Monday 4 July 2011

pulanglah wahai sahabatku..Islam rindukanmu

berkecai hati..luruh jatung..hancur lumat perasaan ni bila tengok dan lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana hancurnya seorang sahabat kerana permainan dunia..dari gagahnya menjadi lemah hanya kerana dunia..!!!





dulu....
dialah yang paling menjaga..
dialah yang paling bermaruah..
dialah yang paling elok akhlaknya di mataku..
segala perlakuannya melambangkan muslimin sejati bagiku..
kerana kesucian persahabatan yang dirasai bila bersahabat dengannya, aku terus mengekalkan silaturrahim itu dek menghargai peringatan kepada Allah tatkala melihatkan wajahnya..
sahabat terbaik adalah apabila kita melihat wajahnya, kita teringatkan Allah..
itulah dahulu sahabatku..




sekarang,
dialah yang tidak menjaga..
dialah yang sudah terhakis maruahnya..
dialah yang mempunyai akhlak yang kurang di mataku..
segala perlakuannya sudah tidak lagi melambangkan seorang muslimin sejati..
kerana sudah tidak lagi merasai kesucian persahabatan itu, aku masih lagi kekal bersahabat supaya dia sedar bahawa aku ingin membantunya kembali seperti dahulu..
kehidupannya yang penuh dengan keIslaman..
sekarang aku sudah tidak mampu unutk ingatkan Allah apabila melihat akan wajahnya..kerana apa yang aku nampak, lihat dan rasa sekarang hanyalah dosa-dosa yang bertimbun kerana perlakuannya..
 
sayu hati apabila melihat seorang pejuang Islam yang dahulunya hebat berdiri, sekarang sudah jatuh tersungkur di kaki seorang bernama wanita..
sayu sekali apabila melihat seorang penegak Islam yang dahulunya gagah melangkah, sekarang sudah jatuh menyembah kaki seorang bernama wanita..
segalanya kerana SEORANG WANITA.!!!!!!!!!!!!!!!!




sudah hilangkah akal warasmu wahai sahabatku.???
jodoh itu hak Allah..bagaiman engkau sanggup korbankan agamamu kerana seorang wanita.? manusia itu semuanya hina sahabatku..bagaimana engkau rela memilih sesuatu yang hina dengan melepaskan Islam yang suci.? apakah yang ada dalam fikiranmu.? sudah hilangkan percayamu pada Allah yang menetapkan jodoh setiap hambaNya.?

janganlah engkau menjadikan alasan 'malu' dengan rakan-rakan lain kerana semua orang ada pasangan masing-masing..tidak malukah engkau pada Allah.??!!!! tidak takutkah engkau padaNya.??!! aku pernah mengalami kesilapan yang sama suatu masa dahulu..kerana itulah aku  tidak mahu engkau mengulanginya lagi..aku tak sanggup melihat engkau hancur kerana seorang bernama manusia..


"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik….." 
surah an-nur ayat 26

sungguh hairan bagaimana engkau rasa apabila sanggup menebarkan, sanggup memperlihatkan maksiatmu itu di hadapan semua orang..mana perginya rasa malumu wahai sahabatku.? hampir menitis air mata ini melihat kehancuranmu..sangat sakit hati ini mengingatkan semua perlakuanmu..aku percaya, ramai sahabat kita yang sedih melihatkan keadaanmu yang semakin parah sekarang..

kembalilah kepada Islam wahai sahabatku..aku rindukan seorang sahabat yang dahulunya mengingatkan aku kepada Sang Pencipta..aku rindukan segalanya yang ada padamu suatu masa dahulu..aku tahu satu dunia rindukan perjuanganmu suatu masa dulu..




aku tahu aku juga tak sesempurna orang lain..tapi, kini aku insaf akan segalanya yang aku lakukan dahulu..apalah yang ada pada 'COUPLE' andai hatimu terseksa kerana dosa-dosa..mungkin engkau rasakan bahagia..tapi, cuba selami sedalam-dalamnya hatimu itu..betapa seksanya batinmu menanggung segala dosa yang dilakukanmu..betapa sesaknya dadamu kerana terhimpit dengan dosamu itu..aku tahu sahabatku, kerana aku pernah merasainya..

hentikanlah segala maksiat 'COUPLE'mu itu..aku kini sudah bebas darinya..dan kini hidupku lebih aman ditemani sahabat-sahabat yang mengingatkan aku pada akhirat..siapa kata bersahabat dengan dunia itu indah.??? mungkin pada pendengaranmu, segalanya adalah kolot belaka..tapi, cubalah engkau rasai nikmat hidup dalam Islam..manisnya tidak mampu aku ungkapkan..jikalau aku tahu dari dulu lagi, sudah lama aku tingglkan 'COUPLE' itu untuk mengejar cintaNya..

kembalilah wahai sahabatku...........aku sedia menunggu kepulanganmu menegakkan Islam.....aku doakan semoga engkau mendapat hidayahNya..aminnn...



bingkisan hati : berharap dan terus berharap agar sahabatku ini berubah...........




4 comments:

  1. mabruk shahida, teruskan menulis!

    p/s : tersentuh dgn bait-bait ayat dalam post ni..:')

    ReplyDelete
  2. tunerman : thanks for the support =)
    born HIS way* : moge dia kembali seperti dahulu..

    ReplyDelete