Sunday 11 November 2012

ujian atau musibah.???

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim....

saat diri rebah, hati kadang-kadang terleka, dan terus mempertikai takdir Allah..kenapa mesti diri ni yang diuji bertubi-tubi.? mengapa orang lain bahagia tanpa sebarang masalah, sedangkan diri ini berterusan dalam musibah.??

'Allah adalah seperti sangkaan kita..'
terdiam..ayat yang nampak biasa, tapi terus menusuk ke hati..ya Allah, betapa banyak aku berburuk sangka pada-Mu..terima kasih kakak tersayang kerana menyedarkan diri ini yang terleka..insyaAllah ini yang akan adikmu pegang sampai bila-bila.......


Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji?
-surah al-ankabut ayat 2-


sayang....tiada istilah musibah..setiap dari ujian itu tandanya Allah menegurmu..pandanglah setiap perkara yang berlaku sebagai tanda bahawa Allah mahu menguatkan dirimu..menjadi seorang pejuang hebat yang sentiasa kuat dalam jalan Islam :)

tersenyum..tiada yang perlu dipertikaikan lagi..ya Allah....aku tak minta untuk dikurangkan ujian..jadikan aku hamba yang redha....tapi aku pinta untuk kuatkan hatiku mengharungi segala takdir dari Mu..kerana sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik perancang..


teruskan tersenyum dalam dirimu diuju :)


bingkisan hati : dalam setiap kepahitan itu ada manisnya..berbaik sangkalah pada-Nya..dan jangan lupa untuk berusaha :D


No comments:

Post a Comment