Friday 23 December 2011

erti sebuah ikatan

langit tak selamanya cerah..
awan tak selamanya terang..
matahari tak selamanya memancar..
satu saat dikala hujan turun, langit akan menjadi gelap bila awan berarak berubah mendung kehitaman..dan matahari pula mengundurkan diri disebalik kelamnya alam~



dengarlah wahai insan............

aku tak mahu mengharapkan bahagia selamanya..
kerana duka mengajar aku erti secebis gembira..
aku tak sanggup suka sepanjang masa..
kerana duka juga mengajarku erti berharganya setitis air mata..

hidup dalam mencari itu mudah..
tapi untuk menemui yang tepat itu susah..
takkan ku cepat mengaku kalah..
kerana aku bukanlah seorang pejuang yang lemah..

mencari sebutir permata itu sukar..
tapi sukarnya masih tak dapat menandingi walau serpihan baki mutiara..
mohon semoga segalanya akan terus mekar..
hingga ke penemuan abadi di syurga..

usah dinilai pedihnya dalam kegagalan..
tapi lihatlah kemanisan kejayaan dalam kejatuhan..
jangan diimpikan hidup seindah khayalan..
kerana ujian mengajar erti sebenar sebuah kehidupan..

andai segalanya sampai di sini..
ku redha dengan takdir Ilahi..
kerana ku yakin segalanya ada hikmah tersendiri..
menguatkan lagi kekuatan iman di hati..

insan sejati mengajar erti setia..
yang meninggalkan dalam keadaan duka..
dan bukan hanya bersama dalam gembira..
kerana setianya ikatan itu ada walau dalam suka duka..


Rasulullah Shalallahu alaihi wa sallam mengingatkan:

“Perumpamaan teman yang shaleh dengan yang buruk itu seperti penjual minyak wangi dan tukang pandai besi. Berteman dengan penjual minyak wangi akan membuatmu harum karena kamu bisa membeli minyak wangi darinya atau sekurang-kurangnya mencium bau wanginya. Sementara berteman dengan pandai besi akan membakar badan dan bajumu atau kamu hanya akan mendapatkan bau tidak sedap.” (HR. Bukhari & Muslim).

hanya dengan sebuah persahabatan dapat mengajar aku erti sebuah kehidupan sebenar..
kerana sesungguhnya sahabat sejati itu sentiasa di hati =)


bersama melangkah menjalani liku kehidupan sebagai seorang muslim sejati ^^v


bingkisan hati : aku tak mengharapkan seorang sahabat yang sempurna..kerana diriku sendiri banyak kurangnya..tapi aku harapkan seorang sahabat yang dapat menerima segala kelemahan aku, dan aku akan turut menerima kelemahannya..supaya kami dapat bersama-sama memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik..terima kasih kepada yang sudi menjadi sahabatku dan memilih aku sebagai seorang sahabat..moga dirimu dan diriku sentiasa dalam rahmat-Nya..amin..insyaAllah.....ukhwah fillah abadan abada =)


No comments:

Post a Comment