Saturday 24 March 2012

sabar itu indah kan =)

Assalamualaikum....
Bismillahirrahmanirrahim......

marah itu mainan syaitan nak lalaikan kita daripada terus bersyukur atas nikmat Allah..sentiasa menguji kesabaran manusia..syaitan ni jahat..........kita selalu cakap, "sabar pun sabar la jugak..tapi sabar pun ada batas..aku dah tak boleh sabar dah ni"..so, ada ke istilah batasan sabar ni.? =)

sebenarnya, istilah batas sabar ni tak pernah wujud terutama kepada orang beriman..ianya cuma satu daripada helah syaitan untuk "membenarkan" kita hilang sabar..hakikatnya, sabar tak pernah ada batas..dan, hamba yang baik adalah yang berterusan sabar tanpa rasa jemu..kerana apa.? kerana dia percaya setiap yang berlaku ada sebab dan hikmah..kerana Allah takkan pernah membenarkan sesuatu perkara berlaku tanpa sebab..dan orang yang beriman itu juga tahu bahawa Allah sentiasa bersama  dengan orang yang sentiasa sabar..Rasulullah SAW pernah hilang sabar tak.? tak pernah kan..kerana baginda yakin dengan Allah =)


 يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا اسْتَعِيْنُوْا بِالصَّبْرِ وَ الصَّلاَةِ إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِيْن
Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan shalat; sesungguhnya Allah adalah beserta orang-orang yang sabar.
(Al-Baqarah ayat 153)


sabar itu indah sangat..percayalah cakap saya..kerana orang yang bersabar ini sentiasa disayangi dan dikasihi Allah..Allah kasih hamba-Nya yang sentiasa sabar..best la bila Allah kasihkan kita..kan.?? =D..siapa cakap sabar ni susah.? sabar ni senang sangat bila kita yakin dengan Allah..so, kalau siapa-siapa yang rasa sabar tu berat, jom kita muhasabah diri sama-sama..mungkin iman kita perlukan suapan rohani..solatlah minta bantuan daripada Dia..ingatlah, its never late to change for better  =)

tapi, setiap manusia ada kelemahan masing-masing..janganlah pula kita bebas nak buat apa sahaja dengan alasan, sabar itu tiada batasan..dan orang lain boleh terus unutk bersabar..sebab tu la Allah bagi kita akal..nak bezakan kita dengan haiwan..tapi, pilihlah untuk menjadi insan..kerana insan itu adalah manusia yang berfikir..bukanlah hanya manusia yang tahu memikirkan diri sendiri sahaja, pentingkan diri semata-mata..fikirkan juga keadaan orang lain..because life is all about give and take..what you give are what you get =)


indah hidup kerana bahagia...indah iman kerana sabar...
(kerana sabar itu separuh daripada iman ^^v)


bingkisan hati : jangan diukir sabarmu di atas pasir pantai kerana ia akan hilang disapu ombak dunia..tapi ukirlah sabarmu di lampiran iman kerana di situlah tersematnya keyakinan pada Allah yang Maha Melihat sabarmu dan percayalah, ianya TAK AKAN PERNAH terpadam =)


Wednesday 14 March 2012

tenanglah wahai hati

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim........

sedih kan bila kita sedar kita ni banyak kekurangan..sedih kan bila kita tengok orang lain banyak kelebihan..sedih kan bila rasa diri ni tak setanding orang lain...sedih kan.???

kita cakap kita percaya kat Allah..tapi, kesdihan tu sendiri dah cukup mebuktikan yang kepercayaan kat Dia tu still tak cukup..sahabat, setiap orang ada baik buruk masing-masing..Allah dah tetapkan setiap orang punyai kelebihan tersendiri..dan setiap pandangan manusia itu berlainan..mungkin ada yang melihat kelemahanmu sebagai satu kelebihan..dan begitu juga sebaliknya..



Tiga orang pandang keluar tingkap yang sama... 

tapi setiap mereka melihat perkara berlainan :
Seorang melihat tanah.. 
Seorang melihat pokok.. 
Seorang melihat awan.. 

Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza.. 
so, jangan pernah kecewa andai apa yang orang nampak tak sama dengan apa yang kita nampak..kerana setiap satunya ada keistimewaan tersendiri =D


so, bersyukurlah atas apa sahaja yang dirimu miliki..pentingkan bagaimana Allah melihatmu di sisi-Nya..bukan melebihkan pandangan manusia terhadapmu..jom lakukan segalanya kerana Allah..baiki dirimu kerana-Nya..insyaAllah seluruh dunia akan menyayangimu..ok.? =)


"Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan..
Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, rasa bahagia dengan ujian walaupun perit.."


bingkisan hati : kelemahan yang dilihat orang atas dirimu itu, insyaAllah diri ini melihatnya sebagai satu kelebihan..jom sama-sama capai redha Allah ^^v



Thursday 1 March 2012

peringatan bersama

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim.......

manusia...
salah satu daripada ciptaan Allah yang sangat unik dan kompleks..walau punya rambut sama hitam, kulit sama coklat, tapi hati setiap orang adalah berlainan..senang mencari kesalahan orang..kerana diri itu sendiri takutkan kejatuhan..so, terus berusaha naik dengan menjatuhkan orang lain..fikir dialah terbaik..mahu dialah terhebat..

insan..
selalu lupa akan kelemahan sendiri..kerana perkataan insan itu sendiri membwa maksud pelupa..mencari kelemahan orang satu kehebatan bagi dirinya..kerana dia itu terlupa, tiada yang sempurna, serupa dengan dirinya..lupa untuk bersyukur pada Allah yang mencipta..bongkak, angkuh, takbur yang menjadi makanan harian rohani..kesombongan menjadi raja di hati..semuanya hanya kerana secebis rasa bernama ego..

ingatlah.......
sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa..mungkin kita boleh sorokkan sesetengah perkara daripada orang lain..tapi, Dia Maha Melihat..bila-bila masa sahaja Dia boleh bongkarkan segalanya..jangan pernah fikir segala kejahatan yang kita buat tu tak akan dapat balasan..mungkin kita bebas hari ni..tapi esok.? tunggu je la.........


p/s : maruah orang lain, jangan kita nak permainkan..kerana setiap orang punya rasa malu dan segan..jangan nak cakap belakang, burukkan sesama sendiri..just make yourself at her/his place..you will know how it hurts you a lot..but for me, i choose to be a silencer..pretending like i know nothing..even in fact, it really hurts me..but, its ok..Allah always with me..i believe that =)



 for  muslimin, same goes to you..be a muslim..a real muslim =)



bingkisan hati : sekadar satu teguran kepada sesiapa sahaja yang terasa, termasuk diri ni juga..ampun maaf andai terkasar ok..kerana diri ni mahukan dirimu menjadi lebih baik..kita kan khalifah ^^v