Friday 26 June 2015

lakaran hidup

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim....

Aku suka menulis, sebagaimana aku suka bercakap. hahatapi sejak dua menjak ni, aku dapati susah untuk aku cari idea untuk menulis. hmmmm.

masa mula-mula aku menulis, hampir setiap hari aku punya idea untuk berkongsi dengan penulisan. sehinggakan kadang-kadang aku "hold"  sebab takut terlampau banyak yang aku kongs, hinggakan ada yang rasa meluat. =.='

betul la. manusia itu jenis susah bersyukur. bila dah hilang, baru la tercari-cari. ilham itu hak Allah. segala perkara yang kita sangka kita punya, sebenarnya hak Allah. bersyukurlah sementara Dia masih sudi meminjamkan kepada kita. saat ia hilang, maka redhalah. dan ingtatkan sekali lagi pada diri sendiri :

"pemilik dah ambil semula hak Dia. kenapa aku nak marah atau bersedih??"

tapi redha bukan bermakna berputus asa.
maka bersyukurlah sementara masih ada.
dan bersykurlah ataa apa yang kita akan ada.




bingkisan hati : kerana hidup ini adalah lakaran sebuah lakaran. otak dan tangan kadang-kadang tidak sehaluan.



No comments:

Post a Comment