana mungkin masyarakat akan menerima Islam melalui perlakuanku yang tidak melambangkan ciri-ciri muslimah sejati..terima kasih sekali lagi wahai sahabat..jasamu tak mungkin aku balas..

andai hari ini aku lupa,tolonglah ingatkan aku kembali..kerana aku ini insan biasa yang tidak sempurna..aku mudah lupa..bantulah aku wahai sahabat..kerana aku tidak kuat untuk berjuang sendiri tanpa bantuamu..ingatkan aku wahai sahabat..tolonglah ingatkan aku andai aku leka..





SAHABAT

semalam aku mencari seorang sahabat..
dan hari ini aku menjumpaimu..
moga hubungan kita kekal tersemat..
rupanya ada hikmah kita bertemu..

aku fikirkan segalanya adalah perisai hati..
yang membentengkan aku dari fitnah di sisi..
rupanya itulah setajam-tajam belati..
yang membunuh ciri-ciri Islam sejati..

engkaulah teman engkaulah sahabat..
yang membawa sinar berdaulat..
terima kasih buatmu harap belum terlambat..
moga engkau bahagia dunia akhirat..





p/s : terima kasih Ya Allah kerana telah menemukan aku sahabat yang sangat bermakna..moga ukhwah kami kakal berpanjangan..lindungilah mereka wahai Tuahan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..sesungguhnya Engkaulah Maha Pelindung..iringilah mereka dalam rahmatMu Ya Allah..terima kasih Ya Allah..amin

perlakuan melambangkan peribadi..masyarakat menilai Islam melalui peribadi kita..so, jagalah perlakuan =)








TERIMA KASIH WAHAI SAHABAT
DOAKU MENGIRINGIMU..INSYAALLAH......





Friday 10 June 2011

Nota dari Hawa untuk Adam

NOTA DARI HAWA UNTUK ADAM



adam..
kaum yang sering kami jauhi untuk mengelakkan kamu tergoda dengan kecantikan kami...
kami cuba untuk menjauhkan diri kami dari kamu wahai adam yang dikasihi..
kami tak mahu kamu rebah jatuh kerana kami..
kami takut imanmu runtuh rebah ke bumi..

wahai adam...
kami sering disalahkan kerana tidak pandai menjaga kehormatan diri..
kami sering disalahkan kerana membuatmu jatuh tersungkur di kaki kami..
kami sering disalahkan kerana membuatmu tidak dapat mengawal nafsumu sendiri..
tapi kami reda kerana kami memang mepunyai keistimewaan kami yang tersendiri..

kami faham segalanya wahai adam..
kerana Allah sendiri ada menyebut dalam Al-Quran bahawa kami ini fitnah dunia..
segala yang kami lakukan akan ada mata yang menatapnya..
kerana itu kami perlu pandai menjaga kehormatan diri demi sebuah agama..
kerana kami adalah pejuang Islam dalam gelita..

wahai adam...
kami mengerti akan keinginanmu terhadap kami..
kerana fitrah manusia adalah mahu rasa sayang-menyayangi..
kami faham kerana kami juga mahu memenuhi hasrat hati kami ini..
kamu harus tahu kami juga rasa apa yang kamu rasai..

adam yang dikasihi dalam sepi...
kamu sering menyuruh kami agar menjaga kehormatan (aurat) kami..
kerana kamu mahu menjaga pandangan kamu dari kami..
kerana kamu mahu menjaga hati kamu sendiri..
kerana kamu mahu memelihara titik hitam dari muncul di hatimu nanti..

tapi wahai adam...
tahukah kamu bahawa kami juga tersekasa kerana kamu.?
tahukah kamu bahawa kami juga terkorban kerana kamu.?
tahukah kamu bahawa segalanya sukar buat kami kerana kamu.?
tahukah kamu bahawa kami ada merintih kerana kamu.?

sedarlah wahai adam......
kamu menyuruh kami menjaga segalanya untuk menjagamu dari nafsumu sendiri..
tapi adakah kamu menjaga kami dari nafsu kami ini.?
kamu menyuruh kami menjaga diri kami demi sekeping hati yang kamu miliki..
tapi adakah kamu menjaga diri kamu demi sekeping hati yang kami miliki.?

segalanya sukar buat kami wahai adam..
andai kamu tahu apa yang kami tempuhi demi membantumu..
andai kamu tahu apa yang kami rasai untuk membantumu..
anadai kamu tahu apa yang kami korbankan dalam membantumu..
andai kamu tahu apa yang kami taburkan kerana membantumu..

ingatlah pesan kami adam......
segalanya bukanlah mudah buat kami
kerana kami juga insan biasa yang tidak sempurna diri ini..
kami mohon bantuan darimu agar membantu kami..
bantulah kami agar kami dapat membantumu menjaga hati..




Saturday 4 June 2011

result exam.?? oh tidak.!!!

Assalamualaikum whb....

Alhamdulillah....3 Jun 2011 baru ni, iaitu semalam, semua pelajar asasi Multimedia University mendapat result sem3 masing-masing..macam-macam reaksi yang saya nampak, yang saya sendiri dapat bayangkan..situasi sebijik macam masa ambil result SPM =.='..
saya dapat dengar banyak reaksi..ada yang gembira, ada yang berduka..memang takkan pernah terlepas keluhan di bibir yang sedang bersedih..yang mengeluh sebab dapat result cemerlang ada juga..ni sebab tak dapat apa yang dia target..Nauzubillah..tak bersyukur dengan rezekiNya =.='


antara keluhan kita sering ucapkan (saya sendiri tak terlepas) :

'kenapa mesti aku yang dapat ujian ni.?? dalam ramai-ramai orang, kenapa aku.?? apa dosa aku.? orang lain tak belajar, tapi result gempak..aku.? hmmmm...'

'aku belajar bagai nak mati..tapi result banyak ni je.? arghhhh..tension betul..'

'kawan aku ni dah la tak solat..tapi result gempak gile..aku ni, belajar lagi..solat wajib lagi, hajat lagi..benci betul la..'




Nauzubillah...
itulah luahan biasa kita dengar atau kita sendiri yang ucapkan..aku juga tak pernah terlepas dari keluhan sebegitu..aku juga percaya, sahabat-sahabat semua juga pernah mengeluh kan.?  betapa manusia itu tidak tahan akan ujian Allah..itulah realiti hidup..manusia sangat mudah mengeluh..tapi sukar untuk bersyukur..kita sendiri kerap menyalahkan takdir akan segala keburukan yang berlaku..


Surah Al-Ankabut ayat 2-3:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?


sama-samalah kita renungkan..di manakah tahap iman kita sekarang.? sehinggakan kita sanggup untuk mengeluh apabila diuji..Allah itu Maha Mengetahui..Dia Maha Penyayang..Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita sebagai hambaNya..setiap ujian yang kita tempuhi dengan berlapang dada tanpa mengeluh, insyaAllah akan ada kebaikan di masa akan datang..insyaAllah dengan izinNya juga, darjat kita di sisi Allah menjadi tinggi..


wahai sahabat....
bukankah Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Dia tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan kita.? Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita..lihatlah sahabat....betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya..latihlah dirimu untuk bersyukur atas setiap ujian  dariNya..setiap ujian menandakan bahawa Allah menyayangimu..sesungguhnya Dia tak mahu kamu lalai dengan kesenangan..Dia mahu kamu sedar..bersyukurlah sahabat..kamu masih di dalam dakapan kasih sayangNya..






mari saya kongsikan dua keadaan di mana Allah sedang menguji tahap iman seseorang..

kes 1 :
pernah tak kita belajar rajin-rajin, stay up sampai pukul 3 pagi, tapi result exam rendah.? saya percaya semua orang pernah mengalami situasi sebegitu..situasi di mana kita berusaha..tapi hasilnya mengecewakan..saya sendiri pernah mengalaminya..dalam situasi sebegini, kita memilih untuk mengeluh kerana terlampau kecewa..sedarlah wahai sahabat..sesungguhnya kamu sedang diuji..Allah ingin menguji sejauh mana kamu percayakanNya..sejauh mana kita reda akan takdirNya..apa yang kamu dapat, itulah yang terbaik untukmu..percayalah padaNya..pasti ada hikmah disebalik setiap yang berlaku..jangan pernah berputus asa untuk terus berusaha  =)

kes 2 :
ada satu lagi keadaan..kamu tak belajar..tapi result gempak gile..sedarlah wahai sahabat....ini juga satu bentuk ujian dariNya..Dia ingin menguji sejauh mana tahap syukurmu..bentuk ujian seperti ini jauh lebih bahaya dari kes 1 di atas..kerana dalam keadaan selesa, manusia sangat mudah leka..sesungguhnya insan itu sifatnya pelupa..dia akan mudah lupa unutk bersyukur..disamping itu juga, manusia mudah sombong dan bongkak apabila dirinya berada di atas..ingatlah sahabat...sesunggunya itu hanyalah ujian semata-mata..jangan pernah lupa untuk memandang ke bawah..kerana semakin tinggi seseorang itu naik, makin sakitlah rasanya apabila dia jatuh......



wahai sahabatku yang dikasihi...............
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT....airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan...tapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya..samalah keadaanya dengan kehidupan manusia..riang dan ketawa..tapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya.. jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI..airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya...dan jika rasa sedih, alihkan pandanganmu ke arah LANGIT,..sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu..






jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan.? berdoalah kepada Allah..Dia lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita.. jangan pernah malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt..kerana Dia sangat rindukan tangisan kita sebagai hambaNya..ingatlah yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar......Dia Maha Mengasihani.....


Surah Al-Baqarah ayat 155-157
“Dan sesungguhnya akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (pengikut) dan buah-buahan (biji-bijian). Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanyalah kami akan kembali’. Meraka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”



ahir kata dari saya, bersyukurlah atas segala yang berlaku..berlapang dadalah menerima setiap ujian dariNya..Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untukmu sebagai hambaNya..so sahabat sekalian, bersyukurlah kepadaNya..ucapkanlah lAlhamdulillah di setiap ujian yang kamu terima..dan, seyum sokmo =)




p/s :  apa-apa hal pun, berbaliklah pada niat..kalau kita belajar kerana Allah, kita akan reda menerima segala keputusan..kerana kita percaya pada Allah =)..
Allah turunkan hujan untuk kurniakan pelangi ^^,
teruskan usaha..sesungguhnya Allah bersamamu..fighting.!!!! =)


dengarlah : http://www.youtube.com/watch?v=q-IwDQ_lPoM.....enjoy =)