Monday 30 January 2017

Kenapa hiking

Orang biasa pertikaikan kenapa aku susah payah pergi panjat gunung dan bukit..Entah. Aku suka tengok alam. Banyak yang aku belajar waktu hiking.

1.Bersusah dahulu bersenang kemudian
Allah tak selalu bagi jalan mudah kalau nak capai kejayaan. Untuk aku, puncak gunung adalah kejayaan. Kadang-kadang Dia bagi jalan mendatar sebab nak kita hilangkan penat. Tapi kalau mendatar sepanjang masa maka kita tak akan pernah sampai puncak. Maka kadang-kadang Dia akan paksa kita mendaki. Mendaki tu seksa. Sakit kaki, sakit lutut, sakit betis, mengah nafas, semua keseksaan ada la =.='. Tapi mana mungkin kita akan berjaya kalau tak nak sakit sikit kan? Itulah lumrah hidup.

2. Ambil masa sebentar
Dalam perjalanan menuju puncak, rasa give up itu biasa. rasa macam dah tak larat nak teruskan perjalanan. Bak kata hikers, mental koyak. Kalau nak give up maka silakan. Tapi sampai bila-bila kita tak akan sampai puncak. Sama juga macam kehidupan. Akan ada satu tahap kita akan rasa penat nak melangkah. Pewai. Saat tu, ambil masa berhenti sebentar dan rehat. Kemudian langkahlah dengan semangat baru. Dia selalu ada :)

3. Nikmati perjalanan
Jangan paksa diri. Siapa yang kejar nak sampai puncak awal, dia mungkin terlepas tengok keindahan sekeliling. Tapi siapa yang terlampau leka memerhatikan sekeliling maka dia akan lambat sampai puncak. So balance it. Take your time and breathe. Dalam hidup juga kita tak boleh terlampau kejar dunia. Ambil masa untuk "hidup", Live your life, but please don't make it too leisure or else you will stuck.

4. Hormat alam
Dunia ni kita kongsi ramai-ramai. Hiker sebenar tak akan pernah kotorkan alam bahkan dia akan siap tolong kutip sampah lagi. Hiker sebenar akan hormat alam. Bila kita belajar hormat bumi, kita akan jaga bumi baik-baik. Hidup bertamadun atau jangan hidup terus. ok?

5. Cabang hidup
Nak ke puncak gunung tu ada banyak cabang. Satu gunung mungkin punya lebih dari 2 laluan ke puncak. Ikut laluan ni akan sampai puncak. Ikut jalan lain pun akan sampai puncak. Jadi kita jangan sesekali cemuh orang yang tak sama jalan dengan kita. Dalam hidup, setiap manusia punya laluan hidup tersendiri. Itu yang buatkan kita harmoni ;). Kita mesti buat yang terbaik dan terbaik.

Kesimpulan
Makanya itulah antaraa sebab kenapa aku suka hiking. Bak kata orang, aku mentadabur alam dan cari makna hidup. Mungkin setiap dari kamu punya pandangan lain juga. So do tell yours and we can share stories :D.




"Jadikan perjalan itu tidak sia-sia dengan berfikir tentang kuasa Dia.."


Writter :
Princess Omar

Friday 22 July 2016

makna kehidupan

lelah kucari makna kehidupan
dililau mata ke kiri ke kanan
ada bahagia dalam senyuman
ada yang lemas dalam tangisan

ditanya lagi apa makna kehidupan?
banyak ku kumpul setiap jawapan
tiap hati ada sahaja pandangan
tiap jiwa punya coretan

dan aku?
masih di sini teruskan pencarian
ku kira tak mungkin ku temukan jawapan
atau aku yang buta dalam pencarian

Friday 15 July 2016

sketsa kehidupan dari lobi

Assalamaualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim

Aku suka merenung dan duduk di lobi.
saat manusia bergegas mengejar hari
aku duduk termenung melihat tiap sisi
ada berpasangan ada yang sendiri.

lihat yang berdiri.
tersenyum sendiri
lihat yang laju berlari
apakah yang nak dikejari
lihat yang duduk lagi
seakan tenang menikmati hari
mereka semua seakan menari
menyusun langkah sebuah tari
dan aku duduk menonton dari sini
tiap manusia pegang watak tersendiri

aku merenung tiap sisi
apakah yang ada dalam setiap hati
apakah yang dicakna dalam diri
apakah yang dicongak dalam memori

bikin satu hari aku teringin mengorak jemari
ingin aku berendam dalam tiap satu diri
tiap kisah aku nak selami
kerana tiap manusia punya kisah tersendiri

dan aku di sini tersenyum sendiri
inilah sektsa kehidupan dari lobi

2300
170716

Tuesday 12 January 2016

pesanan dari si penyesal

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..

hari ni aku balik kerja, macam biasa la aku balik rumah. disebabkan aku malas naik tangga maka aku menapak ke arah lif.

"ting.!!!"

pintu lif terbukaaaaaa. then aku masuk la dalam lif tu kannn. tiba-tiba aku nampak seorang budak lelaki pakai baju putih. seluar hitam. serius aku rasa pelik sangat tengok pakaian dia. lama aku hold fikir. ohhhhh. baju sekolah. baju sekolah yang dah lama gila aku tak nampak. rindu sekolah T.T

aku pun tanya la dia : "tingkatan berapa dik??"
adik tu jawab : "tingkatan 4.."

spontan aku cakap : "belajar rajin-rajin ye dik.."
adik tu terus balas : (senyum). baik. terima kasih kak..
__________________________________________________________________

aku sedar pasal tu. hobi aku adalah pesan kat adik-adik untuk belajar rajin-rajin. aku rasa adi-adik MMU terutamanya dah bosan aku pesan benda yg sama..haha =.='..setiap kali jumpa mereka, aku mmg akan usahakan untuk selit pesanan tu.

"aku taknak mereka menyesal macam aku."

__________________________________________________________________

aku ada banyak pengalaman pahit manis aku nak share dengan adik-adik. supaya mereka tak ulang apa aku buat. sebab tu kalau ada sharing session, memang aku akan bersungguh nak pergi. aku tak kisah la jauh or bak kata orang ; menyusahkan diri sendiri.

"aku taknak mereka menyesal macam aku."
__________________________________________________________________

belajar rajin-rajin ye dik. buat yang terbaik dalam segala hal dalam hidup. supaya bila dah besar nanti, adik akan puas dengan masa lampau.

dan bila ada soalan orang tanya ; kalau kau ada peluang untuk ubah masa lampau, apa kau akan ubah.???

jawapan yg adik2 kena bagi : tak ada. sebab aku puas dengan masa lampau aku :)

nah saya bagi hati saya kat awak. simpan elok-elok. saya bagi nasihat tanda saya sayang. ok?? ;)


bingkisan hati : apa yg berlaku lepas meletakkan aku pada hari ini. dan aku bersyukur..terima kasih ya Allah..terima kasih memberi pengalaman untuk aku tinggalkan nasihat untuk generasi baru :)


Sunday 15 November 2015

fasa kerja

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..

Orang kata hidup sebenar bermula bila masuk alam kerja. Ye ke?? Mungkin ada yang setuju, ada yang tak setuju.

Hidup ada banyak fasa. Antara fasa hidup baru masa kita baru masuk kerja. Fasa lain macam bila dah kahwin, bila dah ada anak, bla bla bla. Tapi antara fasa paling dekat dengan aku adalah fasa kerja la. Then this is where my new chapter of life beginssss....

Harini berpeluang berborak panjang dengan one of the managers. Nama akak ni kak ijan :). Dia ni brutal orangnya. Siapa yang jadi anak buah or duduk bawah dia, tolong la prepare hati sebab ayat dia memang deep terutama kalau kau buat kerja tak siap or kau banyak alasan or kau tak prepare untuk task yang dia bagi. Aku dah kena sikit tadi. Hahaha. Sebab tu dia pesan awal kat aku, hati tolong kental if nanti duduk bawah dia. Gulp.

Yet she taught me a lot. Life is all about experiencing new things. There is where you learn and never give up. Mingle around and know each people. Walau sekecil mana pun pangkat, walau semuda mana pun usia, MESTI ada sesuatu yang kita boleh belajar daripada seseorang tu. Terima kasih kak ijan. You have my heart now ;)

Yang paling penting, dia nasihatkan kami berkenaan kahwin. Haha. This may sound cliche but things that she said are differents from others. Boleh dikatakan banyak gila la tips hidup and kehidupan dia kasi instead of pasal kahwin semata. Once again, i learnt from her. 

Summary???
Bila jumpa bos, minta nasihat mereka. They have experienced so many things in life and really want us to gain something from them. Seriously.

Ok!!! Inilah entry tersangat mood kerja setelah sekian lama tak update.

See you when i see you~

Bingkisan hati : bila nampak sampah tu, rajinkan tangan untuk tolong kutip. Or at least reti la buang sampah sendiri. Cuba bayangkan kalau makcik pakcik yang tolong bersih bangunan and tempat tu adalah parents kita. Sanggup????