Wednesday 22 June 2011

wahai sahabatku...

sudah lama rasanya tak update blog ni..kepada para pembaca, ampun dan maaf dipinta andai kalian semua menunggu post yang tak terpost ^^,
hari ni, Allah mengilhamkan sebuah tajuk yang rasanya sesuai dengan fenomena para remaja zaman sekarang..ada salah silap atau terkasar bahasa, harap diampunkan..kerana saya tak sempurna  =)..ok..harap kita dapat ambil manfaat dan pengajaran daripada apa yang akan dibaca..enjoy ya  =)


DI MANAKAH TAHAP MARUAH WANITA ZAMAN SEKARANG.??

kaum hawa adalah kaum yang telah ditinggikan darjatnya oleh Allah SWT..kita dijaga olehNya..kerana itulah kita diwajibkan menjaga maruah kita..dan salah satu maruah berharga yang wajib dijaga adalah aurat..aurat bagi kaum hawa adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tangan..oleh itu wahai sahabat-sahabatku yang dirahmati Allah, janganlah engkau meletakkan maruahmu serendah-rendah tempat dengan tidak menutup aurat dengan sempurna..kerana itulah maruah kita..maruah yang wajib kita jaga..mahkota yang paling berharga..dengan maruah, kita mulia..


وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka   dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanyaDan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… 
(al-Nuur : 31)

Allah Ta’ala juga menyebut di dalam al-Quran :

وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ وَأَنْ يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَهُنَّ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya : Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tidak ingin kahwin (lagi), tiadalah dosa atas mereka menanggalkan pakaian (pakaian luar yang kalau dibuka tidak menampakkan aurat) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
 (al-Nuur : 60)

 يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Maksudnya : Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 
(al-Ahzab : 59)


lihatlah sahabatku..betapa pentingnya penjagaan aurat itu..dan janganlah engkau memangdangnya remeh..maka engkau akan tahu akibatnya kelak..pada masa itu, janganlah engkau menangis, merintih apabila dirimu dijadikan mangsa gangguan seksual..kerana Allah menjadikan sesuatu hukum itu ada kebaikannya wahai sahabatku..Dia Maha Mengetahui...





sedih dan sayu sekali apabila melihat keadaan sekeliling..betapa sahabat-sahabat yang lain leka dengan kehidupan dunia..terlalu leka dan lalai hingga lupa akan segalanya..kerana terlalu menginginkan kebebasan dan keduniaan, engkau lupa akan Islam..pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan menjadi perkara biasa..hubungan haram tanpa batasan..kasihan sekali aku melihat golongan..tapi, mungkin engkau tidak tahu..atau mungkinkah engkau kurang ilmu..bukanlah aku mahu berlagak baik..tapi, inilah tugasku..kerana aku adalah khalifah Allah..aku tak mahu melihat sahabat-sahabatku menangis, merintih di akhirat kelak..kerana saat itu, tiada siapa lagi yang dapat menolong engkau wahai sahabat..

sahabatku,
Allah telah meninggikan darjat kita sebagai kaum hawa..
janganlah engkau merendahkan darjatmu setelah ditinggikan..
janganlah engkau menghinakan dirimu setelah dimuliakan
janganlah engkau mengotorkan pandangan dunia setelah dirimu dijadikan seindah-indah perhiasan..

kerana...
wanita adalah perhiasan dunia..
dan seindah perhiasan adalah wanita solehah....




pada zaman jahiliyyah dahulu,
wanita dianggap hina..wanita dianggap pembawa malang..tahukah sahabat sekalian bahawa setiap bayi perempuan yang baru dilahirkan akan ditanam hidup-hidup kerana takut mereka akan membawa malang kelak..bagi wanita dewasa, mereka dijadikan bahan pelepas nafsu bagi kaum lelaki..mereka dipaksa menjadi pelacur wahai sahabatku..dan mereka dilayan seteruk-teruk layanan..bagaikan hamba abdi yang tiada perasaan..bahkan lebih teruk daripada itu..sangat seksa waktu itu wahai sahabatku...dan kemudian Islam datang menganggkat darjat kita..darjat kaum hawa ditinggikan..kita diwajibkan menutup aurat sesempurnanya untuk menjaga diri kita seloknya..indahnya Islam menjaga kaum wanita wahai sahabatku..itulah yang menunjukkan betapa pentingnya pemakaian kita..

tapi kini,
segalanya berbalik seperti dahulu..bagaimana kaum hawa sekarang leibih teruk dari dahulu..kalau dulu, mungkin bayi perempuan sahaja yang dibunuh..tapi sekarang, lihatlah..fenomena pembuangan bayi bagaikan menjadi perkaran biasa..wanita kembali menjadi alat sebagai pelepas nafsu bagi lelaki..dan ini adalah di atas kerelaanmu sendiri.!!! segalanya sangat menjijikkan wahai sahabatku..ini semua berlaku kerana kita sendiri.!! kerana kita sendirilah yang merendahkan maruah kita..kerana kita sendirirlah yang meletakkan maruah itu di hujung kaki..kerana kita jugalah kaum wanita kembali dihina sekarang..sedarkah engkau wahai sahabatku.???!!!! keadaan kita sekarang sudah semakin parah..bagaikan barah yang mungkin sukar untuk diubati lagi.....kerana keadaan sekarang lebih teruk dari zaman jahiliyyah dulu.....





isu 'couple' sudah menjadi kebiasaan remaja zaman sekarang...KOLOT..itulah perkataan yang sangat ditakuti remaja-remaja apabila mereka tidak mempunyai pasangan..hairan kan.? sudah jelas mengatakan bahawa 'COUPLE SEBELUM KAHWIN ADALAH HARAM'..kerana ianya adalah zina..zina hati, zina mata, zina telinga..janganlah nak membenarkan pelakuanmu itu dengan mengatakan bahawa adanya istilah COUPLE ISLAMIK..bohonglah andai dikatakan engkau terhindar dari zina hati..INGATLAH sahabat.!!!! rindu itu sangat berbisa..kerana rindu, kita binasa..kerana rindu, kita ternoda..







so....sahabatku sekalian....=)


dan............ =)





sahabatku yang dikasihi.......
SEDIH..itulah perkataan yang wajar diungkapkan tatkala aku melihat bagaimana hancurnya kaumku sendiri dimamah kelekaan dunia..kaum hawa yang Allah telah tinggikan darjatnya, engkau hinakan dirimu dengan merendahkan martabatmu..apakah yang dicarimu wahai sahabat.???! auratmu adalah mahkotamu..peribadimu adalah maruahmu..kenapa engkau sanggup menghinakan martabatmu menyembah kaki dunia.? apakah yang dicarimu wahai sahabat.? sudah lupakah engkau pada janjimu dahulu pada Allah untuk menajdi hambaNya yang taat.? sudah lupakah tugasmu sebagai hambaNya.? sudah lupakah kamu pada maruah kedua ibu bapamu.? engkau adalah pendukung maruah mereka..sedarlah sahabat.!!!!! dunia ini hanya penuh dengan kepura-puraan sahaja...dan lihatlah betapa ramai yang sedang tertipu dengan dunia ini..

ingatlah wahai sahabatku..
dengan melakukan segala yang Allah larang, mungkin engkau berasa seronok sekarang..seronok di dunia sahaja sahabatku..dan engkau akan menangis di akhirat kelak..sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari merubat......syurga atau neraka.?? segalanya di tangan engkau sahabatku..





aku dah tak mampu untuk mencoret panjang lebar lagi..kerana aku dah tak berdaya untuk menyakitkan hati sendiri dengan mengingatkan perlakuanmu..cuma satu yang aku mahu ingatkan..SEDARLAH SAHABATKU.!!! sesungguhnya engkau masih di dalam kasih sayang Allah..kerana itulah engkau telah dipilih untuk membaca coretanku ini..tapi, andai engkau masih di takuk lama lagi, jangan salahkanku kerana tugasku unutk menyedarkanmu telah terlepas bebannya..berubahlah sahabatku..hanya ini yang mampu aku ucapkan..semoga engkau sedar..

dan pesanan terakhirku..jagalah hatimu untuk yang berhak..kerana perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..dan perempaun yang jahat untuk lelaki yang jahat.......sabarlah dengan syaitan  terkutuk dan syaitan dunia yang mengajakmu melakukan kemungkaran..peliharalah dirimu sebaiknya..kerana Allah itu Maha Adil..Dia akan membalas kesabaranmu dengan sewajarnya..



"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik….." 
surah an-nur ayat 26







p/s :  SAYANGI DIRIMU, SAYANGI AURATMU, SAYANGI MARUAHMU =)

No comments:

Post a Comment