Sunday 31 July 2011

sekeping nota dari Mujahidah Allah untuk Arwah Mohd Ashraf Hafiz

menukar atau mengubah ciptaan Allah tanpa sebab yang kukuh adalah HARAM sama sekali..dan sekarang jelas kelihatan serta kedengaran mengenai kes-kes pembedahan plastik untuk kelihatan lebih cantik..dan itu adalah sah haram kerana melakukannya dengan niat ingin kelihatan cantik..begitu juga dengan tindakan mencukur kening..hanya inginkan kecantikan semata-mata..kelak ku bimbang bumi TAKKAN terima jasadmu untuk dikebumikan..seksanya pada masa itu tak dapat digambarkan..ingatlah sahabat, semua ciptaan Allah adalah cantik serta indah..jangan mengubahnya ke arah keburukan pula.......




baru-baru ini, kita semua digemparkan dengan kes Mohd Ashraf Abdul Aziz yang memohon untuk menukar namanya kepada Aleesya Farhana Abdul Aziz..dan dia sendiri pun telah melakukan pembedahan menukar jantinanya, 2 tahun lepas di Thailand..

30 julai 2011..Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz menghembuskan nafas terakhirnya jam 4.50 pagi di Hospital Suttanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu...........dan umurnya 25 tahun..

mungkin ramai yang mengutuk perbuatan Mohd Asyhaf Hafiz Abdul Aziz yang telah menukar jantinanya dan ingin menukar namanya kepada perempuan..tapi, tak siapa yang tahu derita sebenarnya..mungkin dia sendiri keliru dengan dirinya..keliru dengan segala yang dia sendiri sedang alami..janganlah sahabat sekalian berterusan mengutuknya..kerana kita tak boleh menghukum seseorang sesuka hati..yang tahu hanyalah Allah SWT sahaja..janganlah sahabat berani mempertikaikan status Islamnya kerana hanya Allah sahaja yang berhak menentukannya..kita tiada hak untuk menghukum.!!!! hanya Dia yang berhak menentukan neraka syurga seseorang..siapa tahu dia sempat bertaubat sebelum ajalnya........wallahua'lam.................





p/s : jom kita doakan kesejahteraan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz di sana..sedekahkan Al-Fatihah untuk dia..bantulah dia di sana dengan usaha kita yang kecil ini..insyaAllah kita akan dibantu juga kelak..insyaAllah



bingkisan hati : hanya Allah yang tahu darjat kita di sisi-Nya..kita.? hanyalah seorang hamba yang hina dan lemah..jom kita muhasabah diri sendiri





No comments:

Post a Comment