Thursday 26 May 2011

betulkah niat kita.???

Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana telah mengilhamkan saya tajuk ini untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat..saya mulakan dengan hadis Rasulullah SAW...



عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ

هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري

النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.

Maksudnya:
" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


niat..satu perkataan yang sangat hebat..
segalanya bermula dengan satu niat..
dari niat, lahirnya matlamat..
dan dengan matlamat itulah akal bekerja untuk melaksanakan hajat..



segala perlakuan baik yang kita lakukan akan mendapat balasan pahala..
tapi AWAS.!!!! ianya bergantung kepada NIAT..lakukanlah segalanya kerana Allah..
kerana Islam..bukan untuk mendapat balasan kebaikan..
urusan pahala itu, kita serahkan pada Yang Maha Kuasa..hanya Dia yang berhak menilai..


saya teringat akan satu kisah yang diceritakan oleh seorang kakak senior..
biarlah saya namakan dia sebagai kak comel..sebab dia sungguh comel =)

kak comel telah ditugaskan untuk melaksanakan satu tugasan..
dan dia sangat cerewet orangnya..segalanya mestilah dilakukan dengan sempurna tanpa satu pun cacat cela..dan segalanya berjalan lancar sekali..
malang sekali bagi kakak comel..kerana dia mendapat banyak kritikan..
rupa-rupanya banyak kerjanya yang tidak mendapat kepuasan beberapa belah pihak..perasaannya amat pedih apabila dikritik..kerana dia telah pun berusaha untuk memastikan segalanya sempurna...dan tiba-tiba, terdetik di hatinya akan niatnya melakukan semua kerja tersebut..dia lakukan segalanya bukan kerana Allah..tapi kerana ingin mendapat kepujian..ingin mendapat nama di mata manusia..Subhanallah..begitu besar kesedaran yang dia perolehi..


lihatlah sahabat sekalian..betapa besarnya peranan niat..sebagai manusia, kita tak akan pernah terlepas dari ingin rasa dihargai..tapi, cuba kita fikirkan balik..sangat sukar untuk puaskan hati semua orang..kerana setiap orang mempunyai hati dan cita rasa yang berbeza-beza..tapi apabila kita niatkan segala kerja hanya untuk Allah, percayalah wahai sahabat..kita TAK AKAN pernah rasa kecewa atau sedih apabila hasil kerja kita dikritik..kerana kita tahu Allah nampak segalanya..Allah tahu sejauh mana kita telah berusaha untuk melaksanakan tugasan itu..kerana sesungguhnya Allah itu Maha Melihat..Dia TAK AKAN pernah sesekali mengabaikan usaha baik hambaNya..kerana Dia itu Maha Pengasih dan maha Penyayang..


tapi wahai sahabat..
apabila usaha yang kamu lakukan tidak mendapat balasan yang baik, JANGAN pernah mengalah..sesungguhnya Dia ada sediakan yang lebih baik untukmu..Allah sengaja turunkan hujan kerana Dia nak hadiahkan kita pelangi =)


lihatlah sahabat..
betapa besarnya kasih sayang Allah terhadap hambaNya..Allah tidak menilai seseorang melalui luaran..Dia menilai kita melalui usaha..melalui niat..lihatlah betapa pentingnya niat wahai sahabat..





the answer is : Allah love us =)



saya tak pandai berkata lebih-lebih..kerana saya juga manusia biasa..insan hina yang tak akan pernah sempurna..tapi insyaAllah sama-samalah kita betulkan niat kita..ayuh lakukan segalanya hanya untuk Allah..insyaAllah kita akan jauh dari perkara maksiat..kerana apabila segalanya bermula daripada Allah, kita akan takut untuk melakukan kejahatan..insyaAllah....


p/s : kepada kakak comel..ampun maaf dipohon kerana saya meminjam cerita akak..andai ada tersilap fakta, harap diampunkan..moga akak di dalam rahmatNya sentiasa..amin =)









No comments:

Post a Comment