Friday 12 December 2014

kisah Bangkok : cerita dan pengajaran

Assalamualaikum..
Bismillahirrhmanirrahim...

Beberapa daripada sahabat saya baru sahaja pulang dari Bangkok..makanya banyak cerita yang dikongsi...dan ada beberapa yang boleh buat saya tersentak dan terharu..sampaikan ada tahap nak menangis..over kn.? haha..tapi itu kenyataan..oleh itu, ini antara ceritanya

_____________________________________________________

cerita 1 :

mereka ke salah satu tempat tarikan di Bangkok ; Grand Palace..it is a complex of buildings at the heart of Bangkok, Thailand. The palace has been the official residence of the Kings of Siam (and later Thailand) since 1782. -wikipedia-



A : wei..aku rasa macam menyesal je masuk dalam ni..mahal kot sampaikan 500baht (bila ke RM, around RM50)..tapi tak ada apa pun..sekadar bangunan camtu je..macam tak dapat apa-apa je..kita tengok mereka sembahyang dalam tokong..
B : cuba kau tengok betul-betul..kau mesti dapat sesuatu..masuk dalam ni, aku sedar sesuatu..dalam dunia ni, ramai lagi yang masih tak dapat Islam..ramai lagi non-muslim..so bersyukurlah dengan nikmat iman dan islam yang kita ada..
A : *sentak*


betul..masih ramai lagi yang masih tak islam..dan kita perlu sentiasa bersyukur atas nikmat iman dan islam yang kita ada..sebab itu adalah nikmat terbesar dari Dia..makanya kita mesti menjaganya..

_____________________________________________________

cerita 2 :

ada suatu malam tu, seorang daripada mereka diserang asma pada jam 1 pagi..terjaga kerana tak mampu bernafas langsung..kerongkonya seakan tersekat dan tiada aliran oksigen mampu lalu..Allahu..sakit..air matanya mengalir tanpa henti..dia cuba kejutkan sahabatnya tapi kerana tenaga yang terbatas, semua seolah-olah sia-sia..berbekalkan tenaga yang berbaki, dia merempuh pintu bilik dan berharap agar udara di luar mampu melegakan..Alahmdulillah tidak lama kemudia dia beransur bernafas seperti biasa..

saya tanya dia..
saya : wei..apa yang kau fikir mase tu.??
dia : aku fikir mati la..sebelum ni ada jugak kena 2,3 kali..tapi mase tu sebab aku batuk..so aku ingatkan sama la..tapi bila dah lama sangat, aku dah takut dan baru tahu yang aku diserang asma..dan yang paling terkesan, masa tu la baru aku tahu nikmat oksigen yang Allah bagi selama ni..selama ni aku tak bersyukur sangat bila dapat bernafas..bila Allah tarik je nikmat tu kejap, terus terkial-kial...


cerita ni buat aku banyak tersentak..kita manusia jarang nak bersyukur dengan nikmat yang setiap masa kita dapat..tapi kita kerap mengeluh atas nikmat lain yang kita tak dapat..kalau nak dihitung, banyak nikmat Dia yang kita ada ; kita masih hidup hari ini..masih mampu bernafas..masih mampu berdiri..masih mampu berjalan..masih mampu menulis menaip..masih mampu melihat..masih mampu bercakap...Allahu..banyak..tak terhitung..

_____________________________________________________

cerita 3 : 

masalah utama di sana adalah apabila adanya batas bahasa..di Thailand, penduduk di sana tidak fasih atau tidak mampu untuk faham dan bertutur bahasa Inggeris (English)..dan sahabat saya pula tidak pandai bercakap mahupun faham bahasa Thailand..oleh itu, makanya mereka terpaksa berbual macam ayam dan itik..terpaksa menggunakan segala bahasa isyarat tangan dan mulut dan tubuh badan yang mampu mereka buat..lawak pun ada..haha..tapi itulah kenyataan..kita perlu keluar dari zon selesa..selama ini terlampau selesa dengan sekeliling kita..bila dicampak keluar, waktu itulah kita akan menggunakan segala skill yang kita ada untuk terus hidup =.='

tapi ada satu yang saya belajar : bahasa yang paling mudah dan semua orang faham adalah SENYUM..bila tak mampu nak jawab apa-apa, SENYUMLAH..bila tak mampu nak bercakap apa-apa, SENYUMLAH..kerana semua manusia faham bahasa SENYUM :D..dan senyuman itu boleh melegakan hati setiap insan...~


_____________________________________________________


itulah antara cerita yang saya dapat daripada mereka...apa yang diceritakan hanya sedikit sahaja..dan jika dibaca dan dilihat, mungkin kita akan dapat pengajaran dari sudut lain..contohnya : dah tahu asma, bawa la ubat awal-awal..early preparation always crucial..kan.? so, ayuh baca sambil berfikir :)

Allah suruh kita banyak merantau dan meilhat keindahan Dia ciptakan..oleh itu, berjalanlah dan jangan berhenti melihat alamnya..sentiasa kaitakan segala yang kita nampak dengan Dia..insyaAllah perjalanan kita itu tidak sia-sia :)


Lopburi : from them to you : a field of sunflowers..benarlah hanya dengan melihat alam, hati akan menjadi tenang


bingkisan hati : bersyukur, bersyukur dan terus bersyukur..sentiasalah tersenyum..sekurangnya kita tidak menyakiti orang lain :)



Wednesday 19 November 2014

aku punya sejuta cerita :)

Assalamaualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim....

"aku menyesal buat hati tu.."
"kalau la aku tak buat, tentu tak jadi macam ni.."
"kalau aku dengar nasihat kau, tentu aku dapat.."
_________________________________________________

Andai dapat aku ulang masa..
akan ku buang segala derita..
supaya hidup aku penuh ceria,,
tiada titik kenangan duka..

Andai aku mampu mengundur masa..
inginku ubah segala yang ada..
kerana sesal itu kukuh di dada..
dan ia menyeksakan rasa..

jika aku punya kuasa..
ingin aku baiki kesilapan yang lama..
ingin aku coretkan kisah bahagia..
untuk kenangan hari tua..

jika diberi pilihan mengubah dunia..
ingin ku ubah segala cerita..
memberi sejarah nafas tiada lara..
cerita di sebalik cerita yang ada..
______________________________________________________

aku punya impian..
ingin mengubah cerita lama..
menjadikan ceria sebagai kenangan..
sebagai pengubat duka di jiwa..

aku punya angan-angan..
melakar mimpi di langit berbintang..
mencoret damai seindah taman impian..
menyebar bahagia terang benderang...


aku punya cita-cita..
membawa segenap penuh warna..
supaya semua mampu tersenyum ceria..
menebar senyuman di mata dunia..

aku punya sejuta cerita..
ada bahagia dan juga luka..
itulah yang mencorakkan aku hari ini..
terus belajar melakar mimpi..
terus berusaha menyentuh sang hati..
yang rindukan belaian kasih Ilahi
________________________________________________________

aku punya sejuta cerita..
ku tahu engkau juga sama..
teruskan menapak walau payah..
Dia tetap ada dalam setiap langkah..

aku punya sejuta cerita..
ku tahu engkau juga sama..
ayuh mengejar redha dari-Nya..
menjadi mukmin yang lebih berjiwa hamba..
________________________________________________________

bingkisan hati : segala perkara yang berlaku, itulah yang terbaik dalam mencorakkan kita pada hari ini..dan kadang-kadang Allah turunkan hujan untuk hadiahkan kita pelangi :)


Tuesday 11 November 2014

memahami vs difahami

Assalamualaikum....
Bismillahirrahmanirrahim....

Today was a very long day..
I did watch a few scenes that bring me to this post..
Alhamdulillah I did learn 3 things from them :)

1) kalau rasa penat teramat penat, TOLONG duduk diam-diam dalam gua
2) kalau rasa down stress teramat sangat, TOLONG duduk diam-diam dalam gua
3) kalau rasa tak ada mood nak bercakap, TOLONG duduk diam-diam dalam gua

Basically, kesemua 3 perkara yang saya belajar itu membawa kepada 1 kesimpulan ;

kalau tahu diri tu tak boleh nak bercakap baik dengan orang sebab kita stress, tak ada mood, atau seangkatan dengannya, maka SILALAH duduk jauh-jauh daripada orang lain..silalah duduk di celah dahan kayu supaya orang tak nampak

manusia..
ada banyak emosi..kadang-kadang kita cuma nak orang faham kita..

"aku stress..so kau boleh tolong diam tak??!!!"

tapi dalam masa yang sama, kawan yang dia marah tu juga sedang stress fikirkan masalah sendiri..tapi dia memilih untuk teruskan tersenyum dan tersenyum..kerana sekurangnya dia tidak membawa orang lain tenggelam dalam masalah dia..biar dia bawa masalah dia sendirian..

sesetengah manusia lebih rela marahkan orang lain apabila dia stress, berharap agar satu dunia tahu dia sedih, stress, down, penat..tapi adakah yang dimarahnya itu hidupnya sentiasa gembira tiada masalah??? selami jiwa orang lain sepertimana kita mahu diselami..

so bagi siapa yang tahu dia sedang dalam situasi begini, maka berdiamlah..
dan bagi siapa yang tak mampu berkata yang baik, maka berdiamlah..
kerana berdiam itu jauh lebih baik.


jangan kerana lidah, kita kehilangan seorang yang bergelar sahabat..
-quoted-


"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya." 
- Sahih Bukhari

"sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka ia benar-benar menasihatimu. sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, ia sebenarnya sedang menghina kamu."
Imam asy-Syafi'i


bingkisan hati : betul kata mak..lebih baik sakit mata daripada sakit hati..


Wednesday 5 November 2014

Tenanglah wahai hati (versi cerpen)



Hembusan berat dilepaskan. Beratnya dada.
Memandang ke luar tingkap. Angin lembut menampar pipi mulus.

“Mengalirlah wahai tangisan. Hamburkan segala duka. Kemudian bangkitlah wahai diri untuk menjadi lebih kuat. Kerana aku seorang Da’ie. Kerana aku seorang mujahidah.”

__________________________________________________________________

Sedih bila kita sedar kita ni banyak kekurangan. Sedih bila kita tengok orang lain banyak kelebihan. Sedih bila rasa diri ini tak setanding orang lain. Sedih kan?
Kita cakap kita percaya pada Allah. Tapi, kesedihan itu sendiri dah cukup membuktikan yang kepercayaan kita terhadap Dia masih belum cukup.
_________________________________________________________________

24 October 2014 ;

Setiap orang ada baik buruk masing-masing. Allah dah tetapkan setiap orang punyai kelebihan tersendiri. Setiap pandangan manusia itu berlainan. Mungkin ada yang melihat kelemahanmu sebagai satu kelebihan. Bersyukurlah dan tetaplah bersyukur. Hidup ini terlampau pendek untuk diisi dengan kesedihan. Muslimah itu kuat. Muslimah itu menerangi alam dengan ilmunya, dengan senyumnya. Oleh itu jangan menjadi sebaliknya. Ingatlah bahawa Allah itu seperti sangkaan hamba-Nya. Maka bersangka baiklah dengan Dia dan hidup kita akan sentiasa bahagia. InsyaAllah.

_________________________________________________________________


Analoginya, tiga orang pandang keluar tingkap yang sama... 
Namun setiap dari mereka melihat perkara berlainan :
Seorang melihat tanah.. 
Seorang melihat pokok.. 
Seorang melihat awan.. 


Ini kerana setiap manusia mempunyai pandangan arah yang berbeza. Jadi, jangan pernah kecewa andai apa yang orang nampak tak sama dengan apa yang kita nampak. Kerana setiap satunya ada keistimewaan tersendiri.


“Allah itu sentiasa ada di mana-mana. Dia takkan pernah tinggalkan kita. Allah sweet kan.?? Manis gula-gula..”
–someone-

_________________________________________________________________


Terima kasih atas tarbiyah-Mu ya Allah. Kerana diri ini tahu bahawa Engkau sentiasa ada dan takkan pernah tinggalkan aku keseorangan. Senyum J



bingkisan hati : Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan..Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, rasa bahagia dengan ujian walaupun perit..



p/s : hasil tulisan ini telah dihantar ke satu pertandingan penulisan bertemakan "manisnya tarbiyah"..berdasarkan penulisan asalnya iaitu "Tenanglah wahai hati", penulis telah mengolah kembali hasil penulisannya untuk diselarikan dengan tema pertandingan..moga bermanfaat..insyaAllah -penulis-


Sunday 5 October 2014

asyik nasib baik je?

Assalamualaikum...
Bismillairrahmanirrahim..

Its been almost 2 months since the last post..benarlah..ilham dan masa itu semua kurniaan Allah..sejauh mana masa dimanfaatkan sebaiknya T.T


5 October 2014..

Hari ini seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha..saban tahun, hari tersebut dikaitkan dengan PENGORBANAN..

sejauh mana kita dah berkorban untuk Islam.?? hmm..

____________________________________________________________

27 September 2014..

hari ini adalah saya dan beberapa sahabat baru sahaja berhadaan dengan kertas terakhir peperiksaan untuk semester ini..lega tidak terkata sebab lepas ni cuti!!!! hahahaha~

bertafakur sebentar di masjid selepas menunaikan solat fardhu Asar..perbualan bersama seorang sahabat terngiang di dalam kotak memori :

A : kau perasan kenapa nasib dia selalu je baik.? ada je rezeki nasib baik dia..
B : kenapa.?
A : sebab dia selalu jaga solat fardhu dia..aku perasan tu..contoh masa exam..kalau orang lain, mereka akan study banyak dan lengahkan waktu solat..atau mungkin sebab nak habiskan bahagian terakhir apa yang sedang belajar..tapi dia ni, kalau masuk je waktu solat, dia akan terus tutup buku dan pergi solat..sebab tu la nasib dia selalu baik..kan Allah dah janji, siapa yang jaga urusan Allah makan Allah akan jaga urusan dia..
B : eh.? aku tak perasan..bila kau bagitahu, baru aku perasan...

____________________________________________________________

"bila kita jaga urusan dengan Allah, maka Allah akan jaga urusan kita.."


so, kenapa nak mengeluh bila kita asyik dalam masalah..cuba tanya diri sendiri, 'urusan utama solat fardhu aku jaga tak.??' T.T


utamakan Allah dalam urusan dunia vs utamakan dunia dalam urusan Allah


bingkisan hati : nasib baik.?? ada istilah nasib.? mungkin lebib sesuai kalau kita cakap, itu adalah  perkara baik daripada Allah :)



Sunday 10 August 2014

those memories

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim....

tiba-tiba terkenang zaman lampau di kala masih kecil molek dulu~
dulu masa kecil, segala kejahatan saya dah buat..segala benda gila pun saya dah buat..bila kenang semula perkara-perkara tu, mak mesti akan cakap :

"mak tak sangka awak jadi manusia bila besar.."

hahahhahaha..oh mak..mak jadi berdrama kejap..hoho..bila dah besar, rasa puas sebab segala kejahatan dah pernah buat =.='

argh..rindu zaman masa kecil dulu..masa tu, tak ada benda nak ditakutkan..budak kecil biasanya ditakutkan dengan segala cerita hantu..tapi mak ayah tak pernah takutkan kami dengan hantu..sebab tu masa kecil, saya boleh je suka hati keluar malam-malam round padang sekolah yang gelap gelita =.='..kena halau sebab buat perangai..hahahha..bila bosan, kami adik beradik berderet ni akan angkut toto, bantal dan selimut, then bentang atas jalan kat luar rumah..baring-baring tengok langit dan bintang..lewat malam, baru la berderet masuk rumah..masa tu tak ada pulak fikir hantu-hantu..padahal rumah sebelah tangki air besar..gelap plak tu..

masa darjah dulu, kalau mak lambat ambil kat sekolah, kami berderet ni mula la jalan kaki balik rumah..padahal sekolah ke rumah tu jauhnya 3km..jauh la jugak untuk budak sekolah rendah serendah rendahnya..haha..masa tu tak ada pulak mak nak takutkan dengan penculik or pembunuh kanak-kanak =.='

masa kecil, saya suka tengok orang besar hisap rokok..sebab tak mampu beli rokok, so saya gulung la kertas surat khabar, then nyalakan kat hujung..wah.!! jadi la rokok versi saya.!!! masa tu, bangga gila bila dapat hembus asap dari mulut.!! hahahahaha..tapi sampai sudah tak reti buat asap yang keluar bergulung macam gelung tu..frust sampai sekarang =.='..kalau nampak orang tua-tua hisap rokok daun, mula la menggatal nak mintak..padahal masa tu sekolah rendah bhai =.='

masuk sekolah menengah form 1, mana boleh jadi nakal sebegitu dah..konon-konon kena jadi matang..konon-konon kena jadi ayu cantik..sebab semua ada pakwe, so nak pakwe jugak..nak ada pakwe, kena la sopan santun ayu =.='..hahahaahahaha..tapi takde maknanya nak ada pakwe..budak lelaki takut dengan saya..antaranya, saya pernah hempuk budak laki dengan buku log sebab dia mengata ayah saya..mana ada budak lelaki berkenan kat perempuan jenis macam tu..lepastu bercakap pun kasar tahap jiddan..single la aku~ hahaha

banyak jugak kenakalan masa form 1 and form 2..sampaikn belajar entah kemana..nak buat algebra cari nilai X,Y tu pun saya fail..kesian Wan Nuramira sebab terpaksa ulang ajar benda sama..haha..thanks Wan..you are one of the most precious friend that i have :)

perkara paling tak boleh lupa, masa form 1..pernah jalan kaki merentas daerah..dari semapadan setiu ke Kuala Terennganu sejauh berbelas Km, sebab masa tu bad tak ada untuk pergi outing...3 orang anak dara comel-comel yang sangat gigih nak kelaur outing..sebab tu la sampai sekarang pun ada jugak sekali dua buat kerja gila macam tu..ketagih kot =.='

masuk form 3, kena paksa pindah sekolah..baru seminggu start sekolah, tiba-tiba ayah datang bersama jeep JKR dan angkut segala barang-barang..TANPA SEBARANG PEMBERITAHUAN AWAL.~!!!! T.T..sedihnya amat tak terkata..masuk form 3, dah tak boleh buat kerja jahat dah..sebab masuk kelas depan..makanya, jadi baiklah sikit..haha..tapi awal-awal tu ada masalah dengan cikgu disiplin jugak..ngehngeh..tapi, siapa cakap masuk kelas depan, budak-budak semua baik.?? hey..kami ada jugak lari dari sekolah hokeyhh..Najwa, Julia, Aisyah, Adik, Suryati, Yana, Syak..kami pernah keluar sekolah sebab nak lepak rumah Najwa.!!! kami takde la panjat pagar..cuma menyelit dekat pagar yang dah dikopak je..

ok la..masuk form 4 and form 5 memang jadi baik habis la..sebab duduk kat sekolah mak mengajar =.='..soapan santun terus kat situ..haha..cumanya masih ada kawan nak bising-bising..Ain dan Pijah..dapat gelajaran pengawas yang paling banyak berjalan, budak yang selalu pergi toilet sebab nak tengok tudung, budak cakap laju..banyak gila gelaran..haha..to my deskmate Ain, thanks for those 2 years..you are the best deskmate i ever had..to Pijah, nanti kita kena keluar pakai baju pengawas sesama tau.! rindu zaman kita jadi pengawas "PALING" rajin..haha

masa kecil dulu adalah zaman paling taiko la..kalau cerita satu-satu, nanti sah kalian akan cakap "serius.???!!!" so taknak la membuka pekung sendiri..saya penyegan..hahahahahaha~

kepada sahabat-sahabat di Universiti, kalian juga merupakan memori terindah saya dalam hidup..kerana kalian banyak mengajar saya erti hidup :)

everyone has their own memories..keep them tight in mind..when you have children, share with them. so that they know how to live a life truthfully...let them play physically, NOT on gadget..let them feel the life..

remember all these can bright me more :D


bingkisan hati : people may say, "Uni live is the most beautiful moments in life.." but for me, i miss my school life more..and really wish to be there again :)



Thursday 3 July 2014

because we are special :D

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim....

Hari ni saya ada exam Law..just imagine how a non-law student want to face a law subject..Saat ni, saya memang tabik spring la kat student law..kalian memang power terhebat tersangat la hebat sebab boleh ambil course law..saya yang baru setakat ambil 1 subjek law pun dah azab sangat dah =.=’..

bila saya cakap kat sahabat yang ambil couse law ; 
“malam ni saya exam Law..doakan moga kami dipermudahkan jawab..”

makanya mereka akan jawab :
”ala..senang je tu..tak perlu hafal section dalam contract law kan.? tak perlu hafal seluruh cerita dia kan.? untuk korang, tahu surface cerita je dah cukup..kami ni kena hafal setiap detail cerita lagi..alaaa..senang je la..”

masa tu, saya akan balas :
“nak try jawab soalan kos saya plak.?? nak.??!! “..=.=’..hahahaha..

then mereka akan cakap ; 
ohhhhhh..memang tak la.!!..”  ..tahu pun tak nak :P


dan perkara biasa dalam kampus bila ada yang sibuk nak cakap “kos aku paling susah..kalau ikut list dunia, kos aku paling susah tau.!! “..so anda rasa macam anda paling hebat la.??? =.=’

hm....setiap kos ada susah senangnya..kita tak boleh nak cakap kos kita la yang paling susah..sebabnya, kalau saya bagi awak jawab soalan kos lain, saya yakin awak takkan mampu nak jawab..so, hentikanlah membanding-bandingkan siapa lebih susah or senang..sebabnya setiap kos itu ada susah senangnya..dan itu nak elak awak rasa riak sebab bila awak cakap kos awak paling susah, then sikit sebanyak awak akan rasa hebat..betul tak.?? :p


sama la macam manusia..ada sorang adik tanya saya :
“akak..macamana nak bawak usrah macam akak.??”

saya juga selalu tanya sahabat saya :
“macamana nak jadi hebat macam awak.??”


setiap orang ada keistimewaan masing-masing..awak takkan pernah mampu untuk jadi saya..dan saya takkan pernah mampu untuk jadi awak..so, just be the best of yourself.. sebab setiap orang ada istimewanya yang sendiri..jangan buat ikut cara orang..cari cara sendiri sebab hanya kita tahu kemampuan kita..awak istimewa..percayalah..ok.??

so, i hope this can help you understand more..tenanglah wahai hati..hope so :D


tak perlu jadi orang lain..be different..because you are sooooo sepcial :)


bingkisan hati : be yourself..because everyone else is already taken


Wednesday 25 June 2014

bungkusan rahmat


Asalamualaikum...
bismillahirrahmanirrahim....


akan ada suatu masa, Allah akan tarik satu persatu "nikmat" hidup kita..
sahabat, kejayaan, harta, dan lain-lain..
saat tu tu, hati akan rasa sedih..sakit..berat...rasa macam nak menangis, tapi tak mampu..sampaikan saat mohon dengan Allah untuk menangis agar kurang beban dalam hati..tapi, Dia tetap tak izinkan air mata keluar walau setitik..Allahu....berat

orang yg Qawiy biasanya akan cakap :
"cerita la kat Allah..Dia faham segalanya.."

cliche..cliche sangat..sebab dia lupa, kita juga manusia..

jatuh,jatuh, dan terus jatuh,,
nak berhenti, tapi boleh ke.? nanti FUTUR plak kan..
nak berehat..tapi, ada ke istilah berehat.?? sebab yang orang nampak, kerja dakwah tu MESTI bergerak aktif..sampaikan ada yang menghukum terang terangan bahawa TARBIYAH dia teruk sebab dia ni tak buat kerja..(kita ni ada hak ke nak pertikai tarbiyah orang.??? besar pangkat kita kan)

susah..susah hidup dalam kelompok yang hanya nampak tapi tak nampak..atau sebenarnya kita yang tak nampak.??

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.


akan ada suatu masa, Allah akan tarik satu persatu "nikmat" hidup kita..
"Allah itu seperti sangkaan kita..baik sangkaan kita, maka baiklah jadinya.."

-Allah marah aku.? ya...Allah marah..
-Allah bagi pengajaran kasih sayang.?? ya...Allah bagi pengajaran kasih sayang..
-Allah nagi teguran sayang.?? ya...Allah bagi teguran sayang..
-Allah nak latih hati.?? ya..Allah nak latih hati..

STOP JUDGING
STOP SATISFIED OTHERS BUT ALLAH
DO NOT COPY
EVERYONE IS HAVING THEIR OWN UNIQUENESS..trust yourselve

TAK ADA istilah berhenti..
TAK ADA istilah berehat..
banyak kerja menanti..hanya cara yang berbeza...


kakak naqibah (k.ween) : bentuklah adik-adik usrah yang berguna untuk agama..
-akak..terima kasih..akak selamanya kakak naqibah saya :)-


hadiah rahmat dari Dia


bingkisan hati : kerana kita lupa dia itu manusia..kerana dia pun lupa kita juga manusia..masa susah kita kenal sahabat..masa senang sahabat kenal kita 

"Open your eyes, look within. Are you satisfied with the life you're living?" -Bob Marley


Sunday 8 June 2014

eh.!!! WAJIB bagitahu satu dunia ni.!!!

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim....

end of the first week of the new semester.!!! pejam celik pejam celik, sekejap je masa berlalu kan.? rasa macam baru semalam hari pertama melangkah ke universiti sebagai mahasiswa~ tapi sekarang dah 4 tahun gelaran mahasiswa disandang...cepatnya masa berlalu T.T..hidup ni aneh..cewahhhhh..haha

kadang-kadang saya suka melihat gelagat manusia..gaya masing-masing di laman sosial, gaya masing-masing di tempat awam..berada di tempat awam, biasa kita lihat anak-anak kecil berlari suka ria..bahagianya mereka..dan pejam celik pejam celik, saya pula bawa anak-anak keluar beriadah macam tu...hahahah..=.='..so berikut adalah kaitan di antara tajuk dan cerita di atas :

___________________________________________________________


*scroll timeline FB..*
*scroll instagram*
*sroll segala scroll~*

"seronoknya pergi Ausie.!!!.." 
(post gambar sendiri yang sedang bercuti di Ausie)

"hari ini dapat hadiah hari jadi daripada orang tersayang.." 
(gambar hadiah tersebut)

"inilah anak saya.!!! namanya Batrisha..comel kan dia.???"
(gambar baby)

"tak cantik, tak ayu..saya biashewww biasheww jewww..hikhik.." 
(gambar diri sendiri buat gaya PALING cantik bagi dia) -golongan ini boleh dinobatkan sebagai gelaran makhluk asing yang mengalami krisis bahasa dan layak dihumban ke dalam longkang bandaraya-


saya juga tak faham kenapa manusia suka post gambar sendiri di laman sosial TERUTAMA perempuan..attention seeker maybe.????dan list tersebut berterusan dan berterusan..~~~~

___________________________________________________________


trending terbaru masyarakat dunia sekarang..SUKA, GEMAR, SERONOK, sangat share segala perkara kat laman sosial..sampaikan tahap nak pergi toilet pun dia nak bagitahu satu dunia..apakah ini semua.???? 

kadang-kadang kita TERLAMPAU open di laman sosial..


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


أَلۡهَٮٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ (١) حَتَّىٰ زُرۡتُمُ ٱلۡمَقَابِرَ (٢) كَلَّا سَوۡفَ تَعۡلَمُونَ (٣) ثُمَّ كَلَّا سَوۡفَ تَعۡلَمُونَ (٤) كَلَّا لَوۡ تَعۡلَمُونَ عِلۡمَ ٱلۡيَقِينِ (٥) لَتَرَوُنَّ ٱلۡجَحِيمَ (٦) ثُمَّ لَتَرَوُنَّہَا عَيۡنَ ٱلۡيَقِينِ (٧) ثُمَّ لَتُسۡـَٔلُنَّ يَوۡمَٮِٕذٍ عَنِ ٱلنَّعِيمِ (٨)

“Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), (1) Sehingga kamu masuk kubur. (2) Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! (3) Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! (4) Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (5) (Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat Neraka yang marak menjulang. (6) Selepas itu, demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)! (7) Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! (8)”


___________________________________________________________

so, kita nak jadi golongan yang bermegah-megah ke.??? mungkin ada yang akan cakap "ala..aku nak share je..tak ada niat apa-apa pun.."..sebab kita mungkin lupa......

- bila kita post gambar mak ayah, mungkin ada antara rakan laman sosial kita yang sudah kehilangan ibu/ayah atau keduanya..
- bila bila kita post gambar anak-anak, mungkin ada antara rakan laman sosial kita yang masih tidah mempunyai walaupun seorang anak..
bila kita post gambar kita makan angin di luar negara atau di mana-mana, mungkin ada antara rakan laman sosial kita yang tak mampu untuk berbuat demikian..ini akan menambahkan sedih mereka..
bila kita post gambar kita dapat hadiah, mungkin ada antara rakan laman sosial kita yang langsung tak pernah dapat hadiah..mesti dia rasa sedih..
- bila kita post gambar makanan, mungkin ada antara rakan laman sosial kita yang tak berduit untuk makan..

..................................

kita rasa kita tak bermegah.?? cuba check balik..

- ada ke orang yang nak post anak dia yang tak comel.???
ada ke orang yang nak post result dia yang teruk.??
ada ke orang yang nak post perkara buruk yang berlaku kat dia.???

segalanya yang dia post berkenaan perkara yang dia rasa BANGGA untuk orang lain tahu..kan.??

___________________________________________________________


and yang PALING SAYA HAIRAN, kenapa orang suka post berkenaan pakwe makwe..

"oh..hari ini si dia bagi saya hadiah.."
"hensem kan pakwe saya.?? (post gambar pakwe)..

guys..please stop all these nonsense..Allah dah tutup aib kita depan manusia, then kita nak dedah aib kita secara mudah macam tu.. 

___________________________________________________________


banyak yang kita terlupa atau terlepas pandang sebenarnya..mungkin kita akan rasa perkara itu biasa..itu mungkin kerana kita TAK BERADA di situasi dia yang tak ada apa yang kita ada macam mak ayah, anak, adik dan sebagainya..atau mungkin HATI KITA DAH KERAS...T.T

so sekalian, jangan letakkan diri dalam golongan mereka yang 'bermegah-megah'..kita tak rasa kita bermegah tapi kita akan guris hati ramai orang...T.T..dan untuk mereka yang suka post berkenaan pakwe makwe tu, itu SANGAT ANNOYING ok..laman sosial BUKAN diari harian untuk segala cerita peribadi..faham.???


anak saya : mama...saya nak jadi anak soleh.. *cenggitu haaaa*


bingkisan hati : insyaAllah saya taknak tergolong dalam kalangan di atas..doakan saya..kerana saya juga mudah terlupa T.T


Monday 2 June 2014

New Semester..New Born.???

Assalamualaikum....
Bismillahirrahmanirrahim....

020614.. semester baru untuk para mahasiswa MMU..bak kata kawan saya ; "rasa macam masuk form 5 je..sebab ni tahun akhir.." haha..and yes..menjejakkan kaki ke sem baru, ini bermakna SELAMAT DATANG KE EPSILON.~!!!! apa tu epsilon.? epsilon tu maknanya tahun akhir untuk student MMU..gempak nama epsilon kan.? haha




so..hari ini isnin, hari pertama sem baru.. semua sibuk dengan urusan register subjek dan final year project (FYP) masing-masing..saya sendiri masih keliru tajuk apa saya nak bawa untuk FYP =.='..

belek-belek jadual harian untuk seminggu dua ni..amikkkkkk..hujung minggu ni dan 2 minggu akan datang dah full booked..busy sangat ni..hahahaha..and still counting for the another weeks..bagus la busy kan.? at least masa tak terluang sia-sia tengok drama atau main game =.='

ohhh..pagi tadi semasa tunggu lecturer kat luar bilik, saya perhatikan gelagat adik-adik yang baru masuk..ramai freshies..wahhh..muka semua masih suci murni baik hati dan sopan santun..haha..macam tu la kami (or to be specific ; saya) masa mula-mula masuk MMU..sopan, baik, lemah lembut..=.='..dan tiba-tiba terdetik "perjalanan kalian masih jauh lagi adik sekalian.."..benar..perjalanan mereka masih jauh lagi..perjalanan kita masih jauh lagi..

dan mungkin ada antara kita yang terpaksa extend belajar..atau memilih untuk extend mugkin.? someone did said ; "mungkin tarbiyah di MMU masih memerlukan kita.."..atau tarbiyah di Melaka masih memerlukan orang hebat seperti insan tersebut...

sepanjang berada di MMU, hari-hari berlalu sehari ke sehari..saat hujung minggu, hilang la penat kelas sekejap..then, jadual berterusan sama..so, apa yang kita dapat??? cuma hidup sebagai ROBOT semata.?? robot yang hidup tanpa matlamat semata..*tusuk jantung*


robot di dalam kelas.??



bingkisan hati : be someone..