Tuesday 18 March 2014

nasib si budak usrah

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim......

manusia..
setiap orang punya karya cerita masing2.."BUBBLE hidup"..tahu apa itu "BUBBLE hidup".? ya..someone yang punya bubble sendiri, dan dia hanya hidup berlingkaran dengan situasi dia sendiri tanpa cuba membuka ruang itu lebih luas..di mana orang disekelilingnya dibataskan hanya untuk beberapa orang sahaja..salah ke.?

pada pendapat saya, having your own bubble memang tak salah..tapi jadi sedikit TAK BETUL bila kita salahkan orang lain "kenapa tak ada orang faham aku?" perghhhh..kau tak bagi orang lain masuk hidup kau, then kau expect orang untuk faham kau.?? =.='

ada yang lebih teruk..awak sendiri TAK PERNAH cuba untuk memahamkan mereka..dan cuba fikir..PERNAH KE awak faham mereka??? yup...kadang-kadang kita hanya nak orang faham kita..tapi kita tak pernah nak faham orang lain..bukankah tangan yang berada di atas itu lebih baik daripada tangan yang berada di bawah.? think



so sini ada satu situasi yg agak cliche bagi mereka yang tergolong dalam kalangan budak "usrah"..

"family aku tak pernah nak faham dakwah tu apa.."


situasi ni normal..malah mak ayah saya sendiri kurang berkenan dengan orang usrah ni..terutama lelaki usrah..serius..but yeah..everything happen for reasons..maybe dia yang "usrah" ni sendiri yang mencipta gap antara dia dan orang lain..Contoh la ye.."nama je budak usrah..tapi........bla bla bla". wahhh..agak pedas kan.? tapi itu kenyataan yang banyak berlaku sekarang..contohnya la :

1) budak usrah tak tepat masa..
2) budak usrah tak tepat janji..
3) budak usrah perangai buruk..
4) budak usrah pakai selekeh..
5) budak usrah keluar berdua dengan lelaki
6) budak usrah bermesra bermanja dengan lelaki
7) budak usrah.........( )

bila keadaan macamtu sedikit sebanyak menjarakkan hubungan tu..sometimes..yes..it is impression..


ok la..maybe ada yang nak bidas :

"aku tak peduli pandangan manusia..yang aku fikir adalah pandangan Allah.!!"

weiii..diri kau sendiri tak mencerminkan Islam, then kau expect Dia nak pandang kau macamana.?? =.='


tahu apa masalah utama orang usrah ni.? bila rasa diri tu BAIK, BERAGAMA dan LEBIH TAHU berbanding orang lain..then sibuk nak judge orang sana sini..hahahaha..annoying..ok la..maybe tak semua orang usrah camtu..ataupun "eleh..orang bukan usrah pun sama je 2x5..sebab kita semua tak sempurna"..fine..faham..memang budah usrah tu manusia jugak..ada salah silap..

tapi awak tu si BUDAK USRAH.!! kena ingat..memang ni antara cabaran yang Allah hantar kat pembawa dakwah-Nya..you choose the path, then bare with it..susah ke bila jadi budak usrah.? yup susah..nak mengalah.???? heh

bila kita join usrah, dan expect mak ayah family faham apa kita buat..semudah tu.? tak...sebab mereka tak pernah alami apa yang kita alami..so jangan tahu mengeluh je..kita sibuk usrahkan orang lain pasal Islam..tapi kita reflect balik, kita buat tak semua tu.??? then faham kenapa family tak pernah faham dakwah kita.? maybe sebab kita yang salah..ya..memang kita yang salah..

1) tak pernah terangkan kat mereka..
2) akhlak tak mencerminkan budak usrah..
3) maybe akademik tunggang langgang..
4) terlalu BERUSRAH sampai lupa nak hai tanya khabar mereka
5) hanya balik hujung sem sebab BANYAK program usrah..tu pun balik 2,3 hari je..
6) ............... ( )


so..usrah...ada apa dengan usrah.??? usrah means family :)


i give you my heart..it's fragile..so, please handle it with care ;)


bingkisan hati : open your heart to see beauty in others..then people will see the beauty in you..


Tuesday 11 March 2014

sound cliche

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...

putus cinta..
ya..mungkin ini normal bagi sesetangah orang..putus cinta, then cari pengganti..just as simple as that..
sakit ke putus cinta ni.? ada orang cakap, "sakit gila wei.!!"..ada plak yang cakap "entah..aku rasa biasa je..apa susah, cari la yang lain.." eh.? camtu ke.?


kawan saya pernah cakap :

"putus cinta tu tak sakit..yang sakit bila putus, tapi masih cinta.." 
-credit tu Siti :p

ironi kan..masa saya dengar tu, ayat tu bunyi agak kelakar dan geli la jugak..hahaha =.='..tapi, itulah hidup kan..sometimes, benda yang kita tak pernah fikir tu la yang jadi..and yes..kawan saya buktikan..saya tak pernah fikir pun dia akan keluarkan ayat macam tu..hahahaha


mak saya selalu cakap :

"nak cari jodoh, cari la masa kat universiti..sebab bila dah keluar kerja, ramai orang akan assume kita dah berpunya.."

bunyi macam logik kan.? boleh diterima akal juga la..sebab bila dah kerja, kita mungkin sibuk dengan kerja hingga lupa pasal jodoh..


ada orang cakap :

"buat apa nak fikir pasal jodoh..kalau ada jodoh, dia datang la nanti..kita doa la.."

betul ke.? simple sangat tu..entah la..analoginya macam kita lapar nak makan..lepas tu kita duduk je dan berdoa berdoa berdoa..boleh kenyang la macam tu.? =.='..


kawan saya lagi sorang pernah cakap :

"cinta ni perkara remeh..benda kecik..banyak lagi benda besar kita nak fikir..."

is it.? cinta ni perkara remeh ke.? hm...kalau saya, pendapat saya dengan dia ni memang susah nak sama..ada je yang akan digaduhkan..hahaha..tapi betul juga tu..cumanya, jangan terlalu pandang remeh benda yang kecik..sebab yang besar itu asalnya dari yang kecil..dan pandai-pandai la seimbangkan..betul tak.? entah la =.='..but still..SAY NO to couple before nikah.!!!!!!!!!!!!!!!!
________________________________________________________________

so, itu antara pendapat mereka berkenaan CINTA..anda pula bagaimana.??? feel free to leave your view :)
sehingga berjumpa lagi di entri akan datang..



caption : hati yang kering tak bermakna tiada lembapan..


bingkisan hati : biasanya orang akan cakap cinta Allah..tapi harini saya bercakap soal cinta manusia..sebab cinta Allah tu sound so cliche..kan.? *peace*



Wednesday 5 March 2014

bidadari dunia :)

Assalamuaalaikum...
Bismllahirramnirrahim....

gembira..seronok..bahagia :D
terima kasih bidadari kecil....
mereka menceriakan..mereka membahagiakan..
mereka membawa sinar dalam hidup..
benarlah..ukhwah itu bukan setakat di sini..tapi ia sampai bila2..



wahai bidadari kecil Dia..
terima kasih kerana membawa bahagia..
terima kasih kerana membawa ceria..
terima kasih kerana mengubat duka..
terima kasih tidak terhingga....

bidadari kecil itu..
nampak biasa-biasa sahaja..
tapi mereka banyak mengajar erti dunia..
banyak mengajar diri semua..
menjentik hati yang mendengarnya..
membawa ceria sejuta warna..

wahai bidadari..
terima kasih..
terima kasih

Mizah yang periang..
Honey yang manja..
Qila yang banyak celoteh..

terima kasih tidak terhingga........



because you girls fill my empty heart with lots of love :')


bingkisan hati : terima kasih..terima kasih ^.^


credit to : Mizah, Honey, Qila :)



Tuesday 4 March 2014

kids..

Asslamaualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim...

so..my last post was about Educare..Syurga Cinta :)..
my days being there were the most precious memories for me..
kids..they are curious on everything..

harini saya nak share cara untuk deal dengan kanak2..semua ni antara yang saya dapat dan praktiskan speanjang bekerja di Educare..so, here they are :

1) JANGAN marah
bagi saya, adalah normal bila kanak2 ni nakal dan buas..sebab mereka sedang dalam proses membesar..so, kita TAK BOLEH marah mereka..sebab nanti mereka akan takut untuk mencuba..let them try..kalau dikatakan suatu perkara tu salah, JANGAN terus halang..tapi terangkan dengan logik akal..mereka faham :)

2) BIASAKAN ucap terima kasih dan "tolong"
kanak2 ni suka membantu..bila nampak kita buat kerja, ada yang akan offer untuk tolong..so, biasakan ucap terima kasih atas pertolongan mereka..sebab mereka akan rasa dihargai..kalau nak minta tolong mereka, guna perkataan "TOLONG"..dan gunakan nada lembut supaya ia tak kedengaran seperti mengarah..latih adab sopan dalam diri mereka dengan cara percakapan kita..and then they will be happy to help again next time..

3) BIASAKAN usap
biasakan usap kepala dan bahu atau pipi mereka bila berbicara atau tegur kesalahan mereka..sebab mereka akan rasa dekat dengan kita..dan insyaAllah apa yang kita cakap akan sampai ke hati mereka :)

4) JANGAN berat sebelah
perkara biasa bila adik2 ni bergaduh dan nangis..so, JANGAN pernah berat sebelah..dengar dari kedua belah pihak dan damaikan mereka..(suruh dorang salam masing2..)..tegur kedua belah pihak..kalau dikatakan memang satu pihak itu salah, JANGAN tegur dia di hadapan orang lain..cakap dengan dia secara sendirian..guna nada lembut dan usap bahu dia..terangkan dengan logik sebab dan musabab kenapa perbuatan dia salah :)

5) be a mother, sister, teacher, and a best friend
to conquer their heart, be like them..make them feel comfortable..sentiasa selang seli dengan nasihat..always hear them..share stories with them..


masa musim exam, hampir sebulan saya tak ke Educare..masa saya pergi rabu tu, terharu dengan sambutan adik2..ramai juga yang mengadu kakak yang jaga tu garang..mesti asyik kena marah..and saya nampak dia mmg garang pun :p..haha..and insyAllah cara yang saya praktis tu berkesan..sebab yang jaga sorang tu cakap "tengok.!! masa saya buat kerja, dorang taknak tolong pun..and ada akak hari ni, senang je dorang ikut cakap akak.." Alhamdulillah..Dia mudahkan :)

so, itu antara perkara yang saya dapat sepanjang "bekerja" di Educare..kalau ikutkan, perngalaman tu memang tak ternilai harganya..the memories that taught me a lot..

Educare & i-Musleh : tempat di mana terlahirnya insan hebat untuk Islam..insyaAllah :)


love is in the air


bingkisan hati : apa yang mereka buat sekrang.? do they miss me.? coz now i already miss all of them..