Saturday 7 April 2012

sebuah hamparan kehidupan

Assalamualaikum....
Bismillahirrahmanirrahim.......

hidup ni penuh dengan misteri kan..kita tahu apa yang berlaku semalam dan sebelumnya kerana kita nampak perkara tu berlaku..kita tahu sebab kita juga alami perkara itu..tapi, tak siapa yang tahu apa yang akan berlaku esok atau selepas ini..kita hanya mampu mengagak dan merancang sahaja..tapi, yang menentukan hanyalah Allah sahaja.......

hari ni bahagia, ceria je..tiba-tiba selepas tu kita menangis..pernah ke kita terfikir akan menangis.? waktu kita sedang bergembira tu, ada terdetik yang kita akan menangis selepas itu.? tak ada kan....sebab tu la waktu kita sedang seronok ketawa tu, jangan terlampau gembira kerana bimbang esok kita akan menangis..waktu kita sedang bergembira, ingatlah pada mereka yang langsung tak mampu walau untuk tersenyum..betapa beruntungnya kita kerana masih boleh ketawa..

hari ni, dan semalam, banyak perkara yang kita alami..dan semestinya semua itu disimpan kemas menjadi lembaran kenangan serta memori kehidupan..ada duka ada gembira..itulah namanya kehidupan kan.? dan selepas itu, esok dan hari seterusnya akan tetap menjadi misteri..misteri yang tiada siapa pun ketahui kecuali Dia sahaja..dan kita, semestinya akan terus mengharapkan semoga seterusnya itu adalah kebaikan dan kebaikan sahaja..

"semalam itu kenangan..hari ini ialah kenyataan..esok adalah harapan"


sesungguhnya masa depan itu milik Allah..apa pun yang berlaku, teruskan langkah dengan penuh yakin..kerana Allah sentiasa ada bersama hamba-Nya yang yakin dengan-Nya =)


bingkisan hati : saya selalu berpegang bahawa janganlah minta berlakunya perkara gembira..tapi mintalah semoga segala yang datang itu membawa kebaikan kepada kita..sedih atau gembira perkara itu, mohonlah untuk kebaikan dunia dan akhirat..bukan setakat dunia sahaja..dan kebaikan itu semestinya untuk semua umat Islam juga ye ^^v


No comments:

Post a Comment