Monday 9 July 2012

nilai seorang SAHABAT

SAHABAT...

bukan sekarang tapi sebelumnya..
bukan esok hari tapi seterusnya..
bukan bersyarat tapi seikhlasnya..
bukan sementara tapi selamanya..

mencari rakan itu mudah..
tapi mencari sahabat itu payah..
kerana sahabat itu tidak mudah melatah..
sentiasa bersama dalam susah payah..

mencari sahabat itu impian hati..
tapi menjadi sahabat mesti didahului..
kerana yang mahu itu wajib menjadi..
barulah senang dapat apa yang dicari..

sahabat sejati sentiasa dinanti..
walau diri ini tak sempurna srikandi..
hanya harapan mekar di hati..
moga ianya tercapai suatu hari nanti..

tugas sahabat menegur kesilapan..
terimalah tegurannya tanpa terbeban..
jadikan nasihatnya sebagai hiasan..
sebagai sebuah hamparan kehidupan..

tugas sahabat juga menerima teguran..
walau si pemberi banyak kelemahan..
terimalah segalanya tanpa tentangan..
sematkan di hati untuk masa hadapan..


"seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain"


baik jadi kanak-kanak yang tak pernah tahu makna menjatuhkan sahabatnya..kerana bagi mereka, sahabat yang mereka ada adalah terbaik dan dia juga menjadi yang terbaik..how nice to be one of them =)


bingkisan hati : untuk mendapat seorang sahabat, kita mesti menjadi sahabat dahulu..kerana Allah itu Maha Adil..jom jadi sahabat yang baik ^^v