Thursday 23 February 2012

manusia itu pelupa

Assalamualaikum.....
Bismillahirrahmanirrahim.....

kita manusia mudah lupa kan.? lupa yang Allah itu Maha Kuasa..hanya Dia yang berhak menentukan samada sesuatu perkara itu boleh berlaku atau tidak..sesuai dengan firman-Nya di dalam Al-Quran :


Allah pencipta langit dan bumi dan apabila Dia berkehendakkan sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya : "Jadilah", lalu jadilah ia..
( Al-Baqarah ayat 117 )



SITUASI 1
"kau la ni Man..tadi aku sempat makan sikit je..kan sekarang dah kebulur..aku dah lapar sangat-sangat ni..kau tu tak apa la, tadi makan banyak..marah betul aku dengan kau ni.."

ok..sekarang jom kita fikir sama-sama..apa yang buatkan kita rasa kenyang.? sebab makanan tu atau dengan izin Allah.? ya...semua tu berlaku dengan izin Allah..Allah yang mengarahkan makanan tu mengenyangkan kita..tapi kita selalu silap..lupa untuk bersyukur kepada yang memberi rasa kenyang itu..kerana kita fikir, makanan itu yang membuatkan kita rasa kenyang..so, bersyukurlah pada-Nya bila rasa kenyang..kerana tanpa izin-Nya, kita tak akan dapat rasa nikmat kenyang =) 


SITUASI 2
"makan la supplemen ni..ubat ni bagus tau..sumpah aku cakap..memang terbaik..nanti kulit kau jadi cantik, boleh kurus..sekejap je berat badan kau boleh turun..percaya la cakap aku.."


supplemen, ubat, barang penjagaan kulit dan macam-macam lagi..sekali lagi kita terus lupa untuk bersyukur kepada-Nya..kerana yang kita fikir, bahan dan barang itulah yang melakukan segalanya..dengan pakai barang tu, kulit jadi cantik, boleh kurus dan macam-macam lagi kebaikan..lupa ke yang mengizinkan semua tu untuk berlaku siapa.??? tanpa izin Dia, boleh ke semua tu berlaku.??? mustahil wahai kawan..

 kita usaha, Allah tentukan =)



so, rasanya 2 contoh situasi ni dah cukup kan.? apa pun, tak salah untuk makan supplemen atau ubat atau apa-apa je..cuma kembalikan semuanya kepada Allah..itu hakikat..bila ada kebaikan yang berlaku, ingatkan diri bahawa segala yang berlaku tu adalah dengan izin-Nya..tanam dalam hati, semua yang kita makan atau buat tu adalah salah satu dari usaha..kerana Allah suruh kita usaha kan.? takkan nak berharap kat Allah je..doa 24 jam, tapi usaha tak ada =.='..sesungguhnya tiada yang mustahil dengan kuasa Allah..percayalah pada-Nya untuk segala kemungkinan..pengakhiran, hasilnya kita serah kat Dia ok..dan itu semestinya terbaik untuk kita =)



bingkisan hati : 
jom berubah ke arah kebaikan.!!!! tanam dalam hati, segala yang berlaku adalah hanya dengan izin-Nya..tapi, kita mesti kena berusaha..sebab Allah suka hamba-Nya yang berusaha melakuakan kebaikan (jaga kesihatan itu salah satu perkara kebaikan)..ingat tau ^^v




Thursday 16 February 2012

its never late =)

Assalamualaikum.....
Bismillahirrahmanirrahim........

Alhamdulillah syukur Ya Allah..masih diberi peluang untuk bernafas dan meneruskan langkah sebagai khalifah dan memijak tanah bumi kepunyaan-Mu =)

hati gersang..jiwa kering..terasa seperti nak mengalirkan air mata..
teringat akan terlampau banyak dan mewahnya nikmat-Mu Ya Allah..tapi diri ni masih leka hingga kadang-kadang terleka dan terus terleka dengan permainan manusia..

melihat masih ramai yang terus hanyut dan terus hanyut dengan angan-angan dunia..diri ini dan mereka tak jauh beza sebenarnya..cuma mereka hanya terlupa untuk tersedar dari lena..kerana diri ini hanya kadang-kadang terjaga dan selepas itu masih lagi mampu terleka walau sementara..
sampai bila untuk terus lena.? ke mana akan berhenti akhirnya.?

Ya....hidup hanya sementara..
kerana dunia ini hanya pentas lakonan sahaja..Allah adalah hakim berkuasa yang Maha Esa..malaikat-malaikat itu juri semuanya..dan kita, kitalah pelakonnya..
diuji dengan pelbagai ujian..sekuat mana kita bertahan.?

ingatlah.....peganglah kata-kata ini..
Allah itu ada bersama kita..dan Dia sentiasa ada..kerana Dia adalah seperti sangkaan kita..maka, bersangka baiklah dengan Allah..jangan mengalah sebelum berjuang..jangan jatuh sebelum bangun..jangan mati sebelum bertarung..bangkitlah menjadi insan baru..its never late to change for better =)


you..lets start to change for better..and you'll feel the real happiness =D


p/s : when you start, everyone will follow..for things to change, you MUST change first.!!!!! sesungguhnya Allah sentiasa bersama hamba-Nya yang berhijrah ke arah kebaikan ^^v


bingkisan hati : tiada istilah terlambat dalam berubah menjadi lebih baik..better late than never kan.? kerana hakikat sebenar insan itu sendiri sukakan kebaikan ^^v



Monday 13 February 2012

Rasa itu....

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim........

hati ni..
rasa sakit sekali....
rasa pedih tak terperi..
bagaikan ada sesuatu yang berat mencengkan naluri..

jiwa  ini...
rasa perit bagaikan dilukai ...
ingin diluah, ingin dikongsi...
tapi......apakan daya, diri ini hanya begini...

merintih...
menahan pedih..
bagaikan tiada nyaman di hati..
bagaikan terseksa jiwa ini..

retak hati tak siapa tahu


ya...rasa tu....
rasa yang tak tahu untuk diberitahu...
terasa ingin diluahkan, tapi tak tahu bagaimana...
mahu dikongsi, tapi tak tahu caranya..

hati merintih, jiwa meratap..
ingin sekali berkongsi ..
tapi sejauh mana kuatnya hati ini untuk dibongkar..
bimbang kelak ada hati lebih tercalar..

kerana secebis kenangan, membawa sejuta makna..
rasa yang tak tahu manis atau masam rasanya..
rasa yang sangat berat hakikatnya....
berat menyesakkan jiwa....

kerana bibir ini tak mampu berkata-kata......
bimbang ada yang akan terluka..
akhirnya hanya mampu memendam rasa...
berharap ianya akan sembuh dibawa masa...........


berusaha mencantum kembali hati yang pecah =)



p/s :  macam ni la rasanya bila keluar dewan exam...speechless tak tahu nak cakap apa bila semua orang dapat jawab soalan tu, tapi awak seorang je tak dapat jawab..tak tahu apa rasa tu..happy or sedih.? nak cakap lebih kan, takut ada yang salah faham...kan.??? ^^v

sesungguhnya setiap perkara tu berlaku dengan izin-Nya..maka redhalah dengan ketentuannya..insyaAllah itu yang terbaik untuk dirimu dan dirinya..jangan patah usaha..kerana Allah melihat pada usaha, bukan hasilnya...yakinlah Dia sentiasa melihat..so, senym sokmo ok =D



bingkisan hati : sekadar satu coretan berdasarkan pemerhatian dan pengalaman..tiada kaitan dengan yang hidup atau dah tiada..so, kepada siapa-siapa yang tengah frust sal exam, jangan sedih-sedih ye =)



Saturday 11 February 2012

exam 0.o

Bismillahirrahmanirrahim......
Assalamualaikum....

minggu final exam, satu fenemona atau keadaan yang sangat senyap dan sunyi..sebab.? sebab semua orang menghadap buku je..yang sebelum ni kerja dia main-main, tiba-tiba je rajin overboard nak study..demam exam bermula~!!! ..maklumlah, penangan final exam ni hebat tau =D

tengok buku, buat latihan, buat nota, hafal formula, dan banyak lagi yang memang tak tersenarai kadang-kadang membuatkan diri muak dengan semua ni..bosan dengan perkara yang sama berlaku tiap-tiap sem..masa tu la menyesal sebab tak fokus dari awal sem..dan sekali lagi, start azam baru nak fokus start dari awal untuk sem depan..(tiap-tiap sem azam baru..tapi azam kekal azam..sem depan buat azam baru lagi =.=')

azam ooo azam =.='


SITUASI 1 (belajar yang teramat bersemangat)
"aku mesti belajar rajin-rajin..nanti dapat result cemerlang, mesti ramai akan kenal aku..then aku popular..mesti ramai nak jadi kawan aku..bla..bla..bla...."

Rasulullah SAW bersabda :
Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. – Riwayat Dua imam Muhaddisin

so, kat sini saya nak tegaskan bahawa niat tu adalah tunjang segala perbuatan..betul niat kita, betullah semuanya..salah niat, salah yang kita dapat..Rasulullah SAW sendiri mengatakan (lihat hadis atas), segala yang kita niatkan, tu yang kita dapat..niat nak dapar result cemerlang sebab nak popular, so kita dapat popular je la..dunia semata..akhirat tak dapat apa-apa..tapi, bila kita niat kerana Allah, dunia kita dapat, akhirat pun dapat tau..dapat bonus redha Allah lagi =D..


SITUASI 2 (sedang belajar, tak bersemangat)
(mengeluh....menegeluh...mengeluh)
"Ya Allah...apa aku ni..tak baik mengeluh..aku macam putus asa dan tak redha dengan apa yang sedang berlaku..nini...bangun, sedar...tak baik mnegeluh ok..tu la, siapa suruh malas study awal..kan dah susah"
dan tiba-tiba teringat sesuatu...
"nini...ilmu ni hak Allah..betulkan niat study dulu..minta izin Dia sebab mu nak belajar ilmu Dia..cepat istighfar, mintak izin Dia permudahkan..then tarik nafas, mulakan dengan Bismillah..insyaAllah Dia tolong"

saya yakin ramai yang tak sedar hakikat ni..study, stay up sampai pukul 3,4 pagi..then terlepas subuh..then lambatkan solat fardhu sebab nak study..then solatnya yang macam ribut sebab nak sambung study lagi..takut gagal exam tu, melebihi takut Allah..exam lagi penting dari akhirat agaknya 0.o..

sahabat..segala apa yang kita buat, walau bersungguh bagai nak mati, jika Dia tak izin, perkara tu tetap TAKKAN berlaku..ilmu tu hak Allah..jika Dia redha, ilmu tu senang je nak masuk dalam kepala ni..so, jom la cari redha Dia dulu..then insyaAllah mudah nak belajar =)..macamana nak dapat redha Dia.????? buat apa yang Dia suka..so, solatlah awal ok =)..tapi, jangan lupa usaha pulak ye..mentang-mentanglah dah solat awal, dah doa, suka-suka hati je tak nak belajar =.='..tak boleh macam tu, sebab Allah pun tengok pada usaha kita..so, jom seimbangkan study dan ibadat.!!!! =D

p/s : tambahkan juga ibadat sunat..makin sayang Allah kat kita..dan jangan lupa NIAT semuanya adalah kerana-Nya ^^v


ibadat didahulukan,,,,,

study diutamakan =D


so, sampai sini sahajalah coretan peperiksaan~ apa yang saya nak sampaikan kat sini adalah :
  • apa-apa pun yang kita lakukan, kembalilah pada yang Esa..kerana kita sebagai hamba-Nya akan terus tetap bergantung harap pada Dia..kerana kita hanyalah hamba yang lemah dan hina
  • mulakan setiap perkara dengan niat dapatkan redha-Nya, dan mohon pertolongan Allah untuk mudahkan segalanya
  • Usaha -> Ikhtiar -> Doa -> Tawakal -> Istiqamah


salam imtihan kepada semua yang sedang atau akan berhadapan dengan peperiksaan..
sehingga jumpa lagi ye ^^v


bingkisan hati : persediaan peperiksaan dunia melebihi persediaan berhadapan peperiksaan akhirat.???? kita dah masuk dunia akhir zaman......kiamat dah hampir T.T