Sunday 15 November 2015

fasa kerja

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..

Orang kata hidup sebenar bermula bila masuk alam kerja. Ye ke?? Mungkin ada yang setuju, ada yang tak setuju.

Hidup ada banyak fasa. Antara fasa hidup baru masa kita baru masuk kerja. Fasa lain macam bila dah kahwin, bila dah ada anak, bla bla bla. Tapi antara fasa paling dekat dengan aku adalah fasa kerja la. Then this is where my new chapter of life beginssss....

Harini berpeluang berborak panjang dengan one of the managers. Nama akak ni kak ijan :). Dia ni brutal orangnya. Siapa yang jadi anak buah or duduk bawah dia, tolong la prepare hati sebab ayat dia memang deep terutama kalau kau buat kerja tak siap or kau banyak alasan or kau tak prepare untuk task yang dia bagi. Aku dah kena sikit tadi. Hahaha. Sebab tu dia pesan awal kat aku, hati tolong kental if nanti duduk bawah dia. Gulp.

Yet she taught me a lot. Life is all about experiencing new things. There is where you learn and never give up. Mingle around and know each people. Walau sekecil mana pun pangkat, walau semuda mana pun usia, MESTI ada sesuatu yang kita boleh belajar daripada seseorang tu. Terima kasih kak ijan. You have my heart now ;)

Yang paling penting, dia nasihatkan kami berkenaan kahwin. Haha. This may sound cliche but things that she said are differents from others. Boleh dikatakan banyak gila la tips hidup and kehidupan dia kasi instead of pasal kahwin semata. Once again, i learnt from her. 

Summary???
Bila jumpa bos, minta nasihat mereka. They have experienced so many things in life and really want us to gain something from them. Seriously.

Ok!!! Inilah entry tersangat mood kerja setelah sekian lama tak update.

See you when i see you~

Bingkisan hati : bila nampak sampah tu, rajinkan tangan untuk tolong kutip. Or at least reti la buang sampah sendiri. Cuba bayangkan kalau makcik pakcik yang tolong bersih bangunan and tempat tu adalah parents kita. Sanggup????

Wednesday 23 September 2015

yang tercicir

Assalamualikum...
Bismillahirrahmanirrahim...

After months updating T.T

masa kita kecil dulu, hidup bahagia kan.?? tak perlu fikir masalah..kerja kita masa kanak-kanal dulu adalah main je memanjang..haha..mak marah kita.?? kita nangis kejap..then sambung main..jatuh and luka.? bangun dan main lagi..main sampai penat dan tertidur..bangun tidur main lagi..bahagianya hidup.!!!!

masuk sekolah, hidup jadi stress sikit..sebab kena belajar dan jawab exam T.T..tapi main kena ada..balik sekolah main lagi..sampailah satu tahap tu :

1) peringkat universiti/kolej
hidup dah tak fun sebab sibuk dengan assignment..sibuk kejar pointer dalam exam..sibuk dengan projek akhir tahun..dah tak ada masa nak main..masa tidur pun dah kurang..masa makan pun dah kurang..sibuk memanjang..jumpa kawan pun maybe kadang-kadang..

2) kerja
bila masuk alam kerja, hidup makin menakutkan..semua orang sibuk kejar pangkat..semua sibuk denga dunia kerja..dah tak ada masa dengan kawan-kawan..hilang masa nak tengok langit..hilang masa nak tengok alam..tiap masa menghadap kerja..


"aku harap aku tak jadi hamba kerja..aku taknak kejar pangkat..aku taknak hanyut dengan dunia.."

deep.
deep.
deep.

sampai bila nak kejar semua tu??

ambil masa kejap..dongak ke langit..
ambil masa kejap..pandang alam..
ambil masa kejap..tarik nafas panjang dan rilex..

kerana kita mungkin banyak terlepas perkara lebih bahagia.....




bingkisan hati : laju itu bukan yang paling depan. dia mungkin tercicir makna kebahagiaan.

Friday 26 June 2015

lakaran hidup

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim....

Aku suka menulis, sebagaimana aku suka bercakap. hahatapi sejak dua menjak ni, aku dapati susah untuk aku cari idea untuk menulis. hmmmm.

masa mula-mula aku menulis, hampir setiap hari aku punya idea untuk berkongsi dengan penulisan. sehinggakan kadang-kadang aku "hold"  sebab takut terlampau banyak yang aku kongs, hinggakan ada yang rasa meluat. =.='

betul la. manusia itu jenis susah bersyukur. bila dah hilang, baru la tercari-cari. ilham itu hak Allah. segala perkara yang kita sangka kita punya, sebenarnya hak Allah. bersyukurlah sementara Dia masih sudi meminjamkan kepada kita. saat ia hilang, maka redhalah. dan ingtatkan sekali lagi pada diri sendiri :

"pemilik dah ambil semula hak Dia. kenapa aku nak marah atau bersedih??"

tapi redha bukan bermakna berputus asa.
maka bersyukurlah sementara masih ada.
dan bersykurlah ataa apa yang kita akan ada.




bingkisan hati : kerana hidup ini adalah lakaran sebuah lakaran. otak dan tangan kadang-kadang tidak sehaluan.



Monday 1 June 2015

budak sekarang dah lain oi

Assaalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim....

hari ini aku jumpa adik kawan aku. baru darjah 4. tapi dah ada pakwe. siapa tak terkejut =.='.. aku dulu, masa darjah 4 sibuk fikir nak main game apa petang tu. sibuk fikir nak tiru kerja sekolah siapa. sibuk fikir nak beli cekedis apa. tapi lain budak sekarang. darjah 4 dah pandai bercinta oi. terkedu aku tak terkata. takkan nak berceramah kat adik orang. hahaha..last-last, aku pesan suruh belajar rajin-rajin je..

takut melihat keadaan anak-anak sekarang..
budak-budak dah hilang dunia kanak-kanak mereka..
seakan mahu cepat membesar menjadi dewasa..
benarlah..

"kanak-kanak itu ibarat kain putih..apa yang dicorakkan, itulah yang tercorak.."

mata dan telinga..
2 deria terbesar yang menjadi "guru" terdekat saban hari..
apa yang dilihat, itulah yang diikuti..
apa yang didengar, itulah yang diteladani..

jangan terkejut andai mereka pandai berkata kasar..
jangan terkejut andai mereka pandai bercinta meliar..
jangan terkejut andai mereka buat perkara calar ..
kerana kitalah yang mengajar..

salahkan kita yang dewasa..
salahkan kita yang mengajar mereka sebegitu rupa..
salahkan kita yang menjadi guru sepenuh masa mereka..
salahkan kita..

tolong la jaga percakapan perlakuan kita depan budak-budak..biar la jadi hipokrit kejap depan mereka..asalkan mereka tak ikut perangai kita yang tak senonoh tu T.T.. jangan nak bercinta depan mereka..nanti mereka pun sibuk nak bercinta..percaya la cakap beta ini


hancur hati tak habis lagi


bingkisan hati : dulu masa sekolah rendah, aku hanya tahu nak main. tapi lain dengan kanak-kanal sekarang..bercinta pun mereka pakar..salah aku ke? sungguh aku sedih T.T

Friday 8 May 2015

fikir sejenak

Assalmualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim...

Pernah dalam satu hari, rasa macam, serba tak kena je..pernah?
pernah dalam satu saat tu, rasa seakan hilang mood dan nak lari jauh-jauh dari orang..pernah?
pernah dalam satu masa tu, rasa macam nak marah semua orang. pernah?

saat tu, ambil masa sejenak.
duduk.
bernafas
ambil masa untuk tenang..

tanya diri sendiri..
"apa dosa aku buat harini???"
"aku buat Engkau marah wahai Allah.???"

duduk.
muhasabah diri dalam-dalam.
ada sebab kenapa Dia nak "tegur" kita.

mungkin kita TERLUPA akan Dia.
mungkin kita TERLEKA dalam dunia hingga solat lambat.
mungkin kita TERLUPA bersyukur atas kegembiraan semalam.
mungkin kita TERLEKA dengan dunia

kerana Dia rindukan seorang insan untuk kembali kepada-Nya


bingkisan hati : kemudian bangunlah untuk menjadi hamba-Nya yang terbaik :D


Wednesday 6 May 2015

sahabat

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim...

Penatnya hari ni cari gaduh ngan orang sekeliling T.T.
tapi harini sepatutnya jadi hari yang gembira..ye la..dapat kasut baru yang memang dah lama teringin..akhirnya pergi ke kelas dengan perasaan gembira teramat..haha..then boleh plak cari pasal dengan sahabat sekalian..so tak tahu apa perasaan sebenar hari ini..haha =.='. mungkin banyak dosa buat hari ini sampaikan Allah tunggang terbalikkan hati aku T.T

benarlah kata orang :

"Tiada persahabatan jika tiada pergaduhan.."

kalau kita nak kenal seseorang, ada 3 perkara yang kita wajib buat dengan dia.
1. mengembara bersama
2. makan bersama
3. tidur bersama

sepanjang bergelar seorang mahasiswa (ayat poyo..haha), aku sangat setuju dengan 3 perkara tersebut, terutama yang point 1. masa mengembara, kita akan kenal diri dia yang sebenar..mana sabar dia, mana tak sabar dia, mana cara dia uruskan diri, mana dia uruskan situasi, dan banyak lagi. I experienced it once. where they will know how am i too.

secara jujur, aku boleh tabik spring dengan sahabat-sahabat aku di universiti ni. dan aku rasa sangat bersyukur punya mereka di sekeliling aku. mereka antara pinjaman Allah kepada aku yang aku tak dapat cari di mana-mana. sabar mereka menerima aku. sabar mereka mendengar aku. sabar mereka melengkapi aku.

aku punya banyak cerita berkenaan mereka. dan aku juga percaya setiap orang ada sahabat seperti mereka. jika tiada, maka carilah. Allah akan turunkan sahabat yang baik jika kita mahu berubah menjadi baik.

jari sudah lama kaku menaip. maka aku sudah hilang kata-kata untuk disusun. haha..terima kasih kerana sentiasa menasihati aku. maaf juga dari aku..~




bingkisan hati : kerana sahabat itu sentiasi saling mengingatkan dan menasihati. 5 years and still counting


Wednesday 4 March 2015

kemalangan satu ujian untuk siapa?

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim...

pagi tadi kereta dilanggar daripada belakang..
ini semua gara-gara adik tu tak nampak kereta mak aku yang nak membelok ke kanan..
berdasarkan pemerhatian aku, remuk tu tak terlalu teruk..
tapi berdasarkan pemerhatian mak, remuk tu agak teruk..

kasihan adik tu..
kalau ikutkan peraturan jalan, yang langgar belakang akan sah salah..
ok itu tak menjadi masalah utama..sebab boleh claim insuran..
masalah sekarang, adik tu ada masalah kalau mak claim insuran :

-dia tak ada lesen motor
-motor dia tak ada roadtax
-motor dia tak ada insuran

kalau mak claim insuran, teruk juga adik tu kena..mahu la RM1000 keatas atas kesemua kesalahan tersebut, bergantung pada rayuan mahkamah adik tu..

makanya mak aku tak sampai hati nak claim insuran..tapi, mak aku minta jasa baik ibu dia untuk ganti kerosakan..timbang kira, kerosakan around rm 700-800 la juga sebab lowered bumper tembus lubang (kena tukar terus) and bonet kemek (kena ketuk).

tapi bila dengar cerita adik and mak dia tu, sumpah aku and mak tak sampai hati nak minta ganti..mereka memang orang susah..aku masih ingat kata-kata adik tu :

"kalau saya ada duit akak, saya memang akan buat lesen motor.."

dan mak dia cakap :

"cik tolong la jangan report polis. saya janji akan ganti..tapi cik tak boleh la expect saya boleh bayar sekaligus..sebab saya memang tengah sesak sekarang.."

banyak juga yang keluarga itu kena tanggung..motor adik tu bawak, handle memang tercabut..kerosakan mungkin around 300 juga la..
_______________________________________________________________

rezeki tu Allah punya..mungkin dengan "menghalalkan" apa yang berlaku, ada rezeki lain yang Dia akan bagi..
rezeki tu Allah punya..mungkin dengan "menghalalkan" apa yang jadi, dapat meringankan beban keluarga itu..

orang mungkin akan cakap "ini adalah ujian untuk keluarga itu.."

tapi bagi aku, "ini juga adalah ujian untuk kami.."

sejauh mana kami yakin dan percaya akan rezeki Allah

laut mungkin nampak tenang..tapi hanya Allah tahu geloranya

_______________________________________________________________

bersyukurlah atas apa yang kita ada..bersyukurlah dengan apa yang kita tiada..kerana rezeki manusia itu berbeza..


bingkisan hati : aku pun ada masalah yang sama 2 tahun lepas..kena tahan JPJ atas 3 kesalahan yang sama..dan aku tahu masalah adik tu besar dan MAHAL..sebab tu aku faham


Monday 26 January 2015

Counting seconds

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...

Dicabar oleh seorang sahabat untuk tidak post apa-apa kat Fb dalam masa seminggu..ini untuk mengelakkan saya emo sokmo..haha..so here I am :p

In less than several months, I will be graduating..insyaAllah..Yup..serious tak sabar teramat. tapi tiba-tiba aku rasa sayu..sunyi..kat mana aku nak cari sahabat-sahabat macam mereka??? sahabat dunia akhirat yang saling melengkapi dan saling menasihati..yang sentiasa sabar dengan aku..yang sentiasa ada waktu aku susah..

mungkin ada yang akan kata:

"ala..rilex la..nanti jumpa kat TM jugak.."

pada mulanya aku rasa itu betul..tapi tak lama kemudian, aku kembali sayu;

"macamana kalau aku tercampak jauh dari mereka?? aku pasti akan rindu mereka..sumpah.."


aku ada Farhana yang sentiasa tenang..aku ada Nisa yang sentiasa mengingatkan aku which is dia tak kisah aku nak sentap tahap gaban, dia akan tegur jugak..haha..aku ada Fizah yang tahu perangai baik buruk aku since kami housemate sejak asasi..aku ada Rafidah yang tabah teman aku makan and sentiasa bagi aku duit minyak kereta :p..aku ada Ummi yang pandai masak dan penyayang..aku ada Mira yang kenal diri aku, tahu keadaan aku, gembira sedih aku..aku ada Wani yang senang aku minta tolong apa-apa..basically, they are my Ladies of Engineer..

aku juga akan rindukan suasana MMU..aku akan rindukan kakak-kakak senior..aku ada Jaja, K.Fara, K.Piqa, K.Mizah kaunselor terhebat..aku akan rindukan adik-adik juniors yang baik dan manja..and lastly, of course aku akan rindukan geng MMU Cyberjaya..Wiyana, Hajar..aku sayang mereka berdua!!! :')

Macamana aku nak teruskan perjalanan aku tanpa mereka? tiba-tiba aku rasa taknak bagi mereka kawin..hahaha..sebab aku tahu, bila seorang muslimah itu berkahwin, maka dia akan lupa semuanya dan fokus pada rumah tangga dan keluarga baru..maybe mereka akan lupa aku jugak..hm

To my dearest kakak naqibah K.Safreena, saya akan rindukan usrah kita..tak tahu macamana suasana usrah baru nanti..saya mahukan kalian..saya mahukan group usrah seperti kalian T.T

To my little mujahidah (adik-adik usrah) ; Honey, Farah, Zatul, Aqilah.. maaf kerana tak mampu lama bersama kalian..saya harap kalian bawa jati diri muslimah dalam diri kalian..tegur saya andai saya terlupa..tegur saya andai nampak saya tersasar..terima kasih kerana banyak mengajar saya erti hidup..

banyak yang ingin aku perkatakan..tapi segalanya hanya bermain di minda..kerana hati aku sakit mengenangkan yang aku akan meninggalkan mereka semua..aku sedih


akan aku manfaatkan hari-hari terakhir kita...dan aku berharap kita akan bertemu kembali di syurga-Nya..amin..insyaAllah..until then, SAYANG KORANG TERAMAT SANGAT.!!!!





bingkisan hati : suddenly I hope for more time to be with them..because they are my angles..and forever will be

Lagu : Tuhan jagakan dia




Thursday 15 January 2015

BRIM~!!!!!!!!

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim....

dah sebulan rupanya tak update blog ni..rasa macam dah bertahun..sejak masuk ke alam pelajar akhir tahun jurusan universiti ni, masa seakan makin menghimpit dengan tugasan-tugasan..lebih-lebih lagi apabila sedang menghampiri akhir hari-hari terakhir semester ini, maka tarikh keramat untuk penghantaran tugasan makin hampir..

ok..cukup dengan bahasa baku =.='

sejak  dua menjak ni, Allahu..banyak sangat isu yang panas hot berlaku..
1) banjir di pantai timur
2) Isu viral video kpop
3) paris attack

isu yang ke2 tu memang sangat viral dan tersebar secara meluas..serius..dunia sekarang makin hancur..masalah gejala sosial makin tenat..cepat teramat berita dan video tersebar..saya taknak ulas banyak-banyak..sebab takut tersalah cakap, nanti panjang isunya..cuma satu je saya nak cakap..instead of kita maki-maki mereka, marah-marah, dan jadi keyboard warrior semata..lebih baik kita doakan mereka..ok la..mereka buat salah sebab terjebak dengan isu peluk-peluk cium tu..tapi, kita pun salah sebab caci maki mereka..jadi, ayuh sama-sama doakan mereka dan doakan kita juga supaya tak termasuk dalam golongan yang dimurkai Allah...amin


isu hot seterusnya.!!!!

"ehhh!!!! duit BRIM dah masuk??.."

ok..aah..duit BRIM (bantuan rakyat 1 malaysia) dah mula dimasukkan ke dalam akaun mereka yang memohon...tapi isunya sekarang adalah :

1) umur saya 23 tahun
2) saya bujang
3) saya tak ada gaji
4) saya adalah student
5) saya dapat BBIM (baucer buku 1 malaysia)



laman web BRIM [1]

sayarat-sayarat pemohon BRIM bagi bujang :
1) warganegara Malaysia dan umur 21 dan ke atas
2) bujang
3) penganggur @ gaji RM2000 dan ke bawah
4) BUKAN penerima BBIM
5) ..panjang lagi syarat tu..baca sendiri =.='



jadi, boleh saya mohon BRIM juga???
kalau dah TERmohon dan dah dapat, macamana tu??

bagi yang mempunyai situasi sama seperti saya, sepatutnya kita TAK BOLEH mohon BRIM..sebabnya? sebab saya dapat BBIM..isu utama di sini adalah saya seorang penerima BBIM..SEPATUTNYA TAK APPLY HARITU..haish...tapi, oleh kerana saya dah TERapply, maka ada 1 penyelesaian disini :

saya BOLEH menerima BRIM, tapi dengan syarat saya TIDAK BOLEH mengambil BBIM..oleh kerana nilai BRIM adalah RM350 dan BBIM adalah RM250, makanya saya WAJIB menyalurkan RM100 daripada duit BRIM kepada pihak yang layak..dengan ini, saya mendapat RM 250 BRIM dan TIDAK MENGAMBIL BBIM..

alasan di sebalik penukaran ini adalah duit tersebut adalah daripada sumber yang sama : PIHAK KERAJAAN

bagi siapa yang nak ambil kedua BBIM dan BRIM, ingatlah.!! jangan makan duit orang lain..takut Allah tarik nikmat lain yang jauh lebih mahal berbanding nilai tersebut..yakin dengan rezeki Allah..tambahan lagi, takut nanti orang lain tuntut hak dia yang kita ambil tu T.T..dan bagi siapa yang tahu dia akan ambil jugak BBIM, elakkan diri apply BRIM..nanti dua-dua kau sapu =.='

ok..di sini sahaja setakat ini..moga dipermudah urusan kalian dalam menjadi hamba-Nya yang diredhai :D..

bingkisan hati : bagi siapa yang benar-benar jujur dan faham, dia TAKKAN mohon BRIM..sebab tak layak kan..tapi..tu la..dah applyT.T..dah dapat rm250 tu, gunakanlah ke arah betul..takut jugak Allah soal kat akhirat nanti T.T..makan duit syubhah ni jadi darah daging, takut masuk neraka T.T

reference : [1] zahhar nisa'