Friday 2 December 2011

pilihan, kesempurnaan, dan hati

hidup ni terlampau leka dalam memilih..memilih pastilah inginkan yang sempurna kan..kesempurnaan yang dicari untuk memenuhi hasrat hati..tapi, andai kesempurnaan tu tak dapat dicapai, sampaikah rasa itu ke hati.? sejauh manakah keikhlasan dalam menerima andai dengan satu kelemahan, sejuta kebaikan terus dipadam.? adakah diri kita ni sehebat Ratu Balqis hinggakan mendambakan lelaki sehebat Nabi Sulaiman.? adakah kita seorang Zulaikha sampaikan kita mahukan seorang seperti Nabi Yusof.?


kecewa dan terus kecewa apabila yang diharapkan 'dialah orangnya', tapi dialah yang banyak buruknya..kecewa apabila yang diharapkan terbaik tetapi banyak kurangnya..mengeluh dan terus mengeluh..itulah sikap manusia..terlampau asyik dengan kesempurnaan hinggakan terlena dalam menilik diri sendiri..sejauh manakah kesempurnaan kita hinggakan berani dalam mengutuk pilihan yang ada.? tak siapa tahu apa yang akan berlaku..kita hanya merancang sedangkan Allah yang menentukan..mungkin yang banyak kekurangan itulah akan terus berusaha memperbaiki diri dan menjadi yang terbaik..hati manusia tak siapa mampu duga tenang geloranya..

andai tersekat di peringkat kesempurnaan, mampukah hati untuk menerima secebis kelemahan.? andai melihatkan satu keburukan, tegarkah hati melepaskan segala kebaikan.? tak salah untuk mencari yang terbaik..kerana setiap insan punyai hak untuk memilih dan menentukan..tapi jangan terlampau leka dalam kesempurnaan hinggakan lupa untuk menyempurnakan diri sendiri..siapa kita, itulah dia..dan siapa dia itulah kita..because life is all about give and take..what you give are what you get..be the perfect one if you want the perfect one..tapi sedarlah..tak ada manusia yang sempurna..

hati manusia ni rumit..sekilas pandangan tak akan pernah mampu menangkap segala gelora di dalamnya..kadang-kadang, si pemilik hati itu sendiri tak tahu apa yang ada di dalam hatinya..kerana yang betul-betul memegang hati setiap insan adalah Allah..mahukan hati tetap dengan pilihan.? mintalah pada-Nya..berdoalah dan terus berdoa kerana Dia sangat cintakan hamba yang bergantung harap pada-Nya..menagis dan merintihlah di hadapan-Nya..kerana mungkin kerana terlampau leka dalam kehidupan, kita sendiri terlena dalam merintih pada-Nya..sesungguhnya Allah rindukan tangisanmu..tangisan bergantung pada-Nya..

pergilah wahai harapan..pergilah bersama seribu kesakitan..dan kembalilah berjumpaku lagi di pelabuhan penantian..andai itulah aturan terbaik untukku, itulah yang aku terima..kerana janji-Mu kupegang wahai Tuhan Pencipta Alam..peganglah hatiku, jangan pernah membenarkan diriku mengemudi hati ini sendirian..kerana hanya Engkaulah pengemudi hati yang terbaik..............


ku lepaskan segala harapan bersama sejuta kesakitan



bingkisan hati : jangan mencari pada kesempurnaan..kerana dengan kelemahanlah yang menyedarkan bahawa kita jugak tak sempurna..belajarlah untuk menerima kelemahan orang andai mahukan orang menerima sejuta kelemahan kita.....




No comments:

Post a Comment