Tuesday 27 November 2012

versus

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...

penat mendakwah fardhi.?? penat kan.. *senyum sinis
nak mengeluh.? silakan..
nak perasan bagus.? silakan..
nak rasa orang lain teruk.? silakan..
silakanlah buat sesuka hati awak..diri awak hak awak..jadilah menjadi mereka terleka dengan andaian..tenggelam dalam andaian yg direka sendiri tanpa bertanya pada empunya diri..dah tanya sebab.??? belum kan.?? TERUSKANLAH membuat andaian..kemudian lemaslah dalam andaian sendiri..dan teruskan membuat andaian demi andaian......

TAPI ingat..Allah punya percaturan yangg jauh lebih hebat..percaturan yang kita takkan pernah tahu..hanya Dia yang mengetahuinya....
kerana kita manusia hanya insan biasa yg berusaha jadi luar biasa..
doakan dia..BUKAN membencinya..
doakan dia..BUKAN menjadikannya hina..
doakan dia..BUKAN merendahkannya..
siapa kita untuk menghukum insan lain..mungkin dia akan menjadi manusia hebat suatu hari nanti..kan.? :)

manusia..
takkan pernah berubah..dia tak mahu berubah atau fikir org lain tak setaraf dengan dia.?? jangan jadi mereka yang berat mulut nak bertanya..dan jangan jadi mereka yang ringan mulut "bercerita"..buat kerja dalam diam, tanpa berharap pada balasan..kerana hati itu Allah yg pegang.. ya, hati kita Allah yang pegang..
so, tepuk dada tanya akal.. *senyum sinis

manusia tu tak sempurna wahai kawan..
awak rasa diri sempurna.? silakan..tapi jangan merendahkan orang lain..
mahu rasa ingin lari jauh.? silakan..Allah ada menjaganya insyaAllah..
rasa dia dah tak boleh dibantu.? silakan..hanya Allah yang tahu masa hadapan..
setiap insan ada tahapnya sendiri..awak hebat kan..tahniah..Allah berikan kelebihan itu pada awak..moga dia juga menjadi hebat atau jauh lebih hebat daripada awak..amin :')

bersyukurlah kawan..bersyukurlah..awak terpilih..dia dihantar pada awak sebagai satu ujian..ya, itu ujian....jalan hidup masih panjang..dan kita takkan pernah tahu apa yang ada di hadapan.....teruskan berjuang di jalan-Nya



jalan hidup itu berbatu..rebah jatuh.? bangunlah dan teruskan melangkah menjadi jauh lebih hebat :)


bingkisan hati : menangislah andai perjalananmu terasa berat..tangisan tak menandakan dirimu lemah..tapi ia menunjukkan bahawa dirimu telah lama menjadi kuat..lepaskan semua tangisan itu..kemudian terus bangkit dan melangkah sebagai pejuang yang lebih hebat :)



Sunday 11 November 2012

ujian atau musibah.???

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim....

saat diri rebah, hati kadang-kadang terleka, dan terus mempertikai takdir Allah..kenapa mesti diri ni yang diuji bertubi-tubi.? mengapa orang lain bahagia tanpa sebarang masalah, sedangkan diri ini berterusan dalam musibah.??

'Allah adalah seperti sangkaan kita..'
terdiam..ayat yang nampak biasa, tapi terus menusuk ke hati..ya Allah, betapa banyak aku berburuk sangka pada-Mu..terima kasih kakak tersayang kerana menyedarkan diri ini yang terleka..insyaAllah ini yang akan adikmu pegang sampai bila-bila.......


Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji?
-surah al-ankabut ayat 2-


sayang....tiada istilah musibah..setiap dari ujian itu tandanya Allah menegurmu..pandanglah setiap perkara yang berlaku sebagai tanda bahawa Allah mahu menguatkan dirimu..menjadi seorang pejuang hebat yang sentiasa kuat dalam jalan Islam :)

tersenyum..tiada yang perlu dipertikaikan lagi..ya Allah....aku tak minta untuk dikurangkan ujian..jadikan aku hamba yang redha....tapi aku pinta untuk kuatkan hatiku mengharungi segala takdir dari Mu..kerana sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik perancang..


teruskan tersenyum dalam dirimu diuju :)


bingkisan hati : dalam setiap kepahitan itu ada manisnya..berbaik sangkalah pada-Nya..dan jangan lupa untuk berusaha :D