Friday 20 January 2012

heartless

andai mampu memutar masa..
andai mampu memadam kecewa..
andai mampu mengubat luka..
mungkin hari ini tidaklah hiba..

menyesal tiada guna..
menangis tiada makna..
kerana hari ini telah tiba..
menjadikan semalam kenangan air mata..

manusia itu tak pernah sempurna..
begitu juga aku terutamanya..
banyak kelemahan berbanding mereka..
yang mungkin membuatkan dirimu menjadi kecewa..

janganlah terima aku kerana diriku hari ini..
tapi cintailah diriku kerana diriku pada esok hari..
supaya aku sentiasa memperbaiki diri..
untuk menjadi srikandi sejati..

moga kasih yang ada tak pernah mati..
moga sayang yang ada kerana Ilahi..
moga semuanya akan sentiasa mekar di hati..
moga segalanya membawa ke syurga nanti..

jika diriku bukanlah orangnya..
moga dirimu bahagia bersama si dia..
biarkan aku melihat dari sisi mata..
berdoa semoga dirimu bahagia..

takkan aku ungkapkan sebarang kata..
kerana ku tahu ianya tiada makna..
tapi izinkan aku untuk menjadi sang setia..
yang menanti walau tak tahu ke mana arahnya..

sampai di sini coretan rasa..
membawa sejuta makna di jiwa..
biarkan tangisan menjadi peneman duka..
kerana ia mengajarku erti secebis bahagia...




bingkisan hati : hargailah apa yang ada..kerana kita tak akan pernah tahu apa yang kita miliki sampai suatu ketika kita kehilangannya...............


No comments:

Post a Comment