Friday 8 May 2015

fikir sejenak

Assalmualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim...

Pernah dalam satu hari, rasa macam, serba tak kena je..pernah?
pernah dalam satu saat tu, rasa seakan hilang mood dan nak lari jauh-jauh dari orang..pernah?
pernah dalam satu masa tu, rasa macam nak marah semua orang. pernah?

saat tu, ambil masa sejenak.
duduk.
bernafas
ambil masa untuk tenang..

tanya diri sendiri..
"apa dosa aku buat harini???"
"aku buat Engkau marah wahai Allah.???"

duduk.
muhasabah diri dalam-dalam.
ada sebab kenapa Dia nak "tegur" kita.

mungkin kita TERLUPA akan Dia.
mungkin kita TERLEKA dalam dunia hingga solat lambat.
mungkin kita TERLUPA bersyukur atas kegembiraan semalam.
mungkin kita TERLEKA dengan dunia

kerana Dia rindukan seorang insan untuk kembali kepada-Nya


bingkisan hati : kemudian bangunlah untuk menjadi hamba-Nya yang terbaik :D


No comments:

Post a Comment