Wednesday 6 May 2015

sahabat

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim...

Penatnya hari ni cari gaduh ngan orang sekeliling T.T.
tapi harini sepatutnya jadi hari yang gembira..ye la..dapat kasut baru yang memang dah lama teringin..akhirnya pergi ke kelas dengan perasaan gembira teramat..haha..then boleh plak cari pasal dengan sahabat sekalian..so tak tahu apa perasaan sebenar hari ini..haha =.='. mungkin banyak dosa buat hari ini sampaikan Allah tunggang terbalikkan hati aku T.T

benarlah kata orang :

"Tiada persahabatan jika tiada pergaduhan.."

kalau kita nak kenal seseorang, ada 3 perkara yang kita wajib buat dengan dia.
1. mengembara bersama
2. makan bersama
3. tidur bersama

sepanjang bergelar seorang mahasiswa (ayat poyo..haha), aku sangat setuju dengan 3 perkara tersebut, terutama yang point 1. masa mengembara, kita akan kenal diri dia yang sebenar..mana sabar dia, mana tak sabar dia, mana cara dia uruskan diri, mana dia uruskan situasi, dan banyak lagi. I experienced it once. where they will know how am i too.

secara jujur, aku boleh tabik spring dengan sahabat-sahabat aku di universiti ni. dan aku rasa sangat bersyukur punya mereka di sekeliling aku. mereka antara pinjaman Allah kepada aku yang aku tak dapat cari di mana-mana. sabar mereka menerima aku. sabar mereka mendengar aku. sabar mereka melengkapi aku.

aku punya banyak cerita berkenaan mereka. dan aku juga percaya setiap orang ada sahabat seperti mereka. jika tiada, maka carilah. Allah akan turunkan sahabat yang baik jika kita mahu berubah menjadi baik.

jari sudah lama kaku menaip. maka aku sudah hilang kata-kata untuk disusun. haha..terima kasih kerana sentiasa menasihati aku. maaf juga dari aku..~




bingkisan hati : kerana sahabat itu sentiasi saling mengingatkan dan menasihati. 5 years and still counting


No comments:

Post a Comment