Friday 23 December 2011

erti sebuah ikatan

langit tak selamanya cerah..
awan tak selamanya terang..
matahari tak selamanya memancar..
satu saat dikala hujan turun, langit akan menjadi gelap bila awan berarak berubah mendung kehitaman..dan matahari pula mengundurkan diri disebalik kelamnya alam~



dengarlah wahai insan............

aku tak mahu mengharapkan bahagia selamanya..
kerana duka mengajar aku erti secebis gembira..
aku tak sanggup suka sepanjang masa..
kerana duka juga mengajarku erti berharganya setitis air mata..

hidup dalam mencari itu mudah..
tapi untuk menemui yang tepat itu susah..
takkan ku cepat mengaku kalah..
kerana aku bukanlah seorang pejuang yang lemah..

mencari sebutir permata itu sukar..
tapi sukarnya masih tak dapat menandingi walau serpihan baki mutiara..
mohon semoga segalanya akan terus mekar..
hingga ke penemuan abadi di syurga..

usah dinilai pedihnya dalam kegagalan..
tapi lihatlah kemanisan kejayaan dalam kejatuhan..
jangan diimpikan hidup seindah khayalan..
kerana ujian mengajar erti sebenar sebuah kehidupan..

andai segalanya sampai di sini..
ku redha dengan takdir Ilahi..
kerana ku yakin segalanya ada hikmah tersendiri..
menguatkan lagi kekuatan iman di hati..

insan sejati mengajar erti setia..
yang meninggalkan dalam keadaan duka..
dan bukan hanya bersama dalam gembira..
kerana setianya ikatan itu ada walau dalam suka duka..


Rasulullah Shalallahu alaihi wa sallam mengingatkan:

“Perumpamaan teman yang shaleh dengan yang buruk itu seperti penjual minyak wangi dan tukang pandai besi. Berteman dengan penjual minyak wangi akan membuatmu harum karena kamu bisa membeli minyak wangi darinya atau sekurang-kurangnya mencium bau wanginya. Sementara berteman dengan pandai besi akan membakar badan dan bajumu atau kamu hanya akan mendapatkan bau tidak sedap.” (HR. Bukhari & Muslim).

hanya dengan sebuah persahabatan dapat mengajar aku erti sebuah kehidupan sebenar..
kerana sesungguhnya sahabat sejati itu sentiasa di hati =)


bersama melangkah menjalani liku kehidupan sebagai seorang muslim sejati ^^v


bingkisan hati : aku tak mengharapkan seorang sahabat yang sempurna..kerana diriku sendiri banyak kurangnya..tapi aku harapkan seorang sahabat yang dapat menerima segala kelemahan aku, dan aku akan turut menerima kelemahannya..supaya kami dapat bersama-sama memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik..terima kasih kepada yang sudi menjadi sahabatku dan memilih aku sebagai seorang sahabat..moga dirimu dan diriku sentiasa dalam rahmat-Nya..amin..insyaAllah.....ukhwah fillah abadan abada =)


Saturday 10 December 2011

itulah sahabat

sahabat..
bukan satu tapi beribu..
bukan dua tapi berjuta..
bukan tiga tapi tak terkira..

sering kita dengar keluhan yang sering keluar di bibir rakan-rakan..

'susah betul nak cari sahabat..'
'aku ingatkan dia sahabat aku..tapi sanggup dia buat aku macam ni..'
'bila la aku nak ada sahabat..'

dan macam-macam lagi..
kita sering mengharapkan kehadiran sahabat dalam hidup kita..kerana nilai seorang sahabat itu sangat tinggi walau dibandingkan dengan sejuta kawan, rakan atau teman..kerana sahabat ada dalam susah..sahabat hadir dalam duka..sahabat menjadi teman saat kecewa..setiap dari kita memang sangat menunggukan kehadiran sahabat..

tapi, satu perkara kita sering terlupa..kita terlalu leka mencari sahabat..tapi, pernahkah kita benar-benar menjadi seorang sahabat.??? bagaimana ingin mencari sahabat sedangkan kita hanya sekadar seorang kawan..bagaiman mahu mendapatkan sahabat sedangkan kita sendiri tak pernah menjadi sahabat..Allah itu Maha Adil sahabatku..what you gives are what you get..to have the one, you have to be the one.!!! =)

susah ke nak jadi seorang sahabat.? tepuk dada tanyalah iman =)


"sahabat sejati adalah yang mengagungkan walau secebis kebaikan orang lain..menutup sebesar-besar keburukan orang..serta berusaha dan terus berusaha untuk menjadi seorang sahabat terbaik..jadilah seorang sahabat sejati, maka kamu akan menemui sahabat sejati"




sahabat sebenar membantu orang untuk menjadi lebih baik..tak pernah memandang rendah akan orang sekeliling..sentiasa ada untuk membantu..
sahabat sejati tak akan pernah membawa masalah..tapi dialah yang akan menyelesaikan masalah..ada saat orang lain dalam kesusahan..
sahabat terbaik itu memahami..tak pernah mempertikai luaran..tapi mendalami dalaman orang dan memahaminya..

nampak macam susah kan.? tapi sebenarnya tak susah..apa yang penting, niat dan usaha untuk menjadi terbaik..kerana manusia terbaik adalah mereka yang berguna untuk orang sekeliling..dan itulah ciri utama seorang sahabat..

teruskan menjadi seorangs sahabat..yakinlah dengan hati bahawa kamu mampu untuk menjadi sahabat..dan insyaAllah, kamu akan menemui sahabat sejati =)


sahabat yang baik apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati Allah..mendengarkan kata-katanya, menambahkan ilmu..terlihatkan gerak-gerinya meninggikan takut kepada Allah..bersahabat dengannya berjuang di jalan Allah





bingkisan hati : jangan dinilai sejauh mana kualiti sahabat di dalam diri orang lain..tapi cerminlah sejauh mana nilai seorang sahabat di dalam diri kita sendiri =)



Friday 2 December 2011

pilihan, kesempurnaan, dan hati

hidup ni terlampau leka dalam memilih..memilih pastilah inginkan yang sempurna kan..kesempurnaan yang dicari untuk memenuhi hasrat hati..tapi, andai kesempurnaan tu tak dapat dicapai, sampaikah rasa itu ke hati.? sejauh manakah keikhlasan dalam menerima andai dengan satu kelemahan, sejuta kebaikan terus dipadam.? adakah diri kita ni sehebat Ratu Balqis hinggakan mendambakan lelaki sehebat Nabi Sulaiman.? adakah kita seorang Zulaikha sampaikan kita mahukan seorang seperti Nabi Yusof.?


kecewa dan terus kecewa apabila yang diharapkan 'dialah orangnya', tapi dialah yang banyak buruknya..kecewa apabila yang diharapkan terbaik tetapi banyak kurangnya..mengeluh dan terus mengeluh..itulah sikap manusia..terlampau asyik dengan kesempurnaan hinggakan terlena dalam menilik diri sendiri..sejauh manakah kesempurnaan kita hinggakan berani dalam mengutuk pilihan yang ada.? tak siapa tahu apa yang akan berlaku..kita hanya merancang sedangkan Allah yang menentukan..mungkin yang banyak kekurangan itulah akan terus berusaha memperbaiki diri dan menjadi yang terbaik..hati manusia tak siapa mampu duga tenang geloranya..

andai tersekat di peringkat kesempurnaan, mampukah hati untuk menerima secebis kelemahan.? andai melihatkan satu keburukan, tegarkah hati melepaskan segala kebaikan.? tak salah untuk mencari yang terbaik..kerana setiap insan punyai hak untuk memilih dan menentukan..tapi jangan terlampau leka dalam kesempurnaan hinggakan lupa untuk menyempurnakan diri sendiri..siapa kita, itulah dia..dan siapa dia itulah kita..because life is all about give and take..what you give are what you get..be the perfect one if you want the perfect one..tapi sedarlah..tak ada manusia yang sempurna..

hati manusia ni rumit..sekilas pandangan tak akan pernah mampu menangkap segala gelora di dalamnya..kadang-kadang, si pemilik hati itu sendiri tak tahu apa yang ada di dalam hatinya..kerana yang betul-betul memegang hati setiap insan adalah Allah..mahukan hati tetap dengan pilihan.? mintalah pada-Nya..berdoalah dan terus berdoa kerana Dia sangat cintakan hamba yang bergantung harap pada-Nya..menagis dan merintihlah di hadapan-Nya..kerana mungkin kerana terlampau leka dalam kehidupan, kita sendiri terlena dalam merintih pada-Nya..sesungguhnya Allah rindukan tangisanmu..tangisan bergantung pada-Nya..

pergilah wahai harapan..pergilah bersama seribu kesakitan..dan kembalilah berjumpaku lagi di pelabuhan penantian..andai itulah aturan terbaik untukku, itulah yang aku terima..kerana janji-Mu kupegang wahai Tuhan Pencipta Alam..peganglah hatiku, jangan pernah membenarkan diriku mengemudi hati ini sendirian..kerana hanya Engkaulah pengemudi hati yang terbaik..............


ku lepaskan segala harapan bersama sejuta kesakitan



bingkisan hati : jangan mencari pada kesempurnaan..kerana dengan kelemahanlah yang menyedarkan bahawa kita jugak tak sempurna..belajarlah untuk menerima kelemahan orang andai mahukan orang menerima sejuta kelemahan kita.....