Friday 18 January 2013

exam lagi.??? T_T

Assalamualaikum.......
Bismillahirrahmanirrahim...

dah lama sangat tak update blog..dah berkepuk dengan debu2..(fuhhhh fuhhhh...debu2 beterbangan~)..
maaf sebab dah lama tak update blog..itu pun kalau ada yg menunggu :)..ok...apa khabar iman.? insyaAllah sihat-sihat sahaja..kalau lemah, masih belum terlambat untuk kuatkan kembali ^_^

hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan..tiba-tiba, final exam datang lagi.???? T_T..semua dah mula membelek-belek nota..sibuk dengan study group masing-masing..sunyi kampus walaupun orang ramai..sebab semua fokus dengan revision..bagus :)..tapi.!!!!!!!!!!! study2 jugak..solat fardhu awal waktu tak.?? study2 jugak..tapi quran baca tak.?? study2 jugak..tapi solat sunat tambahan buat tak.?? zreeettttttttttt..robek jantung..*headshot T_T..

sahabat2 yang dikasihi kerana Allah :)
cuba kita renung dan fahami kalimah ni~

---> marilah menunaikan solat   2x
---> marilah menuju kejayaan   2x


kenal tak tu kalimah apa.??? :)..tu la seruan azan yang insyaAllah kita semua dengar 5 kali satu hari..dan sahabat2 perasan tak Allah sebut apa dahulu di antara solat dan kejayaan.??? Allah sebut solat dulu kan.? faham tak.? tak faham eh...ok jom saya cuba fahamkan..insyaAllah :)

sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian...
study itu penting..tapi dahulukan yang terdahulu..what priority is a priority..kalau solat fardhu kita jaga dengan rapi, insyaAllah kejayaan akan datang ikut kita..tapi kalau study je memanjang sampaikan solat fardhu entah ke mana, memang susah la kejayaan tu nak datang..kita nak Allah bagi apa yang kita mintak..tapi, kita buat ke apa yang Allah nak.??? :)..

kat sini saya tekankan pada yang fardhu la..sebab kalau yang fardhu pun dah susah nak buat, maka jauh langit dari bumi la nak buat yang sunat tu..kan.? tapi bagi mereka yang betul2 jaga apa yang fardhu dan dia buat lagi yang sunat, tahniah.!!!! saya kagum dengan awak..keep it on..moga awak istiqomah :)..dan bolehlah bagi tips kat saya pula ;)

ok..setakat itu sahaja..harap semoga apa yang saya cuba nak sampaikan dapat menyentuh jiwa2 soleh dan solehah sahabat sekalian..all the best untuk final exam kepada semua pelajar MMU.!!! moga kita semua tergolong dalam mereka yang berjaya di dunia dan akhirat..insyaAllah..amin ^_^..jgn lupa untuk prepare exam akhirat juga ye ;)



start je mood final exam, semua dah jadi student nerd yang baik dan bersemangat :p
untuk jadi student yang lebih power, tambah lagi dengan ibadah sunat yang lain ;)


bingkisan hati : kadang2 kita hanya minta pada Allah saat kita benar2 perlukan pertolongan Dia, sedangkan selama ni kita sangat susah nak ingat Dia..tapi sweetnya Allah, Dia masih melimpahkan kita dengan rahmat kebaikan-Nya :)