Wednesday 28 September 2011

jodoh (part II)




entri saya yang lepas cuma intro sahaja..saya yakin, bila sebut sahaja pasal jodoh, mesti ramai yang berminat kan.? =)..hmmmm..bahagian II ni, saya nak kongsi sesuatu..sekadar perkongsian ilmu yang tak seberapa ni..jodoh vs kelemahan~

kita semua tahu, manusia tu tak sempurna dan TAKKAN pernah kan..walau sekaya mana pun dia, walau sebaik mana pun dia, walau secantik mana pun dia, dia tetap akan ada kelemahan walau sedikit..kerana Allah dah ciptakan kita dengan kelemahan dan kelebihan masing-masing..sahabat pernah sedar tak, kelemahan apa yang sahabat miliki.? kalau tak pernah sedar, jom kita sama-sama fikir, apa kelemahan yang kita miliki..kerana ada yang menarik tentang kelemahan-kelemahan tu..nak tahu.? jom =)

pernah dengar soalan ni tak.?
"Tahu kenapa Allah ciptakan ruang di antara jari jemari kta.? sebab ada orang yang akan mengisi ruang-ruang tu dengan jemarinya"..sweet kan.? tapi sahabat pernah terfikir tak apa kaitannya dengan kelemahan kita.? bayangkan ruang kosong tu adalah kelemahan kita..akan ada yang akan seimbangkan kelemahan kita dengan kelebihan dirinya..dan kita pula akan seimbangkan kelemahan dia dengan kelebihan kita..ini barulah sweet yang sebenar..Allah tu hebat kan.? Dia Maha Mengetahui =)


so, hidup kita sempurna la kan.? insyaAllah tak ada kelemahan lagi sebab semua ruang kelemahan tu dah tertutup ^^v

hm...kita sering mahukan jodoh yang sempurna..pasangan yang lengkap agamanya, romantik, cantik, hensem, baik, sopan, dan macam-macam lagi..tapi, kalau pasangan kita tu sempurna, macamana dia nak imbangkan kelemahan kita.? nanti, kita akan rasa down, lemah semangat nak hidup sampai syurga dengan dia..sebab ape.? sebab kita rasa tak layak dengan dia..sebab kita rasa kita tak hebat macam dia..perkara macam ni memang akan berlaku..sebab memang fitrah manusia tak suka sentiasa berada di bawah tau..so, jom sama-sama kita muhasabah diri ^^v

rasanya sampai di sini sahaja untuk part II..nak tahu apa yang akan saya kongsikan untuk part III.? insyaAllah..kita sama-sama tunggu ye =)

p/s : sesungguhnya, memiliki kelemahan itu sangat disyukuri..kerana ini menyedarkan akan hakikat kita sebagai hamba Allah yang lemah..tak mampu bergantung atas diri sendiri..kita perlukan Allah dalam menghadapi kehidupan..yang pasti, kelemahan akan menjauhkan kita dari rasa takbur dan riak serta bangga diri..insyaAllah.......


bingkisan hati : siapa jodoh saya.? hanya Allah yang tahu =)


cinta kerana Allah..kerana cintaNya membawa ke syurga~
(cinta halal tanpa maksiat)



Saturday 24 September 2011

jodoh (part I)

carilah seorang yang mencintaimu dengan kelemahan yang ada..andai dirinya melatah sebelum ikatan perkahwinan itu terjalin, bermakna Allah nak tunjukkan bahawa dirinya bukan untukmu..carilah pasangan yang tahu indahnya sabar..kerana dia akan membantumu untuk menjadi hamba yang penyabar..andai dirimu masih ragu-ragu akan jodohmu, mohonlah dengan Allah Tuhan Yang Satu..kerana Dia tahu apa yang terbaik untukmu..dirimu layak untuk yang lebih baik

istikarah -> petunjuk -> kurang pasti -> Allah membantu teguhkan keputusan melalui naluri hati

*aku tak pernah nak ambil tahu akan nilai diriku di matamu..kerana aku lebih pentingkan nilaiku di hadapan Allah..don't ever dream to be the one when you never appreciate the beauty of patient

p/s : random advice =) -STRICTLY NOT FOR COUPLES.!!! untuk mereka yang masih mencari cinta hakiki, menghalalkan segalanya dengan ikatan perkahwinan..Islam never said 19 years old one is not allowed to be married..Islam said that couple before married is haram =)



bingkisan hati : nak tahu apa maksud post kat atas.? akan disambung pada entri akan datang =)



Tuesday 20 September 2011

random advices =)



"Allah turunkan hujan untuk hadiahkan kita pelangi"

tapi, dengan syarat kita mestilah sabar..sebab itulah sabar adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya..mungkin amat mudah untuk mengucapkan sabar di bibir..tapi, hatilah yang menderita..hatilah yang terpaksa menanggung segalanya..sesungguhnya Allah sangat sayangkan hambaNya yang banyak bersabar..sabar itu indah tau sahabat-sahabat..nak tahu macamana rasanya.? cubalah..kerana dengan sabar, kita rasa sangat dekat dengan Allah..kasih sayang Dia dapat dirasai masa itu =)

minggu lepas, saya diuji dengan satu ujian yang mampu mebuatkan saya sendiri mengalirkan air mata..tapi hari ini, saya diberikan kegembiraan olehNya..syukur Ya Allah..sesungguhnya ukhwah itu sangat manis bila dijalinkan keranaMu..ingatlah sahabat, kasih sayang Allah itu tiada batas..manusia mungkin mudah berkira untuk melakukan sesuatu ibadah..pelbagai alasan diberikan walau hanya untuk memberi sedekah cuma sedikit..tapi, Allah TAK PERNAH berkira dengan kita..walaupun kita selalu terleka mengingatiNya, Dia tetap curahkan rahmatNya ke atas kita..tak pernah putus..Allah itu baik kan.?  ^^,

sesetengah ujian mungkin terasa berat..tapi, ingat ye sahabat sekalian..Allah TAKKAN PERNAH menguji hambaNya melebihi kemampuan seseorang itu..kerana Dia tahu setakat mana kemampuan kita menerima dan menggalas ujian itu..bersangka baiklah pada Allah..kerana Dia adalah seperti yang kita sangkakan..kita sendiri tak suka kalau orang lain bersangka buruk pada kita kan.? inikah pula Dia..Dia dah bagi kita bermacam rahmat dan kebaikan..sanggup pula kita fikir buruk kat Allah..terukkan kita.? Allah dah baik sangat dengan kita Y.Y

hm..entri kali ni pendek sahaja..sekadar berkongsi pendapat dan pengalaman hidup..dan ianya mungkin nampak sedikit tak tersusun..tapi, tujuan saya adalah nak ajak sahabat-sahabat semua muhasabah diri masing-masing..saya pun tak terkecuali..sama-samalah kita menjadi yang terbaik untukNya..insyaAllah....=)

by the way..nak ucap selamat menyambut minggu final exam untuk semua student Multimedia Universiti..kepada sahabat-sahabat, masih ada masa lagi untuk study..better late than never..sesungguhnya Allah bersama hambaNya yang berusaha..inyaAllah usaha itu keranaNya..lastly, bittaufiq wannajah =)


*final exam schedule for BETA : Electronic Engineering Major in Telecommunication
20/9/11 : circuit theory
21/9/11 : field theory
22/9/11 : computer application
23/9/11 : engine maths 1
26/9/11 : electronics 1

doakan kami ye sahabat -sahabat semua =)



setiap detik adalah ujian..hargai setiap detik yang kita lalui..jangan bazirkan usia yang makin bertambah =)




bingkisan hati : 2.46 am..not sleeping yet..may tomorrow will be ok in exam hall..insyaAllah ^^v



Sunday 18 September 2011

isu couple lagi.?

Alhamdulillah..lebih tenang dan rilex..post sebelum ini mungkin terlalu emosional..tapi sekarang aku sedar dan yakin akan jodoh yang Allah tentukan..kerana Dia tahu apa yang terbaik untukku..mungkin ada yang Dia simpankan untuk aku..seseorang yang lebih baik..Alhamdulillah..InsyaAllah =)

pelik apabila melihat bagaimana seseorang boleh berpasangan (couple sebelum kahwin maksudnya), tapi dalam masa yang sesuai menyatakan keyakinan jodoh Allah terhadap diriNya..nampak tak kaitannya di situ.?hurm :|..yakin, tapi buat sesuatu yang menunjukkan ketidakyakinannya itu..manusia ni pelik kan.? sesuai la dengan maksud insan..insan = pelupa..mungkin dia lupa kenyataan yakin dia tu..moga Allah kuatkan ingatannya =)

bukan nak cakap diri ni baik sangat bila tegur sahabat-sahabat yang couple ni..tapi, kan Allah suruh hambaNya membenci maksiat.? Allah cakap, kalu kuat, boleh guna kuasa (pangkat)..tapi saya tak ada kuasa nak guna..then Allah cakap lagi, kalau tak ada kuasa, gunalah lisan..tapi saya ni lemah..tak berani nak tegur secara terus..lepas tu, Allah bagi saya peluang terakhir, tegur guna hati..tapi tu selemah-lemah iman la..dan tu je yang saya mampu buat sekarang..iman saya tak kuat macam sahabat-sahabat lain..so, saya cuma mampu tegur maksiat guna hati je la..( lemahnya diri ni Y.Y )..tapi, ingat tau semua..ALlah bukan tujukan perintah ni kat saya je..Allah perintahkan hambaNya..so, siapa hamba Dia.? kita semua la kan.? =)

eh..tapi semua mesti ingat..maksiat tu luas..couple tu salah satu dari cabang maksiat je..tapi, saya pilih couple sebab sekarang benda ni dah jadi trend kan.? hebat sangat eh ada couple ni.? boleh kongsi masalah ke..hm..Allah kan ada..rasa dilindungi.? Allah lagi hebat tau..Dia lindungi kita setiap waktu, setiap masa..lagi selamat tau..ape lagi ye..oleh manja-manja.? maknanya, couple ni cam mesin kumpul dosa la kan..tak best langsung =.='..

ni saya ada satu post dari FB nak kongsi dengan sahabat semua =)

hebat sangat ke bila ade couple.? nak berlagak depan mata manusia boleh la..cuba jawab depan Allah..korang ada jawapan ke.? fikir la kawan2..jodoh tu Allah yang pegang..jangan nak berlagak dengan Allah la..kita ni kecil je..kalau betul2 sayang, cinta, buat dengan cara betul..nikah..then sume akan jadi halal..Islam tak pernah bagi umur sesuai untuk kahwin..tapi, korang dah sedia ke.? if dah sedia, proceed dengan pernikahan 
p/s : random opinion..no heart feeling ^^v

haaa...sekarang korang jawab la..speechless.? saya pun speechless jugak =.='

bukan nak cakap diri ni baik sangat..sebab saya pernah rasa semua tu..dulu saya pernah terlibat dengan benda-benda haram ni..masa tu, rasa dunia ni saya yang punya je (=.=')..bahagia konon..24jam mesej, call lagi..masa tu, dosa pahala entah ke mana..tapi, Allah lebih sayangkan saya..Dia bawa saya ke jalan yang betul..saya dididik dengan ilmuNya tentang haram couple ni..dan..saya rasa Allah juga sayangkan sahabat semua..cuma itu terpulang pada diri awak sendiri samada nak terima kasih sayang itu atau tak..single is better, double is trouble =)
(*rase hina bila ingat perbuatan masa couple dulu..walaupun cuma pernah couple sekali SAHAJA.!!! Y.Y)


Allah kurniakan kita dua tangan, dua mata, dua kaki, dua telinga..tapi kenapa Dia cuma kurniakan satu hati pada kita.? kerana satu hati lagi ada pada si dia jodoh kita..

tahu kenapa ada runag di antara jari-jari kita.? kerana akan ada yang melngkapi ruangan itu nanti =)

sucikan hubungan itu dengan pernikahan =)


sampai sini sahaja untuk post kali ini..InsyaAllah saya akan update untuk tajuk lain pula pada masa akan datang..ada sebarang idea, soalan dan pendapat.? boleh aje...email je kat sini shahida.malini@yahoo.com..atau boleh terus comment kat bawah..syukran =)
(*minta maaf..saya tak pandai nak link terus perkataan ke mana-mana Y.Y)




bingkisan hati : entry kali ini mungkin lebih sempoi =)






Friday 16 September 2011

coretan seribu rasa





tak ada guna menangis air mata darah..tak ada guna meratap dalam lelah..tak ada guna merintih hingga lemah..segalanya dah tersurat..akhirnya aku sendiri kalah dengan diri sendiri..kalah dengan pendirian yang aku sendiri pegang..kalah dengan ego aku sendiri..

bila bercakap mengenai kasih, kaitannya adalah sayang..bagaiman dari kasih timbulnya sayang..dan bagaimana dari sayang itu sendiri timbulnya kasih..kasih sayang itu sendiri mengalir tenang di segenap urat nadi darah..bagaimana dengan perjalanan kasih dalam darah itu sendiri membawa kepada seribu rasa dalam jiwa..

fitrah sebenar seorang perempauan adalah lemah lembut..bohonglah andai dikatakan seorang perempuan itu bangga menjadi dirinya yang kasar..akan terdetik juga dalam hatinya untuk menjadi bidadari dunia..bidadari muslimah yang dihormati dengan sifat muslimahnya..sopannya, santunnya..

pedih rasanya apabila ditolak mentah kerana diri yang tidak setanding dengan kelembutan perempuan lain..hina rasanya diri ini bila menjadi bahan ejekan hanya kerana dirinya tak sesopan perempuan lain..hanya tangisan mampu menjadi peneman setia..dan selepas itu, akan bangkit kembali dengan jiwa yang lebih tabah..mengharungi liku hidup yang kian mencabar...

betul..aku tahu kekurangan yang aku sendiri miliki..kekurangan ciri-ciri muslimah idaman setiap perempuan..ciri-ciri yang perlu ada untuk seorang bernama lelaki..
setiap orang mahukan insan yang sesempurna mungkin untuk dijadikan pasangan hidup..dan kerana kekurangan aku sendiri, mampukah aku untuk menjadi pasangan itu.?

sabarlah wahai sahabat..aku sedang berusaha untuk berubah..berubah bagiku sangat sukar..sangat berat untuk aku lakukannya...berilah aku masa..berilah peluang untukku menjadi seorang yang baru..iringilah doa kalian bersamaku..usahaku tanpa bantuan kalian amat berat untukku..dan andai ditakdirkan impian ini tak tercapai, iringilah pemergianku dengan doa keselamatan untukku di akhirat sana..moga diriku aman disamping-Nya........................


p/s : jadilah seorang yang mengikut fitrahNya..kerana di situlah tersimpannya seribu kekuatan



bingkisan hati : dalam setiap kekasaran, tersimpan kelembutan walaupun cuma sedikit