Sunday 28 July 2013

ujian/sekadar teguran

Assalamualaikum....
Bismillahirrahmanirrahim.......

Allahu...dah lama sangat tak update blog ni..rasa bersalah teramat dengan diri sendiri terutama rasa bersalah pada Allah sebab tak ada masa nak kongsi dengan korang semua..akhirnya saat ini diri menggagahkan hati untuk menaip..itupun sebab ada perkara nak diceritakan..dalam banyak2 cerita, ini yang paling terkesan..moga dapat diambil manfaat..
------------------------------------------------------------------------------------------------

27julai 2013 (11.57pm)
baru tiba dari Kuala Lumpur (KL). Selesai sudah program Siggah Sahur MMU Melaka..hati rasa terkilan, sedih..

------------------------------------------------------------------------------------------------

imbas kembali-

27 Julai 2013 (sekitar 8.10pm)
di Masjid Jamek, KL..setelah selesai menunaikan jamak takdim dan berbuka puasa, bergegas ke tempat kasut..Meletakkan phone di rak kasut dan mencapai sandal..Duduk kat bawah dan pakai sandal..then bergegas ke tempat berkumpul..Ramai2 ambil gambar kenangan bersama Weekenders..Kenangan bersama setelah petang tadi kami bersama2 melaksanakan Shantoh Ramadhan..(shantoh = menyegerakan berbuka)

27 Julai 2013 (sekitar 8.25 malam)
Tiba2 sedar phone tiada di tangan..Terus ke tempat rak kasut..tiada phone dijumpai..Tanya sekitar orang di situ..Tiada jejak.......Speechless
keadaan kecoh kejap di kalangan kawaan2..PHONE NINI HILANG.!!!! Allahu..tak tahu nak rasa apa..apa yg terlintas di fikiran cuma "korang, janganlah mainkan aku camni..tolonglah.."
tapi tu cuma fikiran sahaja..sebab hakikatnya, memang phone tertinggal di rak kasut tadi..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

hati berfikir..
kenapa bila ada suatu perkara baik nak dilakukan, Allah uji aku camni.???
kenapa bila ada suatu perkara ingin diubah, Allah uji aku camni.??
kenapa aku yg dipilih untuk diuji.?????

hati beristighfar..
kenapa perlu bersangka buruk dengan Allah.??

"Allah adalah seperti sangkaan hamba-Nya"

bak kata seorang sahabat..

"Allah nak bersihkan harta.."

hati dah tak dapat nak fikir secara normal..apa yang nak diberitahu mak ayah.?? kakak senior yang baik hati cuba memujuk..sahabat2 cuba menenangkan..cuma tangisan tetap mengalir..mungkin dalam hati..mungkin juga dalam sanubari..hanya Allah yang tahu..

aku boleh memilih untuk cuba bersangka baik dengan Dia..
mungkin ini adalah suatu teguran atas salah aku..
mungkin ini adalah satu ujian untuk menaikkan darjat imanku..
mungkin ada salah yang aku buat..
mungkin ini adalah ujian untuk menguji sejauh mana sangkaan baikku pada-Nya..
mungkin..mungkin..

dan akhirnya hanya 2 pilihan yang aku ada..
bersangka baik dengan Allah..percaya dengan ketentuan-Nya..berharap dan percaya bahawa Dia akan memulangkan kembali phone aku..
atau..
teruskan bersedih dan berputus asa..

dan aku memilih pilihan pertama..ya Allah..kuatkanlah hati ini dengan pilihan ini..sesungguhnya engkaulah pemegang hati2..amin.....


bingkisan hati : perkara yg nak ditekankan kat sini bukanlah tentang kehilangan phone saya..tapi perkara2 yang difikirkan tentang perkara ni..cuma sekadar berkongsi..

ada tinggalkan nombor phone kat akak kati situ..mohon doa dari semua agar si peminjam phone memulangkan kembali phone saya..amin..


s3 mini