Friday 27 January 2012

kerana cinta itu hak Allah

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim......

mahukan yang hebat..mahukan yang sempurna hingga lupa untuk meminta pada yang berhak..
terlupa untuk merintih pada Maha Kuasa, pemilik cinta teragung..
sampai bila nak hanyut dengan angan-angan.?
sampai bila nak terleka dengan haparan palsu semata-mata.?
sampai bila semua ni akan berterusan.?

Ya Allah....
cinta manusia..cinta itu indah ke.? cinta itu cantik ke.?
ya betul..cinta memang indah..cinta memang cantik..tapi sejauh mana cinta itu membentuk diri kita.?
kata orang jatuh cinta itu seronok..kata orang cinta itu bahagia..
tapi apa kata kita.? tolonglah jangan melihat pada bahagianya luaran..
sejauh mana bahagianya dalaman.? tenangkah rohaniah.? tenangkah hati.?

jatuh cinta memang mengasyikkan..
saling berjanji untuk menunggu..saling mengikat hati, melakar harapan mencipta impian..
tapi, kita dah lupa untuk meminta cinta itu pada Allah kan.?
kerana terlampau hanyut dengan angan-angan, dirasakan cinta yang dibina saban hari akan terus mekar..
mekarkah cinta itu andai Allah tak izinkan ianya untuk berlaku.?
berkembangkah kasih itu andai cinta Allah kita lupakan.?

sahabat.....
jangan diluah cinta pada yang masih belum berhak..
jangan dilakar impian andai cinta masih belum halal..
jangan diucap sayang pada yang belum pasti..
luahkan pada Allah..
mintalah padaNya..kerana Dialah yang memegang hati kita, memegang hati pasangan kita..

Allah itu Maha Mendengar..
Dia tak akan pernah jemu melihat pada kita..
tak akan pernah jemu mendengar luahan..
tak akan pernah jemu mendengar rintihan cinta hambaNya..
sejauh mana usaha kita meminta, andai si dia yang terbaik, si dia PASTI akan menjadi milik kita..
tapi andai si dia bukan jodoh kita, ingatlah, Allah menyimpan seorang yang JAUH LEBIH BAIK =)
kerana tak ada apa yang dapat menghalang apa yang Dia tetapkan untuk berlaku..

simpanlah cinta untuk yang halal..
simpanlah kasih untuk yang berhak..
simpanlah sayang untuk yang terbaik..
tapi, ingatlah.....cinta Allah tetap yang utama..dan cinta Rasulullah itu yang seterusnya..jangan lupa cinta kepada ibu bapa, kemudian muslim..
jangan lupa untuk mencintai diri sendiri  =)


kerana sesungguhnya cinta itu hak Allah dan hanya dia yang tahu apa yang terbaik =)


bingkisan hati : cukup cintai dalam diam..bukan bererti membenci kehadirannya..tapi menjaga kesuciannya..bukan bermakna menghindari dunia..tapi kerana ingin meraih syurga-Nya..bukan kerana lemah menghadapinya..tapi menguatkan jiwa dari terus terleka..........



No comments:

Post a Comment