Saturday 11 February 2012

exam 0.o

Bismillahirrahmanirrahim......
Assalamualaikum....

minggu final exam, satu fenemona atau keadaan yang sangat senyap dan sunyi..sebab.? sebab semua orang menghadap buku je..yang sebelum ni kerja dia main-main, tiba-tiba je rajin overboard nak study..demam exam bermula~!!! ..maklumlah, penangan final exam ni hebat tau =D

tengok buku, buat latihan, buat nota, hafal formula, dan banyak lagi yang memang tak tersenarai kadang-kadang membuatkan diri muak dengan semua ni..bosan dengan perkara yang sama berlaku tiap-tiap sem..masa tu la menyesal sebab tak fokus dari awal sem..dan sekali lagi, start azam baru nak fokus start dari awal untuk sem depan..(tiap-tiap sem azam baru..tapi azam kekal azam..sem depan buat azam baru lagi =.=')

azam ooo azam =.='


SITUASI 1 (belajar yang teramat bersemangat)
"aku mesti belajar rajin-rajin..nanti dapat result cemerlang, mesti ramai akan kenal aku..then aku popular..mesti ramai nak jadi kawan aku..bla..bla..bla...."

Rasulullah SAW bersabda :
Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. – Riwayat Dua imam Muhaddisin

so, kat sini saya nak tegaskan bahawa niat tu adalah tunjang segala perbuatan..betul niat kita, betullah semuanya..salah niat, salah yang kita dapat..Rasulullah SAW sendiri mengatakan (lihat hadis atas), segala yang kita niatkan, tu yang kita dapat..niat nak dapar result cemerlang sebab nak popular, so kita dapat popular je la..dunia semata..akhirat tak dapat apa-apa..tapi, bila kita niat kerana Allah, dunia kita dapat, akhirat pun dapat tau..dapat bonus redha Allah lagi =D..


SITUASI 2 (sedang belajar, tak bersemangat)
(mengeluh....menegeluh...mengeluh)
"Ya Allah...apa aku ni..tak baik mengeluh..aku macam putus asa dan tak redha dengan apa yang sedang berlaku..nini...bangun, sedar...tak baik mnegeluh ok..tu la, siapa suruh malas study awal..kan dah susah"
dan tiba-tiba teringat sesuatu...
"nini...ilmu ni hak Allah..betulkan niat study dulu..minta izin Dia sebab mu nak belajar ilmu Dia..cepat istighfar, mintak izin Dia permudahkan..then tarik nafas, mulakan dengan Bismillah..insyaAllah Dia tolong"

saya yakin ramai yang tak sedar hakikat ni..study, stay up sampai pukul 3,4 pagi..then terlepas subuh..then lambatkan solat fardhu sebab nak study..then solatnya yang macam ribut sebab nak sambung study lagi..takut gagal exam tu, melebihi takut Allah..exam lagi penting dari akhirat agaknya 0.o..

sahabat..segala apa yang kita buat, walau bersungguh bagai nak mati, jika Dia tak izin, perkara tu tetap TAKKAN berlaku..ilmu tu hak Allah..jika Dia redha, ilmu tu senang je nak masuk dalam kepala ni..so, jom la cari redha Dia dulu..then insyaAllah mudah nak belajar =)..macamana nak dapat redha Dia.????? buat apa yang Dia suka..so, solatlah awal ok =)..tapi, jangan lupa usaha pulak ye..mentang-mentanglah dah solat awal, dah doa, suka-suka hati je tak nak belajar =.='..tak boleh macam tu, sebab Allah pun tengok pada usaha kita..so, jom seimbangkan study dan ibadat.!!!! =D

p/s : tambahkan juga ibadat sunat..makin sayang Allah kat kita..dan jangan lupa NIAT semuanya adalah kerana-Nya ^^v


ibadat didahulukan,,,,,

study diutamakan =D


so, sampai sini sahajalah coretan peperiksaan~ apa yang saya nak sampaikan kat sini adalah :
  • apa-apa pun yang kita lakukan, kembalilah pada yang Esa..kerana kita sebagai hamba-Nya akan terus tetap bergantung harap pada Dia..kerana kita hanyalah hamba yang lemah dan hina
  • mulakan setiap perkara dengan niat dapatkan redha-Nya, dan mohon pertolongan Allah untuk mudahkan segalanya
  • Usaha -> Ikhtiar -> Doa -> Tawakal -> Istiqamah


salam imtihan kepada semua yang sedang atau akan berhadapan dengan peperiksaan..
sehingga jumpa lagi ye ^^v


bingkisan hati : persediaan peperiksaan dunia melebihi persediaan berhadapan peperiksaan akhirat.???? kita dah masuk dunia akhir zaman......kiamat dah hampir T.T


No comments:

Post a Comment