Wednesday 28 September 2011

jodoh (part II)




entri saya yang lepas cuma intro sahaja..saya yakin, bila sebut sahaja pasal jodoh, mesti ramai yang berminat kan.? =)..hmmmm..bahagian II ni, saya nak kongsi sesuatu..sekadar perkongsian ilmu yang tak seberapa ni..jodoh vs kelemahan~

kita semua tahu, manusia tu tak sempurna dan TAKKAN pernah kan..walau sekaya mana pun dia, walau sebaik mana pun dia, walau secantik mana pun dia, dia tetap akan ada kelemahan walau sedikit..kerana Allah dah ciptakan kita dengan kelemahan dan kelebihan masing-masing..sahabat pernah sedar tak, kelemahan apa yang sahabat miliki.? kalau tak pernah sedar, jom kita sama-sama fikir, apa kelemahan yang kita miliki..kerana ada yang menarik tentang kelemahan-kelemahan tu..nak tahu.? jom =)

pernah dengar soalan ni tak.?
"Tahu kenapa Allah ciptakan ruang di antara jari jemari kta.? sebab ada orang yang akan mengisi ruang-ruang tu dengan jemarinya"..sweet kan.? tapi sahabat pernah terfikir tak apa kaitannya dengan kelemahan kita.? bayangkan ruang kosong tu adalah kelemahan kita..akan ada yang akan seimbangkan kelemahan kita dengan kelebihan dirinya..dan kita pula akan seimbangkan kelemahan dia dengan kelebihan kita..ini barulah sweet yang sebenar..Allah tu hebat kan.? Dia Maha Mengetahui =)


so, hidup kita sempurna la kan.? insyaAllah tak ada kelemahan lagi sebab semua ruang kelemahan tu dah tertutup ^^v

hm...kita sering mahukan jodoh yang sempurna..pasangan yang lengkap agamanya, romantik, cantik, hensem, baik, sopan, dan macam-macam lagi..tapi, kalau pasangan kita tu sempurna, macamana dia nak imbangkan kelemahan kita.? nanti, kita akan rasa down, lemah semangat nak hidup sampai syurga dengan dia..sebab ape.? sebab kita rasa tak layak dengan dia..sebab kita rasa kita tak hebat macam dia..perkara macam ni memang akan berlaku..sebab memang fitrah manusia tak suka sentiasa berada di bawah tau..so, jom sama-sama kita muhasabah diri ^^v

rasanya sampai di sini sahaja untuk part II..nak tahu apa yang akan saya kongsikan untuk part III.? insyaAllah..kita sama-sama tunggu ye =)

p/s : sesungguhnya, memiliki kelemahan itu sangat disyukuri..kerana ini menyedarkan akan hakikat kita sebagai hamba Allah yang lemah..tak mampu bergantung atas diri sendiri..kita perlukan Allah dalam menghadapi kehidupan..yang pasti, kelemahan akan menjauhkan kita dari rasa takbur dan riak serta bangga diri..insyaAllah.......


bingkisan hati : siapa jodoh saya.? hanya Allah yang tahu =)


cinta kerana Allah..kerana cintaNya membawa ke syurga~
(cinta halal tanpa maksiat)



No comments:

Post a Comment