Saturday 24 March 2012

sabar itu indah kan =)

Assalamualaikum....
Bismillahirrahmanirrahim......

marah itu mainan syaitan nak lalaikan kita daripada terus bersyukur atas nikmat Allah..sentiasa menguji kesabaran manusia..syaitan ni jahat..........kita selalu cakap, "sabar pun sabar la jugak..tapi sabar pun ada batas..aku dah tak boleh sabar dah ni"..so, ada ke istilah batasan sabar ni.? =)

sebenarnya, istilah batas sabar ni tak pernah wujud terutama kepada orang beriman..ianya cuma satu daripada helah syaitan untuk "membenarkan" kita hilang sabar..hakikatnya, sabar tak pernah ada batas..dan, hamba yang baik adalah yang berterusan sabar tanpa rasa jemu..kerana apa.? kerana dia percaya setiap yang berlaku ada sebab dan hikmah..kerana Allah takkan pernah membenarkan sesuatu perkara berlaku tanpa sebab..dan orang yang beriman itu juga tahu bahawa Allah sentiasa bersama  dengan orang yang sentiasa sabar..Rasulullah SAW pernah hilang sabar tak.? tak pernah kan..kerana baginda yakin dengan Allah =)


 يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا اسْتَعِيْنُوْا بِالصَّبْرِ وَ الصَّلاَةِ إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِيْن
Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan shalat; sesungguhnya Allah adalah beserta orang-orang yang sabar.
(Al-Baqarah ayat 153)


sabar itu indah sangat..percayalah cakap saya..kerana orang yang bersabar ini sentiasa disayangi dan dikasihi Allah..Allah kasih hamba-Nya yang sentiasa sabar..best la bila Allah kasihkan kita..kan.?? =D..siapa cakap sabar ni susah.? sabar ni senang sangat bila kita yakin dengan Allah..so, kalau siapa-siapa yang rasa sabar tu berat, jom kita muhasabah diri sama-sama..mungkin iman kita perlukan suapan rohani..solatlah minta bantuan daripada Dia..ingatlah, its never late to change for better  =)

tapi, setiap manusia ada kelemahan masing-masing..janganlah pula kita bebas nak buat apa sahaja dengan alasan, sabar itu tiada batasan..dan orang lain boleh terus unutk bersabar..sebab tu la Allah bagi kita akal..nak bezakan kita dengan haiwan..tapi, pilihlah untuk menjadi insan..kerana insan itu adalah manusia yang berfikir..bukanlah hanya manusia yang tahu memikirkan diri sendiri sahaja, pentingkan diri semata-mata..fikirkan juga keadaan orang lain..because life is all about give and take..what you give are what you get =)


indah hidup kerana bahagia...indah iman kerana sabar...
(kerana sabar itu separuh daripada iman ^^v)


bingkisan hati : jangan diukir sabarmu di atas pasir pantai kerana ia akan hilang disapu ombak dunia..tapi ukirlah sabarmu di lampiran iman kerana di situlah tersematnya keyakinan pada Allah yang Maha Melihat sabarmu dan percayalah, ianya TAK AKAN PERNAH terpadam =)


No comments:

Post a Comment