Friday 16 September 2011

coretan seribu rasa





tak ada guna menangis air mata darah..tak ada guna meratap dalam lelah..tak ada guna merintih hingga lemah..segalanya dah tersurat..akhirnya aku sendiri kalah dengan diri sendiri..kalah dengan pendirian yang aku sendiri pegang..kalah dengan ego aku sendiri..

bila bercakap mengenai kasih, kaitannya adalah sayang..bagaiman dari kasih timbulnya sayang..dan bagaimana dari sayang itu sendiri timbulnya kasih..kasih sayang itu sendiri mengalir tenang di segenap urat nadi darah..bagaimana dengan perjalanan kasih dalam darah itu sendiri membawa kepada seribu rasa dalam jiwa..

fitrah sebenar seorang perempauan adalah lemah lembut..bohonglah andai dikatakan seorang perempuan itu bangga menjadi dirinya yang kasar..akan terdetik juga dalam hatinya untuk menjadi bidadari dunia..bidadari muslimah yang dihormati dengan sifat muslimahnya..sopannya, santunnya..

pedih rasanya apabila ditolak mentah kerana diri yang tidak setanding dengan kelembutan perempuan lain..hina rasanya diri ini bila menjadi bahan ejekan hanya kerana dirinya tak sesopan perempuan lain..hanya tangisan mampu menjadi peneman setia..dan selepas itu, akan bangkit kembali dengan jiwa yang lebih tabah..mengharungi liku hidup yang kian mencabar...

betul..aku tahu kekurangan yang aku sendiri miliki..kekurangan ciri-ciri muslimah idaman setiap perempuan..ciri-ciri yang perlu ada untuk seorang bernama lelaki..
setiap orang mahukan insan yang sesempurna mungkin untuk dijadikan pasangan hidup..dan kerana kekurangan aku sendiri, mampukah aku untuk menjadi pasangan itu.?

sabarlah wahai sahabat..aku sedang berusaha untuk berubah..berubah bagiku sangat sukar..sangat berat untuk aku lakukannya...berilah aku masa..berilah peluang untukku menjadi seorang yang baru..iringilah doa kalian bersamaku..usahaku tanpa bantuan kalian amat berat untukku..dan andai ditakdirkan impian ini tak tercapai, iringilah pemergianku dengan doa keselamatan untukku di akhirat sana..moga diriku aman disamping-Nya........................


p/s : jadilah seorang yang mengikut fitrahNya..kerana di situlah tersimpannya seribu kekuatan



bingkisan hati : dalam setiap kekasaran, tersimpan kelembutan walaupun cuma sedikit





6 comments:

  1. aminn.. inshaALLAH.. =)
    semoga diberi yg terbaik dimataNya..

    ReplyDelete
  2. Dalam kekasaran i, i comel jugak u. Cute. Eh, samalah mcm u. :) at least u have ur own uniqueness u know!

    ReplyDelete
  3. zahhar : insyaAllah..semoga diberi kekuatan =)
    sis najlaa : thanks akak =)

    ReplyDelete
  4. hm, akhirnya ada juga post pasal ni.. betul apa yang gadis najlaa said, everyone have their own uniqueness, cuma jangan sampai memudaratkan diri sendiri dan orang lain, tapi takkan mujahidah Allah tak tahu kan? u r great inshaAllah.

    ReplyDelete
  5. tunerman : minta maaf ye..blh saya tahu ape mksud "akhirnya ada juga post pasal ni".? pasal ape ye.?

    ReplyDelete
  6. umumnya, tentang perwatakan wanita, kadang2 wanita yang kurang sifat lemah lembut seperti perempuan lain merasakan diri dia asing sedikit, tak semua, sebahagian.

    ReplyDelete