Tuesday 13 May 2014

mockingjay :)

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim...

semester praktikal..tak banyak kerja yang saya buat, sampaikan saya sudah mampu siapkan report pada bulan pertama praktikal. masa seterusnya saya cuma duduk dan tunggu 'kerja'..cemburu dengan kawan2 yang banyak kerja untuk dibuat. so sambil menunggu masa balik ke rumah, saya 'membuang' masa degan 'menyibukkan' diri sendiri..hahaha..

cuba habiskan beberapa buah buku supaya tak mnenyesal habiskan masa kan..=.='

scroll facebook timeline..

banyak update dari sahabat2 berkenaan isu semasa..baca komen2 mereka membincangkan isu terkini..matang..gempak semuanya..tetiba hati sayu "kenapa aku tak boleh jadi sehebat mereka.." yup..mereka semua hebat belaka..segala cerita mereka tahu..lantang berbicara.."aku bukan tak boleh..tapi aku tak mampu.." yup...tak mampu..

banyak kali berfikir untuk berhenti menyusur jalan ini dan bersendirian tanpa hiraukan sekeliling..penat nak kejar jadi hebat macam mereka..lelah nak kejar langkah mereka..sangat teringin menyendiri dan mengundur diri dari semua ni..cuma harapkan Dia faham..sebab dah penat..

REBEL..a word that can describe me the most..haha..ya..saya suka rebel sesuatu perkara..sebab saya punya pandangan sendiri dalam suatu perkara..tak tahu samada saya yang tak faham atau sebaliknya..

then suatu hari senior saya cakap :

"Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Maybe dia yang banyak buat usrah tu dipermudahkan sebab ada orang yang bangun tahajud malam-malam doakan kemudahan dia. Dan orang yg doakan dia tu adalah yang kita nampak tak 'hebat'..sbb dia diam tak aktif.."


so saya buat keputusan untuk berhenti menjadi orang lain, dan jadi diri sendiri..biar orang cakap "kau ni bangun la semangat berdakwah..nak jadi da'ie lembik.?.." saya dah taknak ikut cakap orang..biar la orang cakap saya akhwat lemah or muslimah pasif..sebab saya nak bina jalan sendiri tanpa ikut jalan orang..moga sentiasa melukan segala perkara demi Dia..boleh.? :D..so, anda pula bagaimana.?? :)


I don't want to be  rose. i want to be a mockingjay


bingkisan hati : take a "rest"..penat meniru