Sunday 18 September 2011

isu couple lagi.?

Alhamdulillah..lebih tenang dan rilex..post sebelum ini mungkin terlalu emosional..tapi sekarang aku sedar dan yakin akan jodoh yang Allah tentukan..kerana Dia tahu apa yang terbaik untukku..mungkin ada yang Dia simpankan untuk aku..seseorang yang lebih baik..Alhamdulillah..InsyaAllah =)

pelik apabila melihat bagaimana seseorang boleh berpasangan (couple sebelum kahwin maksudnya), tapi dalam masa yang sesuai menyatakan keyakinan jodoh Allah terhadap diriNya..nampak tak kaitannya di situ.?hurm :|..yakin, tapi buat sesuatu yang menunjukkan ketidakyakinannya itu..manusia ni pelik kan.? sesuai la dengan maksud insan..insan = pelupa..mungkin dia lupa kenyataan yakin dia tu..moga Allah kuatkan ingatannya =)

bukan nak cakap diri ni baik sangat bila tegur sahabat-sahabat yang couple ni..tapi, kan Allah suruh hambaNya membenci maksiat.? Allah cakap, kalu kuat, boleh guna kuasa (pangkat)..tapi saya tak ada kuasa nak guna..then Allah cakap lagi, kalau tak ada kuasa, gunalah lisan..tapi saya ni lemah..tak berani nak tegur secara terus..lepas tu, Allah bagi saya peluang terakhir, tegur guna hati..tapi tu selemah-lemah iman la..dan tu je yang saya mampu buat sekarang..iman saya tak kuat macam sahabat-sahabat lain..so, saya cuma mampu tegur maksiat guna hati je la..( lemahnya diri ni Y.Y )..tapi, ingat tau semua..ALlah bukan tujukan perintah ni kat saya je..Allah perintahkan hambaNya..so, siapa hamba Dia.? kita semua la kan.? =)

eh..tapi semua mesti ingat..maksiat tu luas..couple tu salah satu dari cabang maksiat je..tapi, saya pilih couple sebab sekarang benda ni dah jadi trend kan.? hebat sangat eh ada couple ni.? boleh kongsi masalah ke..hm..Allah kan ada..rasa dilindungi.? Allah lagi hebat tau..Dia lindungi kita setiap waktu, setiap masa..lagi selamat tau..ape lagi ye..oleh manja-manja.? maknanya, couple ni cam mesin kumpul dosa la kan..tak best langsung =.='..

ni saya ada satu post dari FB nak kongsi dengan sahabat semua =)

hebat sangat ke bila ade couple.? nak berlagak depan mata manusia boleh la..cuba jawab depan Allah..korang ada jawapan ke.? fikir la kawan2..jodoh tu Allah yang pegang..jangan nak berlagak dengan Allah la..kita ni kecil je..kalau betul2 sayang, cinta, buat dengan cara betul..nikah..then sume akan jadi halal..Islam tak pernah bagi umur sesuai untuk kahwin..tapi, korang dah sedia ke.? if dah sedia, proceed dengan pernikahan 
p/s : random opinion..no heart feeling ^^v

haaa...sekarang korang jawab la..speechless.? saya pun speechless jugak =.='

bukan nak cakap diri ni baik sangat..sebab saya pernah rasa semua tu..dulu saya pernah terlibat dengan benda-benda haram ni..masa tu, rasa dunia ni saya yang punya je (=.=')..bahagia konon..24jam mesej, call lagi..masa tu, dosa pahala entah ke mana..tapi, Allah lebih sayangkan saya..Dia bawa saya ke jalan yang betul..saya dididik dengan ilmuNya tentang haram couple ni..dan..saya rasa Allah juga sayangkan sahabat semua..cuma itu terpulang pada diri awak sendiri samada nak terima kasih sayang itu atau tak..single is better, double is trouble =)
(*rase hina bila ingat perbuatan masa couple dulu..walaupun cuma pernah couple sekali SAHAJA.!!! Y.Y)


Allah kurniakan kita dua tangan, dua mata, dua kaki, dua telinga..tapi kenapa Dia cuma kurniakan satu hati pada kita.? kerana satu hati lagi ada pada si dia jodoh kita..

tahu kenapa ada runag di antara jari-jari kita.? kerana akan ada yang melngkapi ruangan itu nanti =)

sucikan hubungan itu dengan pernikahan =)


sampai sini sahaja untuk post kali ini..InsyaAllah saya akan update untuk tajuk lain pula pada masa akan datang..ada sebarang idea, soalan dan pendapat.? boleh aje...email je kat sini shahida.malini@yahoo.com..atau boleh terus comment kat bawah..syukran =)
(*minta maaf..saya tak pandai nak link terus perkataan ke mana-mana Y.Y)




bingkisan hati : entry kali ini mungkin lebih sempoi =)






No comments:

Post a Comment