Friday 27 May 2011

sedang dilamun cinta.?? jom =)




andai hati bisa berkata-kata, apakah yang akan dia ucapkan.??


soal hati sangat rumit dan sukar untuk diungkapkan..
setinggi mana pun pelajaran seseorang, tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah hati dengan mudah..
hati tidak mungkin dapat diselesaikan dengan menggunakan ilmu fizik, kimia, atau pun matematik tambahan..
kerana hati adalah suatu benda abstrak yang tidak dapat ditafsirkan dengan kata-kata..


apabila disebut soal hati, ada kaitanya dengan perasaan..
ada rasa cinta, ada rasa sayang..
setiap insan mempunyai fitrah untuk berkasih sayang..
rasa ingin disayangi, menyayangi, dan dikasihi berlainan jantina adalah fitrah normal seorang yang bergelar insan..
kerana kita memang dilahirkan bersama-sama dengan fitrah tersebut..


oleh itu wahai sahabat, janganlah gusar dan susah hati andai hati anda sudah terpaut dengan seseorang..
perasaan itu bukanlah satu dosa..
bersyukurlah kerana anda tidak menyimpang dari fitrah yang Allah tetapkan..
tapi AWAS.!!!!! pastikan orang yang anda minati itu adalah berlainan jantina =)
Alhamdulillah......


menyebut tentang soal hati dan perasaan, saya yakin sekali sahabat-sahabat sekalian pernah ataupun sedang menyimpan perasaan terhadap seseorang..
itu adalah normal sahabatku..
tapi, hati-hatilah dalam menguruskan hatimu tentang perasaan itu..
JANGAN sesekali mudah tewas dengan perasaan dan jerumuskan diri anda ke lembah maksiat..
andalah yang menetukan di antara 2 pilihan..
DOSA atau PAHALA..SYURGA atau NERAKA....


soal hati mungkin rumit untuk diselesaikan..
tapi amat mudah diuruskan andai kita selalu berserah kepada Sang Pencipta..
buatlah SOLAT SUNAT ISTIKARAH dan SOLAT SUNAT HAJAT..
mohonlah bantuan kepada Yang Maha Mengetahui..
Dia tahu segalanya yang terbaik untuk kita..
percayalah padaNya =)




"dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan SABAR dan mengerjakan SOLAT..dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepda orang-orang musyrik (orang yang tidak beriman)"
-Al Quran : Surah Al Baqarah : ayat 45-


sesetengah pihak ada yang mengeluh apabila mendapati dirinya jatuh hati pada seseorang..
sebagai contohnya, seorang muslimat yang solehah telah jatuh hati pada seorang muslimin..
dan muslimat itu mengeluh kerana menganggap dirinya berdosa..zina hati..zina mata..
itu adalah fitrah wahai sahabat..bersyukurlah..
JANGAN pernah mengeluh..
itu cuma satu ujian kecil unutk menguji tahap keimanan kita sebagai hambaNya..
hadapilah setiap ujian itu dengan rasa syukur dan tabah..


saya akhiri coretan dengan satu hadis dari Kekasih Allah..Nabi Muhammad SAW..

An-Nu’man bin Basyir berkata:  “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, ‘Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.‘” (HR. Bukhori)


lihatlah betapa pentingnya seketul daging bernama hati..kerana hati adalah raja..
jagalah hati =)
apa-apa pun sahabat..cintailah Allah..saya JAMIN kita TAK AKAN pernah kecewa..kerana cinta kita akan dibalas olehNya..cinta itu manis, cinta itu indah apabila cinta yang kita beri dibalas kembali =)


JANGAN mudah terpedaya dengan cinta manusia..
kerana di dalam manis ada dustanya..
cintailah Yang Maha Kuasa..
kerana cintaNya membawa bahagia ke syurga..........



Thursday 26 May 2011

betulkah niat kita.???

Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana telah mengilhamkan saya tajuk ini untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat..saya mulakan dengan hadis Rasulullah SAW...



عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ

هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري

النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.

Maksudnya:
" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


niat..satu perkataan yang sangat hebat..
segalanya bermula dengan satu niat..
dari niat, lahirnya matlamat..
dan dengan matlamat itulah akal bekerja untuk melaksanakan hajat..



segala perlakuan baik yang kita lakukan akan mendapat balasan pahala..
tapi AWAS.!!!! ianya bergantung kepada NIAT..lakukanlah segalanya kerana Allah..
kerana Islam..bukan untuk mendapat balasan kebaikan..
urusan pahala itu, kita serahkan pada Yang Maha Kuasa..hanya Dia yang berhak menilai..


saya teringat akan satu kisah yang diceritakan oleh seorang kakak senior..
biarlah saya namakan dia sebagai kak comel..sebab dia sungguh comel =)

kak comel telah ditugaskan untuk melaksanakan satu tugasan..
dan dia sangat cerewet orangnya..segalanya mestilah dilakukan dengan sempurna tanpa satu pun cacat cela..dan segalanya berjalan lancar sekali..
malang sekali bagi kakak comel..kerana dia mendapat banyak kritikan..
rupa-rupanya banyak kerjanya yang tidak mendapat kepuasan beberapa belah pihak..perasaannya amat pedih apabila dikritik..kerana dia telah pun berusaha untuk memastikan segalanya sempurna...dan tiba-tiba, terdetik di hatinya akan niatnya melakukan semua kerja tersebut..dia lakukan segalanya bukan kerana Allah..tapi kerana ingin mendapat kepujian..ingin mendapat nama di mata manusia..Subhanallah..begitu besar kesedaran yang dia perolehi..


lihatlah sahabat sekalian..betapa besarnya peranan niat..sebagai manusia, kita tak akan pernah terlepas dari ingin rasa dihargai..tapi, cuba kita fikirkan balik..sangat sukar untuk puaskan hati semua orang..kerana setiap orang mempunyai hati dan cita rasa yang berbeza-beza..tapi apabila kita niatkan segala kerja hanya untuk Allah, percayalah wahai sahabat..kita TAK AKAN pernah rasa kecewa atau sedih apabila hasil kerja kita dikritik..kerana kita tahu Allah nampak segalanya..Allah tahu sejauh mana kita telah berusaha untuk melaksanakan tugasan itu..kerana sesungguhnya Allah itu Maha Melihat..Dia TAK AKAN pernah sesekali mengabaikan usaha baik hambaNya..kerana Dia itu Maha Pengasih dan maha Penyayang..


tapi wahai sahabat..
apabila usaha yang kamu lakukan tidak mendapat balasan yang baik, JANGAN pernah mengalah..sesungguhnya Dia ada sediakan yang lebih baik untukmu..Allah sengaja turunkan hujan kerana Dia nak hadiahkan kita pelangi =)


lihatlah sahabat..
betapa besarnya kasih sayang Allah terhadap hambaNya..Allah tidak menilai seseorang melalui luaran..Dia menilai kita melalui usaha..melalui niat..lihatlah betapa pentingnya niat wahai sahabat..





the answer is : Allah love us =)



saya tak pandai berkata lebih-lebih..kerana saya juga manusia biasa..insan hina yang tak akan pernah sempurna..tapi insyaAllah sama-samalah kita betulkan niat kita..ayuh lakukan segalanya hanya untuk Allah..insyaAllah kita akan jauh dari perkara maksiat..kerana apabila segalanya bermula daripada Allah, kita akan takut untuk melakukan kejahatan..insyaAllah....


p/s : kepada kakak comel..ampun maaf dipohon kerana saya meminjam cerita akak..andai ada tersilap fakta, harap diampunkan..moga akak di dalam rahmatNya sentiasa..amin =)









Wednesday 25 May 2011

perpisahan

cintalah kepada Allah..nescaya kamu tak akan kecewa.....

cinta itu indah..cinta halal tanpa sebarang maksiat..cinta kerana Allah berlandaskan syarak..
cinta terhadap sahabat, keluarga dan sesama saudara..setiap cinta dimulakan dengan sebuah pertemuan..dari sebuah senyuman atau teguran, maka terhasilnya satu perhubungan..namun begitu, di setiap pertemuan, pasti akan adanya perpisahan..itu adalah lumrah sebuah kehidupan..perpisahan sementara atau selamanya..sesungguhnya bertemu dan berpisahlah kerana Allah..kerana Dia yang mengatur dan menjadikan segalanya..andai terjadinya satu perpisahan, ikhlaskanlah hatimu melepaskan si dia pergi..nescaya akan datang sinar bahagia dalam hidupmu..kerana kamu reda dengan takdir-Nya..aku mengerti sangat susah untuk reda akan perpisahan..aku juga sepertimu sahabat..tidak sanggup berpisah dengan orang tersayang..tapi sahabatku, pecayalah dengan takdir Allah..Dia itu Mengetahui..mungkin itulah yang terbaik untukmu..


Surah Al-Baqarah Ayat 216 :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”


lapangkanlah hatimu merelakannya pergi..dan kamu akan menemui kemanisan satu hubungan..hubungan yang terjalin kerana Allah..sesungguhnya Allah sengaja turunkan hujan untuk hadiahkan kita pelangi..Dia cuma ingin menguji tahap keimanan kita sahaja..sabarlah wahai sahabat..ada hikah di sebalik kejadian..percayalah pada Allah =)



Surah Al-Ankabut ayat 2-3:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?


apa yang paling penting, sentiasalah lapangkan hatimu menerima takdirNya..percayalah pada Allah...segala yang berlaku ada hikmahnya =)


 



p/s : Allah sengaja turunkan hujan untuk hadiahkan kita pelangi ^^,



Saturday 21 May 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah syukur ke hadratNya kerana memberikan aku kekuatan untuk membuka ruang blog ini..
diharapkan semoga usahaku untuk memperjuangkan Islam mendapat bantuanNya..
mohon bantuan sahabat-sahabat sekalian membantuku untuk membantu agama kita..insyaAllah..pendek sahaja warkahku..semoga berjumpa lagi..insyaAllah =)