Thursday 23 February 2012

manusia itu pelupa

Assalamualaikum.....
Bismillahirrahmanirrahim.....

kita manusia mudah lupa kan.? lupa yang Allah itu Maha Kuasa..hanya Dia yang berhak menentukan samada sesuatu perkara itu boleh berlaku atau tidak..sesuai dengan firman-Nya di dalam Al-Quran :


Allah pencipta langit dan bumi dan apabila Dia berkehendakkan sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya : "Jadilah", lalu jadilah ia..
( Al-Baqarah ayat 117 )



SITUASI 1
"kau la ni Man..tadi aku sempat makan sikit je..kan sekarang dah kebulur..aku dah lapar sangat-sangat ni..kau tu tak apa la, tadi makan banyak..marah betul aku dengan kau ni.."

ok..sekarang jom kita fikir sama-sama..apa yang buatkan kita rasa kenyang.? sebab makanan tu atau dengan izin Allah.? ya...semua tu berlaku dengan izin Allah..Allah yang mengarahkan makanan tu mengenyangkan kita..tapi kita selalu silap..lupa untuk bersyukur kepada yang memberi rasa kenyang itu..kerana kita fikir, makanan itu yang membuatkan kita rasa kenyang..so, bersyukurlah pada-Nya bila rasa kenyang..kerana tanpa izin-Nya, kita tak akan dapat rasa nikmat kenyang =) 


SITUASI 2
"makan la supplemen ni..ubat ni bagus tau..sumpah aku cakap..memang terbaik..nanti kulit kau jadi cantik, boleh kurus..sekejap je berat badan kau boleh turun..percaya la cakap aku.."


supplemen, ubat, barang penjagaan kulit dan macam-macam lagi..sekali lagi kita terus lupa untuk bersyukur kepada-Nya..kerana yang kita fikir, bahan dan barang itulah yang melakukan segalanya..dengan pakai barang tu, kulit jadi cantik, boleh kurus dan macam-macam lagi kebaikan..lupa ke yang mengizinkan semua tu untuk berlaku siapa.??? tanpa izin Dia, boleh ke semua tu berlaku.??? mustahil wahai kawan..

 kita usaha, Allah tentukan =)



so, rasanya 2 contoh situasi ni dah cukup kan.? apa pun, tak salah untuk makan supplemen atau ubat atau apa-apa je..cuma kembalikan semuanya kepada Allah..itu hakikat..bila ada kebaikan yang berlaku, ingatkan diri bahawa segala yang berlaku tu adalah dengan izin-Nya..tanam dalam hati, semua yang kita makan atau buat tu adalah salah satu dari usaha..kerana Allah suruh kita usaha kan.? takkan nak berharap kat Allah je..doa 24 jam, tapi usaha tak ada =.='..sesungguhnya tiada yang mustahil dengan kuasa Allah..percayalah pada-Nya untuk segala kemungkinan..pengakhiran, hasilnya kita serah kat Dia ok..dan itu semestinya terbaik untuk kita =)



bingkisan hati : 
jom berubah ke arah kebaikan.!!!! tanam dalam hati, segala yang berlaku adalah hanya dengan izin-Nya..tapi, kita mesti kena berusaha..sebab Allah suka hamba-Nya yang berusaha melakuakan kebaikan (jaga kesihatan itu salah satu perkara kebaikan)..ingat tau ^^v




No comments:

Post a Comment