Friday 12 December 2014

kisah Bangkok : cerita dan pengajaran

Assalamualaikum..
Bismillahirrhmanirrahim...

Beberapa daripada sahabat saya baru sahaja pulang dari Bangkok..makanya banyak cerita yang dikongsi...dan ada beberapa yang boleh buat saya tersentak dan terharu..sampaikan ada tahap nak menangis..over kn.? haha..tapi itu kenyataan..oleh itu, ini antara ceritanya

_____________________________________________________

cerita 1 :

mereka ke salah satu tempat tarikan di Bangkok ; Grand Palace..it is a complex of buildings at the heart of Bangkok, Thailand. The palace has been the official residence of the Kings of Siam (and later Thailand) since 1782. -wikipedia-



A : wei..aku rasa macam menyesal je masuk dalam ni..mahal kot sampaikan 500baht (bila ke RM, around RM50)..tapi tak ada apa pun..sekadar bangunan camtu je..macam tak dapat apa-apa je..kita tengok mereka sembahyang dalam tokong..
B : cuba kau tengok betul-betul..kau mesti dapat sesuatu..masuk dalam ni, aku sedar sesuatu..dalam dunia ni, ramai lagi yang masih tak dapat Islam..ramai lagi non-muslim..so bersyukurlah dengan nikmat iman dan islam yang kita ada..
A : *sentak*


betul..masih ramai lagi yang masih tak islam..dan kita perlu sentiasa bersyukur atas nikmat iman dan islam yang kita ada..sebab itu adalah nikmat terbesar dari Dia..makanya kita mesti menjaganya..

_____________________________________________________

cerita 2 :

ada suatu malam tu, seorang daripada mereka diserang asma pada jam 1 pagi..terjaga kerana tak mampu bernafas langsung..kerongkonya seakan tersekat dan tiada aliran oksigen mampu lalu..Allahu..sakit..air matanya mengalir tanpa henti..dia cuba kejutkan sahabatnya tapi kerana tenaga yang terbatas, semua seolah-olah sia-sia..berbekalkan tenaga yang berbaki, dia merempuh pintu bilik dan berharap agar udara di luar mampu melegakan..Alahmdulillah tidak lama kemudia dia beransur bernafas seperti biasa..

saya tanya dia..
saya : wei..apa yang kau fikir mase tu.??
dia : aku fikir mati la..sebelum ni ada jugak kena 2,3 kali..tapi mase tu sebab aku batuk..so aku ingatkan sama la..tapi bila dah lama sangat, aku dah takut dan baru tahu yang aku diserang asma..dan yang paling terkesan, masa tu la baru aku tahu nikmat oksigen yang Allah bagi selama ni..selama ni aku tak bersyukur sangat bila dapat bernafas..bila Allah tarik je nikmat tu kejap, terus terkial-kial...


cerita ni buat aku banyak tersentak..kita manusia jarang nak bersyukur dengan nikmat yang setiap masa kita dapat..tapi kita kerap mengeluh atas nikmat lain yang kita tak dapat..kalau nak dihitung, banyak nikmat Dia yang kita ada ; kita masih hidup hari ini..masih mampu bernafas..masih mampu berdiri..masih mampu berjalan..masih mampu menulis menaip..masih mampu melihat..masih mampu bercakap...Allahu..banyak..tak terhitung..

_____________________________________________________

cerita 3 : 

masalah utama di sana adalah apabila adanya batas bahasa..di Thailand, penduduk di sana tidak fasih atau tidak mampu untuk faham dan bertutur bahasa Inggeris (English)..dan sahabat saya pula tidak pandai bercakap mahupun faham bahasa Thailand..oleh itu, makanya mereka terpaksa berbual macam ayam dan itik..terpaksa menggunakan segala bahasa isyarat tangan dan mulut dan tubuh badan yang mampu mereka buat..lawak pun ada..haha..tapi itulah kenyataan..kita perlu keluar dari zon selesa..selama ini terlampau selesa dengan sekeliling kita..bila dicampak keluar, waktu itulah kita akan menggunakan segala skill yang kita ada untuk terus hidup =.='

tapi ada satu yang saya belajar : bahasa yang paling mudah dan semua orang faham adalah SENYUM..bila tak mampu nak jawab apa-apa, SENYUMLAH..bila tak mampu nak bercakap apa-apa, SENYUMLAH..kerana semua manusia faham bahasa SENYUM :D..dan senyuman itu boleh melegakan hati setiap insan...~


_____________________________________________________


itulah antara cerita yang saya dapat daripada mereka...apa yang diceritakan hanya sedikit sahaja..dan jika dibaca dan dilihat, mungkin kita akan dapat pengajaran dari sudut lain..contohnya : dah tahu asma, bawa la ubat awal-awal..early preparation always crucial..kan.? so, ayuh baca sambil berfikir :)

Allah suruh kita banyak merantau dan meilhat keindahan Dia ciptakan..oleh itu, berjalanlah dan jangan berhenti melihat alamnya..sentiasa kaitakan segala yang kita nampak dengan Dia..insyaAllah perjalanan kita itu tidak sia-sia :)


Lopburi : from them to you : a field of sunflowers..benarlah hanya dengan melihat alam, hati akan menjadi tenang


bingkisan hati : bersyukur, bersyukur dan terus bersyukur..sentiasalah tersenyum..sekurangnya kita tidak menyakiti orang lain :)