Monday 13 February 2012

Rasa itu....

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim........

hati ni..
rasa sakit sekali....
rasa pedih tak terperi..
bagaikan ada sesuatu yang berat mencengkan naluri..

jiwa  ini...
rasa perit bagaikan dilukai ...
ingin diluah, ingin dikongsi...
tapi......apakan daya, diri ini hanya begini...

merintih...
menahan pedih..
bagaikan tiada nyaman di hati..
bagaikan terseksa jiwa ini..

retak hati tak siapa tahu


ya...rasa tu....
rasa yang tak tahu untuk diberitahu...
terasa ingin diluahkan, tapi tak tahu bagaimana...
mahu dikongsi, tapi tak tahu caranya..

hati merintih, jiwa meratap..
ingin sekali berkongsi ..
tapi sejauh mana kuatnya hati ini untuk dibongkar..
bimbang kelak ada hati lebih tercalar..

kerana secebis kenangan, membawa sejuta makna..
rasa yang tak tahu manis atau masam rasanya..
rasa yang sangat berat hakikatnya....
berat menyesakkan jiwa....

kerana bibir ini tak mampu berkata-kata......
bimbang ada yang akan terluka..
akhirnya hanya mampu memendam rasa...
berharap ianya akan sembuh dibawa masa...........


berusaha mencantum kembali hati yang pecah =)



p/s :  macam ni la rasanya bila keluar dewan exam...speechless tak tahu nak cakap apa bila semua orang dapat jawab soalan tu, tapi awak seorang je tak dapat jawab..tak tahu apa rasa tu..happy or sedih.? nak cakap lebih kan, takut ada yang salah faham...kan.??? ^^v

sesungguhnya setiap perkara tu berlaku dengan izin-Nya..maka redhalah dengan ketentuannya..insyaAllah itu yang terbaik untuk dirimu dan dirinya..jangan patah usaha..kerana Allah melihat pada usaha, bukan hasilnya...yakinlah Dia sentiasa melihat..so, senym sokmo ok =D



bingkisan hati : sekadar satu coretan berdasarkan pemerhatian dan pengalaman..tiada kaitan dengan yang hidup atau dah tiada..so, kepada siapa-siapa yang tengah frust sal exam, jangan sedih-sedih ye =)



3 comments:

  1. Salam buat Mujahidah.

    Jangan pernah putus asa. Teruskan usaha. terus doa. Insya-Allah Allah akan makbulkan. Selepas paper kita tu dihantar kpd pemeriksa, semuanya kerja Allah. Keep doing good deeds. Allah berkuasa untuk segala kemungkinan. Kun faya kun. Jawapan salah pun, boleh jadi betul. Semua kuasa Allah. Redha dan terus berusaha. Anyway, tahniah dah habis exam. MERDEKA!!! =D

    ReplyDelete
  2. tak semestinya orang yang jawab tu betul .. Yakinlah, bhawa setiap yg blaku pasti ada terselit cahaya hikmah diantaranya. Jangan terus bersedih kerana perkara yang telah lalu .. bersedih la andainya kita tidak berusaha memperbaikinya untuk masa akan datang. Kuatkan azam, teguhkan tekad, sekalian sahabatmu ada untuk membantu dan yang paling pasti mohonlah pada-Nya, Allah S.W.T .. :)

    ReplyDelete
  3. kerana sesungguhnya Allah melihat pada usaha, bukan hasil....
    dan apa yang berlaku itu, hanya itulah yang diizinkan-Nya untuk berlaku..hanya Dia yang tahu perkara terbaik untuk hamba-Nya...

    p/s : thanks for the sharing =)

    ReplyDelete