Friday 1 July 2011

pesanan dari seorang kakak..



wahai adikku....
cinta kepada manusia adalah fitrah...
jangan pernah engkau membantah..
tapi jangan pernah  juga menjadi lemah..
kerana cinta manusia itu parah..

cinta manusia itu sangat indah..
tapi jangan kerananya, engkau lemah.. 
kerana engkau bukanlah pengalah..
yang menjadikan cinta sebagai paksi madah..

janganlah bercinta berpandukan nafsu diri..
kerana nafsu itu bergurukan duniawi..
carilah cinta yang benar-benar sejati..
cinta yang mendekatkanmu kepada Ilahi..




dengarlah ini wahai adikku..
cinta itu terlalu suci..
jangan engkau palitkannya daki..
elakkan dirimu dari lelaki..
yang hanya mahukan semata-mata duniawi..




carilah cinta yang hakiki..
semoga ia dapat membawamu ke syurga nanti..
bercintalah kerana Yang Maha Ilahi..
carilah cinta untuk Islam yang suci..

ingatlah tugasmu pejuang sejati..
kerana kitalah hambaNya yang abadi..
bersabar sekarang, kelak tak akan rugi..
kerana syurga di sana menanti..

ingatlah pesan ini wahai adikku..
jangan perlihatkan muslimat itu lemah..
kerana kita adalah khalifah..
dalam lembut adanya indah..
dalam sopan tersimpannya maruah..



semoga dirimu tergolong dalam kalangan bidadari syurga Allah =)


segalanya yang bernama wanita itu indah
janganlah gunakannya untuk perkara yang salah
moga engkau dalam golongan solehah
bersama-sama menuju syurga terindah

dan semoga engkau temukan cinta yang benar-benar sejati..sabarlah wahai adikku..Allah itu Maha Adil..jagalah hatimu untuk yang benar-benar berhak..halalkan segalanya dengan ikatan yang sah..percayalah pada Allah =)

perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik..
surah al-Nur ayat 26



bingkisan hati : sedang belajar menjadi muslimah sejati =) 


 


No comments:

Post a Comment